Pusat Perhubungan Alumni UKM

Pusat Perhubungan Alumni UKM Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIHPusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih ...
13/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor (Alumni Fakulti Perubatan 2004) atas khidmat bakti dan jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga 12 Mei 2026.




Tahniah diucapkan kepada Pn. Rohidayah Abdul Rahim, Pegawai Tadbir N9, atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang U...
12/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Pn. Rohidayah Abdul Rahim, Pegawai Tadbir N9, atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM (APC) 2026 (Penilaian Prestasi Tahun 2025)!

Penganugerahan ini adalah bukti komitmen, dedikasi, serta prestasi cemerlang beliau dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk sentiasa cemerlang dalam menjalankan amanah dan menyumbang bakti kepada kecemerlangan institusi!

Ikhlas daripada Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM).





Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Faiz Md Shah, Pembantu Khidmat Am H1, atas penerimaan Anugerah Pekerja Terbaik (Penila...
12/05/2026

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Faiz Md Shah, Pembantu Khidmat Am H1, atas penerimaan Anugerah Pekerja Terbaik (Penilaian Prestasi Tahun 2025)!

Penganugerahan ini adalah bukti komitmen, dedikasi, serta prestasi cemerlang beliau dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk sentiasa cemerlang dalam menjalankan amanah dan menyumbang bakti kepada kecemerlangan institusi!

Ikhlas daripada Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM).





BACAAN YASIN & FORUM PERDANA ALUMNI 2026 ๐Ÿ•‹Bersempena dengan Program Alumni Balik Kampus 2026, Pusat Perhubungan Alumni U...
12/05/2026

BACAAN YASIN & FORUM PERDANA ALUMNI 2026 ๐Ÿ•‹

Bersempena dengan Program Alumni Balik Kampus 2026, Pusat Perhubungan Alumni UKM menjemput seluruh alumni dan warga UKM ke majlis Bacaan Yasin & Forum Perdana Alumni 2026. Ayuh eratkan ukhuwah dan timba ilmu menerusi kupasan tema "Profesionalisme Muslim: Menyumbang dengan Integriti dan Ihsan" bersama barisan panelis hebat dalam kalangan alumni kebanggaan kita.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 6.30 Petang
๐Ÿ“ Lokasi: Masjid UKM

PENGESAHAN KEHADIRAN
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk hadir, sila imbas Kod QR yang tertera pada poster atau tekan pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran anda:
๐Ÿ”— https://forms.gle/sy7RPbgXmComQfWg6

Mari bersama-sama kita mulakan pertemuan ini dengan titipan doa dan pengisian jiwa. Jumpa anda di Masjid UKM!





KONSERT GALA ALUMNI MELODI SEPANJANG ZAMAN 2026Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan bangganya membawakan sebuah malam yan...
11/05/2026

KONSERT GALA ALUMNI MELODI SEPANJANG ZAMAN 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan bangganya membawakan sebuah malam yang bakal menyatukan kita kembali dengan irama yang takkan ditelan zaman. Nantikan persembahan hebat daripada barisan vokal lagenda, ikon rock, dan bintang pop sensasi tanah air yang bakal menggegarkan pentas! Jualan tiket akan dibuka tidak lama lagi, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti setiap platform media sosial rasmi Pusat Perhubungan Alumni UKM untuk pengumuman seterusnya. Jangan sampai terlepas! ๐Ÿคซ๐ŸŽŸ๏ธ

๐Ÿ“ Lokasi: DECTAR, UKM
๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026
๐Ÿ•— Masa: 8.00 Malam

Jumpa anda di sana! Teruskan setia bersama kami untuk kejutan yang seterusnya.





