12/06/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐จ๐ฆ๐ง๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก
JUMAAT | 12 Jun 2026 โ Ir. Dr. Mahzan Bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA bersama para Pengarah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) serta Pengarah MARA Negeri Johor telah mengadakan lawatan rasmi ke beberapa institusi strategik di negeri Johor bersempena Program Rasionalisasi Pendidikan MARA Negeri Johor.
Turut hadir Dr. Ahmad Sabri bin Kassim,
Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) MARA dan Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Johor serta diiringi oleh Dr Musa Muhamad Ali, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KPM Bandar Penawar.
Lawatan dimulakan di Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), sebuah institusi pendidikan teknikal yang memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri negara. Delegasi diberikan taklimat mengenai perkembangan akademik, program pengajian serta inisiatif pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh institusi tersebut dalam menyokong agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Seterusnya, delegasi meneruskan lawatan ke Johor Port Berhad di Pasir Gudang. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk meninjau operasi pelabuhan yang merupakan antara hab logistik dan perdagangan utama negara. Delegasi turut didedahkan kepada keperluan industri semasa, perkembangan teknologi dalam sektor logistik serta potensi kerjasama strategik antara institusi pendidikan MARA dan sektor industri.
Program lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan MARA dengan rakan industri, di samping mengenal pasti peluang baharu dalam pembangunan program akademik yang lebih relevan dengan kehendak pasaran kerja semasa. Pendekatan ini selaras dengan usaha MARA untuk memastikan graduan yang dilahirkan sentiasa kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Melalui sesi perbincangan dan perkongsian pandangan yang berlangsung sepanjang lawatan, pelbagai idea serta cadangan strategik telah diketengahkan bagi memperkasakan ekosistem pendidikan MARA, khususnya dalam aspek kebolehpasaran graduan, pemerkasaan TVET dan pengukuhan hubungan institusi-industri.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada warga pendidikan MARA serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti tinggi demi kemajuan negara.