07/05/2026
[HARI INI] PERSIDANGAN ISOD VI BERMULA!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sedang berlangsung hari ini, 6th International Seminar on Da’wah (ISOD VI) bertempat di Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia.
Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIN Raden Fatah Palembang bagi membincangkan pendekatan dan inovasi dakwah dalam mendepani cabaran teknologi digital serta dinamika sosial masa kini.
Agenda Utama Pagi Ini:
9.00 pagi: Majlis Perasmian Pembukaan oleh Rektor UIN Raden Fatah, Dekan FDK UIN, dan Pengerusi Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan UKM.
9.45 pagi: Sidang Ucaptama menampilkan Dr. Achmad Syarifudin (Ekoteologi Islam & Ecolifestyle) dan Dr. Zulkefli Aini (Kompetensi Pendakwah Muda & Latihan Amali Dakwah Era Digital).
Selepas itu terdapat pembentangan kertas kerja daripada ahli akademik dan penyelidik kedua-dua negara.
Semoga perkongsian ilmu hari ini memberi impak besar kepada pembangunan dakwah dan kepimpinan serantau agar kekal relevan dan inklusif. Selamat bersidang kepada semua delegasi!
Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://dakwahkepimpinan.my/6th-international-seminar-on-dawah-isod-vi/
Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani anjuran Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM dengan kerjasama JAKIM dengan tema: Dakwah Lestari Masyarakat Madani diadakan seperti berikut: Tarikh: 15 Oktober 2025; Tempat: Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia