Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Program Khas MARA dengan kerjasama OISCA Japan Kini, Pusat Bahasa Jepun telah beroperasi di MARA Japan Industrial Institute, Beranang sejak 5 Januari 2011.

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mula di asaskan oleh BKT pada tahun 1991 di Bangunan MARA Lama dan pada tahun 1995 ianya telah berpindah ke Tingkat 9, Wisma Bumiraya. Secara purata, Pusat Bahasa MARA-OISCA telah melahirkan seramai lebih kurang 3,550 pelajar semenjak tahun 1991. Buat masa sekarang, terdapat 42 pelajar sedang mengikuti latihan Intership di 15 buah syarikat di Jepun. Selain menjalankan

kursus Bahasa Jepun, Pusat Bahasa juga sering menganjurkan program bersama OISCA International Malaysian Chapter (OIMC) seperti Children Forest Program (CFP) dan Cultural Exchange Program.

๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€-๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐๐”๐9 Mac 2026, KLIA - Seramai 3 orang pelajar telah berjaya mendapa...
10/03/2026

๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€-๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐๐”๐

9 Mac 2026, KLIA - Seramai 3 orang pelajar telah berjaya mendapat peluang untuk menjalani latihan sambil kerja di Jepun. Pelajar akan menjalani orientasi selama 2 bulan di OISCA Chubu Nippon Training Center. Pelajar juga telah mengikuti kursus persediaan Bahasa Jepun di pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA selama 7 bulan.

Saudara Ahmad Syakir bin Fazrol Azri, graduan dari TVETMARA Pekan dengan kelulusan Diploma Teknologi Automotif Komersial. Beliau akan menjalani Latihan Industri di Akita Daihatsu Co. Ltd.

Saudara Muhammad Nazran Shah bin Muhammad Shahrizal, graduan dari TVETMARA Pekan dengan kelulusan Diploma Teknologi Automotif Servis. Beliau akan menjalani Latihan Industri di Akita Daihatsu Co. Ltd.

Dan yang terakhir, Saudara Mohamad Alham bin Utbah, graduan dari TVETMARA Kota Kinabalu dengan kelulusan Sijil Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukbekuan. Beliau akan menjalani Latihan Industri di Seimei Engineering Co. Ltd.

Pelajar akan menjalani perantisan selama 3 tahun di syarikat-syarikat tersebut.

MARA ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan kejayaan mereka dalam membina kerjaya di pentas antarabangsa dan MARA sentiasa komited untuk memperkasa kemahiran belia negara, dan peluang seperti ini terus dibuka kepada lepasan TVET MARA yang ingin membina masa depan di Jepun!











12/02/2026
12/02/2026

Langkawi: Lebih lima dekad kerjasama Malaysia-Jepun dalam pelbagai pendekatan strategik membuka peluang latihan industri kepada lebih 1,000 belia tempatan.

12/02/2026
๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—œ๐—ฆ๐—–๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  (๐— ๐—ข๐—œ๐—•๐—™) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒMOIBF 2026 brings together entrepreneurs, industry players and polic...
08/02/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—œ๐—ฆ๐—–๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  (๐— ๐—ข๐—œ๐—•๐—™) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

MOIBF 2026 brings together entrepreneurs, industry players and policymakers from Malaysia, Japan and the ASEAN region to strengthen collaboration in trade, investment and innovation, with a focus on future-ready sectors and sustainable growth.

The forum features keynote sessions, industry forums and business matching, providing access to strategic partners, investment opportunities and cross-border market entry.

For more information, follow MOIBF 2026 updates at www.moibf.com and through Majlis Amanah Rakyat (MARA) social media platforms.








๐—œ๐—ž๐— , ๐—ž๐—ž๐—ง๐— , ๐— ๐—๐—œ๐—œ ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” - ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—— ๐—›๐—”๐— ๐—œ๐——๐—œ
29/01/2026

๐—œ๐—ž๐— , ๐—ž๐—ž๐—ง๐— , ๐— ๐—๐—œ๐—œ ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” - ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—— ๐—›๐—”๐— ๐—œ๐——๐—œ







[TERKINI] IKM, KKTM, MJII Kini Dikenali sebagai TVETMARA - Zahid Hamidi

Artikel penuh di ruangan komen

11/01/2026

๐—”๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—œ๐—ฆ๐—–๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐— ๐—ข๐—œ๐—•๐—™โ€™๐Ÿฎ๐Ÿฒ)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama OISCA International akan menganjurkan MARA OISCA International Business Forum 2026 (MOIBFโ€™26), sebuah platform strategik yang menghimpunkan usahawan tempatan dan pembeli antarabangsa bagi memperkukuh peluang perdagangan serta akses pasaran global.

Program ini merangkumi Forum Perniagaan dan Sesi Padanan Perniagaan (Business Matching) yang akan berlangsung seperti yang tertera.