โœˆ๏ธ UKM x AFFIN x BATIK AIR: Terbang Lebih Jauh, Bayar Lebih Jimat! โœˆ๏ธKomuniti Alumni UKM kini boleh menikmati penjimatan...
11/05/2026

โœˆ๏ธ UKM x AFFIN x BATIK AIR: Terbang Lebih Jauh, Bayar Lebih Jimat! โœˆ๏ธ

Komuniti Alumni UKM kini boleh menikmati penjimatan eksklusif sehingga 25% untuk penerbangan Batik Air ke mana-mana destinasi pilihan dengan menggunakan Kad AFFIN. Rancang percutian impian anda dan nikmati pengalaman perjalanan yang selesa serta menjimatkan.

โœจ Ganjaran Eksklusif Untuk Anda! โœจ
โœ… Diskaun 25% untuk Kelas Tambang Business Flexi
โœ… Diskaun 20% untuk Kelas Tambang Economy Flexi
โœ… Gunakan kod promo: BATIKAFFIN26 semasa menempah
โœ… Sah untuk pembayaran menggunakan Kad Kredit / Debit AFFIN
โœ… Tempoh Tempahan: 1 Mei โ€“ 31 Julai 2026
โœ… Tempoh Perjalanan: 1 Mei โ€“ 31 Disember 2026

Tempah penerbangan anda sekarang melalui Aplikasi Batik Air atau di www.batikair.com.

*Tertakluk kepada Terma & syarat
Maklumat lanjut: AffinAlways.com/affin-ukm-alumni-cards





TAHNIAH ALUMNI Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ahmad Rizal Adnan (FT...
11/05/2026

TAHNIAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ahmad Rizal Adnan (FTSM 2005) atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, berkuat kuasa 11 Mei 2026.

Kami berbangga dengan alumni UKM!




TAHNIAH ALUMNI Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt. Kol. Prof. Madya Mohd J...
11/05/2026

TAHNIAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy Abd. Rahman atas pelantikan semula sebagai Pengarah Pusat Kesatria Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa 18 Mei 2026.

Kami berbangga dengan alumni UKM!




TAKZIAH ALUMNI Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan takziah dan semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham Encik Che A...
08/05/2026

TAKZIAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan takziah dan semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham Encik Che Abdullah Che Ya (FSKK 1994, 1998) sentiasa tabah menghadapi dugaan.

Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ž๐˜› ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‹๐˜ช๐˜ข ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ-๐˜•๐˜บ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‹๐˜ช๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ (๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ข) ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ช-๐˜•๐˜บ๐˜ข. ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข (๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ) ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ (Riwayat Al-Bukhari โ€“ 7377)





HI-TEA ALUMNI 2026: DI SINI BERMULA SEBUAH MEMORI โ˜•โœจRindu suasana kampus dan gelak tawa bersama rakan sekuliah? Jom kemb...
08/05/2026

HI-TEA ALUMNI 2026: DI SINI BERMULA SEBUAH MEMORI โ˜•โœจ

Rindu suasana kampus dan gelak tawa bersama rakan sekuliah? Jom kembalikan nostalgia terindah zaman mahasiswa di program Hi-Tea Alumni 2026 bersempena dengan Program Alumni Balik Kampus! Pusat Perhubungan Alumni UKM amat teruja menjemput seluruh alumni pulang ke alma mater untuk beramah mesra sambil menikmati juadah minum petang yang enak serta tampil menawan dalam busana smart casual bagi mencipta memori baharu yang pastinya bermakna

Berikut adalah butiran majlis:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 Jun 2026
โฐ Masa: 3.00 Petang
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Sutera KIZ, UKM
๐Ÿ‘˜ Tema Pakaian: Smart Casual
๐Ÿ’ต Yuran Pendaftaran: RM45 sahaja

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertanya khabar dan menyambung semula ukhuwah yang telah lama terjalin.

Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendaftar sekarang:
๐Ÿ”— https://forms.gle/pNHXwT7DADLwaf6v6





Address

Kompleks Alumni UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perhubungan Alumni UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Perhubungan Alumni UKM:

Share