09/05/2026
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu 2026, MASAA dengan kerjasama Persatuan Spinal Pantai Timur (PSPT) akan menganjurkan Webinar MASAA 2026 Siri 1 bertajuk βWanita, Ibu dan SCIβ.
Webinar ini membuka ruang perbincangan tentang wanita, ibu dan kehidupan dengan kecederaan saraf tunjang (SCI). Ia bukan sekadar sesi ilmu, tetapi ruang untuk memahami cabaran kesihatan, emosi, keluarga dan kekuatan wanita dalam komuniti SCI.
ποΈ Tarikh: Sabtu, 9 Mei 2026
β° Masa: 11.00 pagi β 12.00 tengah hari
π» Platform: Zoom Meeting & Live di Facebook MASAA
π₯ Pendaftaran Webinar (Percuma):
π https://forms.gle/H7aaUAAt46apZMCN6
(Pautan Zoom akan dihantar selepas pendaftaran disahkan)
π€ Penceramah:
Prof. Dr. Nazirah Hasnan (Pakar Perunding Perubatan Pemulihan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
π£οΈ Moderator:
Dr. Noor Khairiyah Binti Mustafa (Penolong Setiausaha MASAA)
Webinar ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada komuniti SCI, wanita OKU, ibu, penjaga, ahli keluarga, profesional kesihatan, NGO serta masyarakat umum yang ingin memahami isu SCI dengan lebih dekat.
Namun, MASAA sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada peserta dan orang ramai bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan, kesihatan dan advokasi SCI di Malaysia.
π Maklumat Sumbangan:
Maybank: 564258589294 (MASAA)
Rujukan: Sumbangan MASAA
Jom sertai kami. Bersama kita meraikan kekuatan wanita, menghargai pengorbanan ibu dan memperkukuh sokongan kepada komuniti SCI di Malaysia.