Skuad Didik IPG Kampus Pendidikan Islam

Skuad Didik IPG Kampus Pendidikan Islam Persatuan Skuad Didik merupakan sebuah kelab yang bernaung di bawah IPG Kampus Pendidikan Islam. Menjadikan kerja-kerja sukarelawan sebagai misi utama :D

Skuad didik merupakan badan sukarelawan yang ditubuhkan bagi :

- Mendidik pelajar untuk menjadi pendidik yang berjiwa guru.
- Menghimpunkan pelajar dari pelbagai pengkhususan untuk menjadi sukarelawan pendidik.
- Membentuk jiwa guru yang cakna akan keperluan pendidikan warga kampus dan komuniti luar.

Genap setahun Ramadhan telah meninggalkan kita.Kini, Ramadhan yang dinanti telah tiba.Moga Ramadhan kali ini membawa ser...
05/06/2016

Genap setahun Ramadhan telah meninggalkan kita.
Kini, Ramadhan yang dinanti telah tiba.
Moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna kepada semua dan memberi sinar kebahagiaan.
Moga Ramadhan ini mampu mendidik diri kita ke arah yang lebih baik dan mampu menyumbang buat masyarakat.

Bersama-sama kita raikan Ramadhan kali ini dengan lebih mensyukuri segala nikmat Tuhan.
Sama-sama kita berkongsi nikmat menyambut Ramadhan.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!
Taqabballahu minna wa minkum.

Dari kami : Skuad Didik IPG Kampus Pendidikan Islam.

" Skuad Didik Bersedia Mendidik"

" Sebaik baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."Tahniah buat sukarelawan Skuad Didik yang sent...
12/04/2016

" Sebaik baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."

Tahniah buat sukarelawan Skuad Didik yang sentiasa sudi memperuntukkan masa buat Ummah.

Moga nilai masamu diganti dengan saham Syurg :)

" Carilah waktu berbuat kebajikan walaupun hanya sedetik."Alhamdulillah, masih diberi kesempatan berjumpa adik adik KKR ...
22/02/2016

" Carilah waktu berbuat kebajikan walaupun hanya sedetik."

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan berjumpa adik adik KKR kesayangan pada malam ini walaupun sedikit sibuk belakangan ini.

Terima kasih buat yang tak pernah penat 'memberi', moga nilai waktu kalian diganti Allah dengan saham ke Jannah-Nya.

Skuad Didik : Bersedia Mendidik.

" It's not about doing the most deeds, but doing a good thing continuously."Amalan baik yang sedikit tetapi istiqamah it...
16/02/2016

" It's not about doing the most deeds, but doing a good thing continuously."

Amalan baik yang sedikit tetapi istiqamah itu adalah lebih baik.

Alhamdulillah.
Tiada siapa yang mampu membalas jasa kalian melainkan Allah. Moga diganti amalan baik yang berterusan ini dengan saham ke Syurga-Nya!

Skuad Didik : Bersedia Mendidik.

Harapnya tidak lambat untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru!Kullu 'am wa antum bikhair :)Moga tahun baru 2016 ini membaw...
01/01/2016

Harapnya tidak lambat untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru!
Kullu 'am wa antum bikhair :)

Moga tahun baru 2016 ini membawa sinar baru dan kebahagiaan kepada kita dan orang lain, insyaAllah !

Skuad Didik : Bersedia Mendidik.

" There is no holiday for doing good."Yeay! Cuti semester sudah tiba.Semoga cuti semester ini dipenuhi dengan perkara-pe...
19/11/2015

" There is no holiday for doing good."

Yeay! Cuti semester sudah tiba.

Semoga cuti semester ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat buat diri dan ummah.

Isilah masa lapang dengan sebaik-baiknya. Istiqamahkan diri dengan membuat kebaikan. Moga dikira Allah sebagai saham ke Jannah-Nya. Amin.

---------

Alhamdulillah, baru mendapat berita gembira tentang pencapaian dua orang adik KKR tersayang dalam UPSR baru-baru ini.

Tahniah buat kedua-duanya, moga tidak berhenti belajar tentang kehidupan ini. Apa pun keputusan yang diperoleh, yakinlah Allah Maha Adil, penentu keputusan yang terbaik.

" Sebab manusia merancang dengan cita, tapi Allah itu merancang dengan cinta."

Salam sayang,
Team Sukarelawan Skuad Didik 2015

"No one has ever become poor by giving."- Anne FrankAlhamdulillah, sukarelawan Skuad Didik berkesempatan mengajar adik-a...
29/09/2015

"No one has ever become poor by giving."
- Anne Frank

Alhamdulillah, sukarelawan Skuad Didik berkesempatan mengajar adik-adik KKR mengaji hari ini setelah puas bercuti raya selama seminggu.

Terima kasih buat yang menyumbang tenaga bersama adik-adik pada malam ini, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Jazakumullah khairan jazak :-D
Moga tiap detik yang dikorbankan, dibalas Allah dengan aliran sungai buat kalian di Syurga kelak, insyaallah.

Dup dap dup dap... Berbaki dua hari sahaja lagi sebelum MISI BAKTI KEMBOJA 2.0 bermula.Doakan perjalanan kami berjalan l...
19/09/2015

Dup dap dup dap...

Berbaki dua hari sahaja lagi sebelum MISI BAKTI KEMBOJA 2.0 bermula.

Doakan perjalanan kami berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Segala sumbangan yang telah dihulurkan hanya Dia yang mampu membalasnya.

Jazakumullah khairan jazak, semua.

Kemboja, mu tunggu kami datang!

Terima kasih diucapkan kepada 7 orang sukarelawan Skuad Didik yang telah memperuntukkan sedikit masa untuk melibatkan di...
16/08/2015

Terima kasih diucapkan kepada 7 orang sukarelawan Skuad Didik yang telah memperuntukkan sedikit masa untuk melibatkan diri dalam Teh Tarik Morning Raya di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Salah satu tujuan penganjuran program anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) ini adalah untuk meraikan dan memberi bantuan kepada anak-anak Rohingya, terutamanya, sempena Aidilfitri yang berbaki.

Syabas kepada kalian yang tidak pernah puas memberi untuk melihat orang lain tersenyum!

Moga Allah menggantikan nilai masa kalian itu dengan saham ke syurga ;-)

Skuad Didik : Bersedia Mendidik!

MISI BAKTI KEMBOJA 2.0Seperti Misi Bakti Kemboja pada tahun lepas, tahun ini Persatuan Skuad Didik kembali dengan Misi B...
20/07/2015

MISI BAKTI KEMBOJA 2.0

Seperti Misi Bakti Kemboja pada tahun lepas, tahun ini Persatuan Skuad Didik kembali dengan Misi Bakti Kemboja 2.0 bersempena Hari Raya Aidiladha di Kg. Cham dan Kg. Chenang.

Untuk sesiapa yang berminat, penyertaan untuk tujuan aqiqah dan korban telah mula dibuka. Hanya RM 300 untuk satu bahagian lembu dan RM 2100 untuk seekor lembu.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan pemberian sumbangan bolehlah hubungi nombor yang tertera di bawah. :-D

📱Datin Dr. Bushro (Pensyarah) :
019-229 0864

📱Habib :
011-1259 7161

📱Ummi :
012-509 0388

📱Aisyah :
013-896 8496

SKUAD DIDIK : Bersedia Mendidik.

Alhamdulillah, program Sekampit Beras Sekilo Gula yang lalu telah selesai dengan jayanya.Ribuan terima kasih kepada Puan...
15/07/2015

Alhamdulillah, program Sekampit Beras Sekilo Gula yang lalu telah selesai dengan jayanya.

Ribuan terima kasih kepada Puan Mahawa Pilus dan team Sedekah Subuh yang banyak membantu kami melaksanakan program ini.

Semoga kita dapat berkolaborasi lagi dalam melaksanakan program sebegini pada masa hadapan, insyaAllah.

Sekali lagi, kami di barisan pimpinan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Skuad Didik : Bersedia Mendidik!

🐮 MISI BAKTI : KEMBOJA 2.0 (2015) 🐮bakal muncul tidak lama lagi..🎈Akan membawakan kpd anda :👉 pelbagai pengalaman dan pe...
14/07/2015

🐮 MISI BAKTI : KEMBOJA 2.0 (2015) 🐮
bakal muncul tidak lama lagi..

🎈Akan membawakan kpd anda :

👉 pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga khusus buat siswa pendidik..
👉 bertujuan untuk melatih siswa pendidik untuk memberi khidmat bakti pendidikan kepada Umat Islam di Kemboja yang majoritinya sangat miskin dan teramat daif tahap pendidikan agama.

🙋🙇 Berdasarkan pemerhatian kami pada tahun lepas, kami terpanggil lagi untuk menjalankan program ini sekali lagi bagi memberikan pelbagai sumbangan dan khidmat masyarakat termasuk Sembelihan Korban & Akikah pada Hari Raya Haji tahun ini (2015).

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

🏡 Pelaksanaan ini akan diadakan bertempat di Kampung Chenang dan Kampung Cham,Kemboja...

🏃Antara aktiviti yg telah dilaksanakan pada tahun lepas dan akan dilaksanakan pada tahun ini :

🐝Sembelihan Korban
🐝Penyerahan Sumbangan berbentuk wang dan material
🐝Siswa Pendidik bersama Masyarakat Kampung

dan ,

➕TAMBAHAN aktiviti untuk tahun ini :
🚌 diskusi Pendidikan di Sekolah berdekatan

💐 ISTIMEWA DI KEMBOJA💐
👉 Penyertaan Korban berharga RM 300 untuk satu bahagian lembu, RM2,100 untuk seekor lembu dan akn diagihkan kepada pnduduk kampung di sana.

✳🆘✳ Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai sumbangan dan penyertaan Korban :
boleh hubungi nombor yang tertera di bawah...👇

📱Datin Dr.Bushro (Pensyarah) :
019-229 0864
📱Habib : 011-1259 7161
📱Ummi : 012-509 0388
📱Aisyah : 013-896 8496
dan, boleh juga..👍 LIKE page kami.. https://m.facebook.com/profile.php?id=1401582266756789

Address

IPG Kampus Pendidikan Islam
Bangi
43657

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Didik IPG Kampus Pendidikan Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share