Pusat Teknologi Digital UKM

Pusat Teknologi Digital UKM Peneraju Transformasi Digital

“The Digital Transformation Leader” Pusat Teknologi Maklumat (PTM) diwujudkan sejak tahun 1974 di bawah Pejabat Canselori.

Pada masa itu ia beroperasi sebagai Unit Komputer yang bertanggungjawab dalam pemprosesan gaji kakitangan. Pada tahun 1980, unit ini telah dinaiktaraf kepada Pusat Komputer selaras dengan pertambahan fungsi utama dan perkembangan teknologi bagi menyokong kecekapan pengurusan universiti. Pada tahun 2007 Pusat Komputer telah mengadakan Sanggar Kerja: Pemantapan Pengurusan Pusat Komputer untuk mening

katkan kualiti perkhidmatan dan mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Resolusi daripada sanggar kerja ini, antaranya ialah Pusat Komputer kini dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan struktur organisasi telah disusun semula dengan menubuhkan Unit Aplikasi Sokongan dan mewujudkan jawatan Timbalan Pengarah Penyelidikan. Ini adalah untuk menyokong kecekapan pengurusan dan sokongan penyelidikan di Fakulti/Pusat/Institut dan pelajar sejajar dengan pengiktirafan UKM sebagai Universiti Penyelidikan.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Ag...
31/05/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sembah takzim daripada Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM).

Daulat Tuanku.





SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026Pusat Teknologi Digital mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua warga UKM...
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026

Pusat Teknologi Digital mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua warga UKM yang beragama Buddha.

Semoga perayaan Hari Wesak kali ini membawa kedamaian dan kegembiraan kepada setiap individu yang menyambutnya.





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MPusat Teknologi Digital mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga UK...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M

Pusat Teknologi Digital mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga UKM dan seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa pengertian pengorbanan yang bermakna untuk kita semua. Bagi yang pulang ke kampung halaman, diharap sentiasa berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba di destinasi.





KERJASAMA UKM DENGAN BLACKBERRY: PELANCARAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL DALAM BIDANG KESELAMATAN SIBER (CYBER PATHWAY...
23/05/2026

KERJASAMA UKM DENGAN BLACKBERRY: PELANCARAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL DALAM BIDANG KESELAMATAN SIBER (CYBER PATHWAYS) PERKASA BAKAT KESELAMATAN SIBER NEGARA

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama BlackBerry Technology Malaysia Sdn. Bhd. melancarkan Program pensijilan profesional dalam bidang keselamatan siber iaitu Cyber Pathways bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang keselamatan siber.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh bersama Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, Mr. John Giamatteo. Turut bersama dalam majlis ini, daripada pihak Blackberry adalah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); Mr. John Dimitropoulos, Chief Strategy Officer BlackBerry; Mr. Phil Kurtz, BlackBerry Chief Legal Officer; Mr. Tash Stamatelos BlackBerry Senior Vice President, Asia Pacific. Turut hadir, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad, Pengarah DigitalUKM dan Prof. Madya Dr. Masnizah Mohd, Timbalan Pengarah (Strategi & Aplikasi) DigitalUKM.

Program pensijilan profesional dalam bidang keselamatan siber iaitu Cyber Pathways selama 24 minggu ini menawarkan struktur pembelajaran tiga peringkat yang boleh disusun (stackable tiers), iaitu Cyber Protection, Cyber Management dan Cyber Security. Program ini disasarkan kepada graduan baharu dan profesional yang ingin beralih kerjaya ke bidang keselamatan siber sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam sektor digital negara.

Naib Canselor turut mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry bagi melihat fasiliti dan kemudahan berkaitan keselamatan siber dan teknologi digital.

DigitalUKM bersama Pengurusan Tertinggi UKM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga DigitalUKM terus cemerlang seiring dengan aspirasi pendigitalan universiti.





𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dr. Mohd Fadhli Shah Kha...
22/05/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dr. Mohd Fadhli Shah Khaidzir atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif), Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP-UKM) berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026.

DigitalUKM mendoakan semoga YBhg. Dr. diberikan Allah kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini dan terus cemerlang memimpin dengan penuh dedikasi.

Ikhlas daripada
Warga DigitalUKM





𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Ts. Dr. Ahmad Firdhaus A...
22/05/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham atas pelantikan sebagai Pengetua Kolej Keris Mas (KKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026.

DigitalUKM mendoakan semoga YBhg. Ts. Dr. diberikan Allah kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini dan terus cemerlang memimpin dengan penuh dedikasi.

Ikhlas daripada
Warga DigitalUKM





𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Faizal Moh...
22/05/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed atas pelantikan sebagai Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026.

Ikhlas daripada
Warga DigitalUKM





𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...
22/05/2026

𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡

Warga Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad atas khidmat bakti dan jasa sepanjang tempoh pelantikan sebagai Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga 20 Mei 2026.

Daripada:
Warga DigitalUKM





Selamat Menyambut Ulang Tahun UKM Ke-56. Sejak penubuhannya pada 18 Mei 1970, UKM terus unggul sebagai sebuah institusi ...
18/05/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun UKM Ke-56. Sejak penubuhannya pada 18 Mei 1970, UKM terus unggul sebagai sebuah institusi ilmu yang menjadi kebanggaan negara dalam melahirkan generasi berilmu, berwibawa dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa. Perjalanan lebih lima dekad ini menjadi bukti komitmen warga universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan khidmat kepada masyarakat.

Semoga UKM terus melakar kegemilangan sebagai universiti watan yang memartabatkan Bahasa Melayu, memperkasa agenda ilmu dan menerajui masa depan pendidikan tinggi negara. Selamat ulang tahun ke-56 buat seluruh warga dan alumni UKM.

Daripada:
Warga DigitalUKM





AUDIT PENGAWASAN 2 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) OLEH SIRIM BERHAD BAGI SKOP PENGURUSAN APLIKASI DAN PUS...
18/05/2026

AUDIT PENGAWASAN 2 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) OLEH SIRIM BERHAD BAGI SKOP PENGURUSAN APLIKASI DAN PUSAT DATA DI PUSAT TEKNOLOGI DIGITAL UKM (DigitalUKM)
18 – 19 MEI 2026 (ISNIN & SELASA)

Audit Pengawasan 2 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) oleh SIRIM Berhad bagi skop Pengurusan Aplikasi dan Pusat Data di Pusat Teknologi Digital UKM (DigitalUKM) dilaksanakan di DigitalUKM mulai 18 - 19 Mei 2026.
Majlis Pembukaan Audit ISMS ini telah dipengerusikan oleh Pengarah DigitalUKM, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif bin Md Saad. Pengarah dan Pengurusan DigitalUKM mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Auditor dari SIRIM Berhad, Puan Rohazlin Binti Md Yassin yang akan melaksanakan pengauditan di DigitalUKM bagi tempoh yang dinyatakan. Audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pengurusan keselamatan maklumat selaras dengan keperluan standard ISMS.
DigitalUKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh warga DigitalUKM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi audit ini. Semoga sokongan dan usaha berterusan ini dapat memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat dan kecemerlangan perkhidmatan digital UKM.





Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Teknologi Digital UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Teknologi Digital UKM:

Share