TVET MARA Sri Gading

🚨 *PERMOHONAN & RAYUAN KEMASUKAN TVETMARA SRI GADING DIBUKA 8 JUN 2026*🚨Terlepas tawaran? Jangan risau.✅ Permohonan rayu...
05/06/2026

🚨 *PERMOHONAN & RAYUAN KEMASUKAN TVETMARA SRI GADING DIBUKA 8 JUN 2026*🚨

Terlepas tawaran? Jangan risau.

✅ Permohonan rayuan dibuka kepada calon yang telah memohon tetapi tidak menerima surat tawaran.

✅ Permohonan baharu turut dibuka kepada calon yang masih belum membuat permohonan.

📅 Tarikh buka: 8 Jun 2026

🎓 Peluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi kejuruteraan bersama TVETMARA Sri Gading kini kembali dibuka.

📌 Jika anda pernah membuat permohonan sebelum ini, hanya perlu log masuk dan *klik butang Rayuan*.

📌 Jika anda belum pernah membuat permohonan, anda perlu membuat pendaftaran dan *mengisi permohonan baharu dari awal*.

🔗 Permohonan boleh dibuat di:
*www.tvet.gov.my*

Jangan tunggu saat akhir. Rebut peluang ini dan kongsikan kepada anak, adik, saudara-mara serta rakan-rakan lepasan SPM yang masih mencari tempat untuk menyambung pengajian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0166047271 (Pn Aslinda) / 0172526087 (En Khairuddin)

PROGRAM CSR KOMUNITI UNIT PENTADBIRAN DENGAN KERJASAMA PIBG SK PINTAS RAYA SIRI 2/2026Program ini bertujuan menambah bai...
05/06/2026

PROGRAM CSR KOMUNITI UNIT PENTADBIRAN DENGAN KERJASAMA PIBG SK PINTAS RAYA SIRI 2/2026

Program ini bertujuan menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk warga sekolah. Antara fokus utama program ialah penyelenggaraan lampu kelas, kipas siling, tingkap kelas, susur tangan tangga serta kemudahan fasiliti sekolah.

📅 Tarikh: 4 Jun 2026
🕣 Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Pintas Raya

"Bersama Menambah Baik Prasarana, Memperkasa Persekitaran Pembelajaran"

Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan hubungan komuniti, meningkatkan kualiti kemudahan sekolah dan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan.

24/05/2026

8 & 9 Zulhijjah ni…
jangan biarkan ia lalu macam hari biasa 🌙

Kadang kita sibuk kejar dunia,
sampai lupa ada hari yang pahala dia dilipat gandakan 🤍

✨ Puasa Tarwiyah
✨ Puasa Arafah

Mungkin inilah hari untuk kita mula kembali dekat dengan Allah.

Semoga setiap lapar dan dahaga kita jadi asbab pengampunan dosa serta dimakbulkan segala doa 🤲🏻





Ada orang diuji ketika sedang mengejar cita-cita.Dan ada juga yang diuji tepat ketika hampir sampai ke garisan penamat.A...
22/05/2026

Ada orang diuji ketika sedang mengejar cita-cita.
Dan ada juga yang diuji tepat ketika hampir sampai ke garisan penamat.

Ayriel Miezanie bin Mohamad Nizam sedang menjalani latihan industri seperti rakan-rakan lain.
Namun satu kemalangan telah mengubah seluruh perjalanan hidupnya.

Terlanggar kenderaan rosak di tepi jalan.
Tercampak ke tengah jalan.
Dan dilanggar p**a oleh kenderaan lain.

Akibat kemalangan itu, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke peha.

Bayangkan…
Ketika rakan-rakan lain sibuk menamatkan latihan industri, Ayriel p**a sedang bertarung menerima kenyataan hidup yang sangat berat untuk usianya.

Tetapi seorang pejuang tidak memilih jalan mudah untuk menyerah.

Walaupun dalam keadaan terbatas, Ayriel tetap berusaha menghabiskan baki latihan industrinya.
Sedikit demi sedikit.
Dengan kekuatan yang mungkin tidak semua orang mampu lalui.

Hari ini, Ayriel masih menjalani proses pemulihan dari rumah.
Namun satu perkara yang tidak pernah hilang ialah semangatnya untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan.

