14/05/2026
INTEGRITI DALAM PEKERJAAN SIRI 2/2026
Jujur dalam Masa, Tuntutan & Kualiti Kerja
Surah Al-Mutaffifin, Ayat 1-3 memberi amaran keras kepada golongan yang curang dalam sukatan. Jika diqiaskan kepada dunia pekerjaan moden hari ini, ayat ini adalah teguran tepat buat kita yang "menipu timbangan masa dan hasil kerja".
Ia merujuk kepada situasi di mana kita mahu hak kita (gaji & kelebihan) diberikan sepenuhnya, tetapi kita mengurangkan hak majikan—dengan bersikap culas, sengaja melengah-lengahkan kerja, atau memalsukan tuntutan kewangan (claim).
Integriti bukan tentang siapa yang nampak, tetapi apa yang kita buat apabila tiada siapa yang melihat. Kerja yang telus menjamin rezeki yang berkat.