Penyertaan adalah terbuka kepada usahawan melalui pendaftaran di platform rasmi:
https://moibf.com

Tarikh tutup pendaftaran: 20 Januari 2026 (Jumaat)
Yuran penyertaan: RM500.00 seorang usahawan
(Merangkumi Forum Perniagaan dan Sesi Padanan Perniagaan)

Program ini memberi peluang rundingan secara langsung dengan pembeli global daripada pelbagai sektor industri bagi tujuan penembusan dan pengembangan pasaran eksport. Usahawan digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi memastikan slot penyertaan serta pengaturan sesi padanan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Laman Web Rasmi MOIBF 2026:
https://moibf.com/

MOIBF 2026: Cultivating Trust, Nurturing Sustainability









๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!
01/01/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!








๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Menutup tirai 2025 dengan penuh makna, pengalaman dan pencapaian yang membanggakan.

Melangkah ke 2026, MARA menyambut tahun bersejarah 60 tahun penubuhannya, menjunjung amanah, memperkasa rakyat dan membina masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Tahun Baru 2026!








๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—œ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”-๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€Sepang, 9 Disember 2025 โ€“ Seramai empat orang pelajar Program Pera...
25/12/2025

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—œ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”-๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€

Sepang, 9 Disember 2025 โ€“ Seramai empat orang pelajar Program Perantisan Industri MARAโ€“OISCA telah diraikan dalam satu sesi sending-off yang berlangsung di Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini, sebelum mereka berlepas ke Jepun bagi memulakan penempatan industri masing-masing.

Kesemua pelajar tersebut telah berjaya menamatkan kursus lanjutan Bahasa Jepun selama tujuh bulan di Pusat Bahasa Jepun MARAโ€“OISCA, sebagai persediaan menyeluruh dari aspek bahasa, budaya dan etika kerja sebelum melangkah ke alam industri antarabangsa.

Empat pelajar terlibat ialah Muhammad Syawal bin Salauddin dan Muhammad Irfan bin Roslan yang masing-masing ditempatkan di Onomichi Daihatsu Co., Ltd. di Jepun. Muhammad Syawal merupakan lulusan Diploma Teknologi Automotif Komersial dari IKM TSYA, manakala Muhammad Irfan ialah lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Automotive Service) dari GiatMARA Bukit Mertajam.

Turut menyertai program ini ialah Muhammad Ikhwan bin Roseni, lulusan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dari IKM Kuala Lumpur yang akan menjalani perantisan di Kakegawa Kucho Co., Ltd., serta Muhammad Nazri Fahmi bin Johari, lulusan Diploma Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan) dari KKTM Sri Gading yang ditempatkan di Mito Construction Co., Ltd.

Program Perantisan Industri MARAโ€“OISCA ini bukan sahaja memberi peluang latihan industri di peringkat antarabangsa, malah menjadi platform strategik dalam melahirkan graduan MARA yang kompeten, berdisiplin dan berdaya saing, selaras dengan visi MARA untuk membangunkan modal insan bertaraf global.

MARA dan OISCA merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua perantis dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya serta mengharumkan nama MARA dan Malaysia di persada antarabangsa!






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐€ - ๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€ ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐๐”๐Bera...
15/11/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐€ - ๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€ ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐๐”๐

Beranang, 14 Nov 2025 โ€” Majlis Tamat Kelas Lanjutan Pusat Bahasa Jepun MARAโ€“OISCA telah berlangsung bagi meraikan kejayaan para pelajar yang menamatkan kursus lanjutan bahasa Jepun dengan cemerlang.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YBrs. Haji Rusli bin Abd Rahman, Pengarah MARA-Japan Industrial Institute (MJII).





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐€-๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”-๐—ข๐—œ๐—ฆ๐—–๐—”?๐ŸŸ  Program kerjasa...
12/11/2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐€-๐Ž๐ˆ๐’๐‚๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”-๐—ข๐—œ๐—ฆ๐—–๐—”?
๐ŸŸ  Program kerjasama antara MARA dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA)
๐ŸŸข Menawarkan Kursus Bahasa Jepun untuk Asas dan Lanjutan Di MJII, Beranang, Selangor DE
๐Ÿ”ต 5 kali pengambilan setahun
๐ŸŸฃ Lepasan MARA-OISCA berpeluang menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜-๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป?
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 20-29 tahun
โœ… Sihat Tubuh Badan
โœ… Bujang
โœ… Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
(Khusus dalam TVET)

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—ฏ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ป๐—ถ?
๐ŸŸฆ Penyamanan Udara dan Penyejukan
๐ŸŸจ Bangunan / Pembinaan
๐ŸŸช Perpaipan
๐ŸŸฉ Baikpulih Badan Kenderaan

๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป?
๐Ÿ—“ Jan 2026 - Feb 2026 (2 bulan)

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป & ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
โ‡๏ธ Elaun Sara Hidup Bulanan
โ‡๏ธ Asrama disediakan
โ‡๏ธ Yuran pengajian ditanggung MARA
โ‡๏ธ Peluang Perantisan di Jepun 3 tahun di syarikat Jepun

๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป
https://forms.gle/AURTo4KvVACuJrQ7A

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป?
๐Ÿ›‘ 29 NOVEMBER 2025

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan, sila hubungi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA di talian 03-87249344 / 03-26134359 atau 011-63269336 (Raziq)

Sekian, terima kasih.





Address

MARA-Japan Industrial Institute, Lot 2333 Jalan Kajang-Seremban
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+603-87249344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share