Konvokesyen ini bukan hanya tentang segulung diploma.
Tetapi tentang luka, kesakitan, air mata dan kekuatan luar biasa seorang anak muda yang tetap memilih untuk terus melangkah walaupun kehilangan sebelah kaki.

Ada insan yang berjalan dengan dua kaki pun masih mudah mengalah.
Tetapi Ayriel membuktikan bahawa semangat manusia jauh lebih kuat daripada ujian yang menimpa.

Semoga terus kuat, Ayriel.
Perjalanan ini belum selesai.
Dan percayalah… kejayaan awak hari ini sudah cukup memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.

“Tahniah kepada Muhammad Nashrul bin Zulkifli,  Anugerah Graduan Terbaik bagi Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (...
22/05/2026

“Tahniah kepada Muhammad Nashrul bin Zulkifli, Anugerah Graduan Terbaik bagi Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Bangunan Maklumat - DTV) dari TVETMARA Sri Gading.

Kejayaan ini membuktikan bahawa bidang kejuruteraan pembinaan bukan sekadar tentang membina struktur, tetapi membina masa depan dengan ilmu, kemahiran dan ketekunan. Setiap usaha, pengorbanan dan cabaran yang dilalui akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk terus berani melangkah dalam bidang kejuruteraan pembinaan. Dunia memerlukan lebih ramai individu yang bukan sahaja mampu membina bangunan, tetapi juga mampu mencipta perubahan untuk masyarakat dan negara.

‘Impian besar bermula dengan langkah kecil, dan kejayaan hebat lahir daripada keberanian untuk terus belajar.’ ✨🏗️🎓










Tahniah kepada semua graduan TVETMARA Sri Gading sempena Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2026 Sidang 4.20 Mei 2026 menja...
21/05/2026

Tahniah kepada semua graduan TVETMARA Sri Gading sempena Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2026 Sidang 4.

20 Mei 2026 menjadi antara hari yang ditunggu selepas melalui jadual kelas, latihan amali, projek dan penilaian sepanjang tempoh pengajian.

Di pentas konvokesyen ini, setiap jubah dan skrol membawa perjalanan yang berbeza. Ada yang bermula tanpa pengalaman teknikal. Ada yang belajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran TVET yang menuntut disiplin dan kemahiran praktikal.

Hari ini, mereka melangkah keluar sebagai graduan dengan pengalaman sebenar dalam bidang masing masing.

Tahniah atas usaha yang dibina hingga ke garisan penamat.




Ramai nampak pertandingan kemahiran sebagai acara beberapa hari.Tapi sebelum sampai ke peringkat akhir WorldSkills Malay...
20/05/2026

Ramai nampak pertandingan kemahiran sebagai acara beberapa hari.

Tapi sebelum sampai ke peringkat akhir WorldSkills Malaysia Belia dalam kategori Digital Construction ini, yang diuji sebenarnya ialah konsisten mereka untuk terus belajar walaupun berkali-kali perlu betulkan semula kerja.

Azar Azreen, Amin Amri dan Nurin Irdina akan membawa nama TVETMARA Sri Gading ke peringkat akhir WSMB pada 17 hingga 20 Mei 2026.

Dalam bidang Digital Construction, peserta bukan hanya perlu faham perisian dan lukisan teknikal. Mereka diuji untuk membaca situasi projek, menyusun data pembinaan dan menghasilkan model yang tepat dalam tempoh masa yang ketat.

Di belakang nama peserta, ada pensyarah dan jurulatih yang turut melalui proses panjang. Semakan model, simulasi tugasan dan latihan teknikal dibuat berulang kali supaya setiap keputusan ada sebabnya.

Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan hasil yang baik buat seluruh pasukan.







17/05/2026

✨ 10 hari terbaik untuk gandakan amalan ✨

Jom rebut keberkatan Zulhijjah 1447H 🤍
Perbanyakkan doa, zikir, sedekah, puasa sunat dan amal kebaikan sepanjang hari-hari mulia ini.

Semoga setiap amalan kecil kita menjadi asbab rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. 🌙

Address

Batu 11 Jalan Kluang
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6074532572

Website

https://www.instagram.com/tvetmarasrigading/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share