Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Jaminan Kualiti

Pusat Jaminan Kualiti ditubuhkan secara rasmi pada 10 Februari 2011 setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UKM Bil. 1/2011 pada 10 Februari 2011. Sebelum penubuhannya semua aktiviti kualiti UKM dikendalikan oleh Bahagian Jaminan Kualiti iaitu di bawah pentadbiran Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti (PPKK). Penubuhan PJK adalah selaras dengan cadangan Panel Penilai Audit Institusi MQA ke atas

UKM pada 22-26 Mac 2010 di mana UKM telah berjaya diberikan status Swaakreditasi (self-accreditation) berkuatkuasa 29 April 2010. Hasil Audit, Panel MQA telah mencadangkan supaya UKM menilai semula Sistem Jaminan Kualiti (QA Systems) sedia ada dan mengambil langkah supaya proses kualiti lebih telus dan berintegriti di semua peringkat. MQA juga mengesyorkan supaya UKM menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Centre for Quality Assurance ) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UKM lebih terancang dan berkesan.

12/05/2026

RECAP Sorotan Hari Kedua: Bengkel Pemerkasaan Peranan & Tanggungjawab PDKS (Fakulti) dan KJK (Institut)!

✨ Sorotan Hari Kedua: Bengkel Pemerkasaan Peranan & Tanggungjawab PDKS (Fakulti) dan KJK (Institut)! ✨Aktiviti bengkel h...
12/05/2026

✨ Sorotan Hari Kedua: Bengkel Pemerkasaan Peranan & Tanggungjawab PDKS (Fakulti) dan KJK (Institut)! ✨

Aktiviti bengkel hari kedua padat dan rancak bermula dari awal pagi lagi. Fokus utama aktiviti hari kedua ini adalah percambahan idea secara kritikal 🧠 dalam membincangkan 5 isu terpilih pengurusan penjaminan kualiti di UKM. Perbincangan strategik ini menggunakan pendekatan LEIQ™ (Lokman’s Emotion Importance Quadrant) yang dikendalikan oleh Ketua Unit Bahagian BAP, Dr. Shamsiah Abd. Kadir. Kaedah ini digunakan bagi mengenalpasti cabaran dalam menguruskan isu berkaitan pengurusan kualiti dan akreditasi program berdasarkan perspektif dan pengalaman peserta. Peserta kemudiannya berbincang untuk menentukan keutamaan cabaran tersebut berdasarkan impak dan kepentingannya kepada tugas PDKS/KJK. Matlamat akhir sesi ini adalah untuk merangka suatu mekanisme penyelesaian strategik sebagai suatu amalan baik untuk dipraktikkan di F/I.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas dedikasi dan komitmen luar biasa sepanjang hari kedua bengkel! 🔥💪

12/05/2026

RECAP Soroton Hari Pertama: Bengkel Pemerkasaan Peranan & Tanggungjawab PDKS (Fakulti) dan KJK (Institut)!

✨ Soroton Hari Pertama: Bengkel Pemerkasaan Peranan & Tanggungjawab PDKS (Fakulti) dan KJK (Institut)! ✨Bengkel tiga har...
12/05/2026

✨ Soroton Hari Pertama: Bengkel Pemerkasaan Peranan & Tanggungjawab PDKS (Fakulti) dan KJK (Institut)! ✨

Bengkel tiga hari ini (8–10 Mei) telah membuka tirai dengan sesi pengenalan komprehensif mengenai aktiviti bahagian Kualiti-UKM. Taklimat bahagian dan taklimat mengenai peranan PDKS dan KJK ini telah sampaikan oleh barisan panel: 🎓 Dr. Babul Airianah Othman (Timbalan Pengarah BPPK) 🎓 Prof. Madya Dr. Fadzilah Abdullah (Timbalan Pengarah BSPK) 🎓 Prof. Madya Dr. Syaimak Abdul Shukor (Ketua Unit Bahagian BAP) 🎓 Puan Nurazlinda Nurul Asri (Ketua Pentadbiran Kualiti-UKM).

Bagi merancakkan lagi sesi, para peserta telah dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk persediaan bagi aktiviti hari kedua iaitu merungkai dan membincangkan 5 isu kritikal dalam pengurusan penjaminan kualiti program pengajian. Satu soal selidik juga telah dijalankan untuk meninjau status pelaksanaan peranan PDKS/KJK di F/I masing-masing. Input ini pastinya amat berharga untuk penambahbaikan berterusan kita bersama. 📈

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen yang luar biasa ini!🔥

Warga Kualiti-UKM mengucapkan tahniah kepada Puan Wan Noor Hayati Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Ketua Jaminan Ku...
07/05/2026

Warga Kualiti-UKM mengucapkan tahniah kepada Puan Wan Noor Hayati Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Ketua Jaminan Kualiti, Pusat Komunikasi Korporat (Komunikasi UKM) yang baharu berkuat kuasa mulai 11 Mei 2026.



Warga Kualiti-UKM mengucapkan tahniah kepada Puan Mas Aliza Abu di atas pelantikan sebagai Ketua Jaminan Kualiti, Pusat ...
07/05/2026

Warga Kualiti-UKM mengucapkan tahniah kepada Puan Mas Aliza Abu di atas pelantikan sebagai Ketua Jaminan Kualiti, Pusat Integriti dan Ombudsman UKM yang baharu berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Kamili Diana @ Alias @ Yusof di atas jasa dan sumbangan bakti sebagai Ketua Jaminan Kualiti, Pusat Integriti dan Ombudsman UKM yang telah berakhir pada 1 April 2026.



Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 4 Me...
05/05/2026

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 4 Mei 2026 di Bilik Mesyuarat Perdana, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bagi membincangkan prestasi dan hala tuju sistem keselamatan maklumat universiti. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor ( Strategi dan Kewatanan).

Semoga usaha ini terus memperkasakan tadbir urus sistem pengurusan keselamatan maklumat UKM.

Selamat Hari Pekerja 2026  1 Mei 2026 (Jumaat)Tema : Pekerja MADANI Kesuma Bangsa
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026
1 Mei 2026 (Jumaat)
Tema : Pekerja MADANI Kesuma Bangsa

Telah berlangsung Bengkel Isu Dalam & Isu Luar berkaitan Perubahan Iklim serta Pelan Rawatan Risiko (RTP) bersama Ketua ...
29/04/2026

Telah berlangsung Bengkel Isu Dalam & Isu Luar berkaitan Perubahan Iklim serta Pelan Rawatan Risiko (RTP) bersama Ketua Jaminan Kualiti dan Pegawai Risiko PTj di bawah Skop ISMS bertempat di Bilik Inovasi, KUALITI-UKM pada 24 April 2026.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zanariyah selaku penceramah jemputan atas penerangan tentang isu berkaitan perubahan iklim dan kepentingan dalam mengintegrasikan perubahan iklim ke dalam Pelan Rawatan Risiko (RTP) di bawah skop ISMS di UKM. Terima kasih diucapkan juga kepada semua wakil PTj atas komitmen dan saranan yang diberikan sepanjang bengkel ini berlangsung.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Sistem Peng...
25/04/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga dan pelajar UKM. Warga dan pelajar UKM dijemput untuk menghantar rekaan logo yang kreatif, menarik serta mencerminkan konsep keselamatan maklumat selaras dengan identiti UKM.

📅 Tempoh Penyertaan: 27 April 2026 hingga 8 Mei 2026

“Serlahkan kreativiti anda dalam Pertandingan Cipta Logo ISMS! Reka logo yang unik, kreatif dan penuh identiti"

Tahniah diucapkan kepada semua PTj yang telah berjaya melalui proses audit oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang t...
24/04/2026

Tahniah diucapkan kepada semua PTj yang telah berjaya melalui proses audit oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang telah berlangsung pada 20–23 April 2026 dengan cemerlang. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa dipatuhi dan ditambah baik selaras dengan keperluan ISO 9001:2015.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecekapan, keberkesanan serta budaya kerja berkualiti tinggi dalam organisasi. Teruskan kecemerlangan!



Address

Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389215077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia:

Share