Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) UiTM Pulau Pinang

Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) UiTM Pulau Pinang Assalamualaikum n Welcome to all visitors to this pages

26/01/2013

Program: Latihan Dalam Pertanian ( LDP) - MYAGROSIS

3 Hari 2 Malam
Jumaat ( 1/2/2013) - Ahad ( 3/2/2013)

Terbuka kpd semua pelajar UiTM Penang.
RM15 sahaja , kalau berminat PM taww ~ :)

"PENANAMAN MISAI KUCING "

Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

24/01/2013

Program: Latihan Dalam Pertanian ( LDP) - MYAGROSIS

3 Hari 2 Malam
Jumaat ( 1/2/2013) - Ahad ( 3/2/2013)

Terbuka kpd semua pelajar UiTM Penang.
RM25 sahaja , kalau berminat PM taww ~ :)

07/12/2012

Online Malaysia Radio TV Live Streaming Collection - ERA FM, HOTFM, HITZ FM, SINAR, FM, THR, HOTFM

07/12/2012

Assalamualaikum w.b.t

sekadar untuk berkongsi ilmu dengan semua.
dalam perniagaan terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan namun antara elemen yang paling penting ialah elemen pemasaran.

saya ingin kongikan sedikit perkongsian mengenai salah satu pemasaran iaitu :

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan.

sebagai contoh, harini saya makan di satu warung burger bakar dan ianya sangat sedap dan inovatif. jadi jika ada orang yang berkeinginan untuk makan burger pasti saya akan cadangkan untuk makan di warung tersebut dan inilah ia pemasaran.

Namun kini kita mempunyai facebook, konsepnya tetap sama dimana kita akan berhubung melalui facebook dan medium ini merupakan jalan promosi yang sangat baik.

cuba bayangkan apabila kita upload makanan yang kita makan yang unik yang kita makan. pasti ramai kawan2 akan bertanya dan ini sangat baik untuk pemasaran dan bayangkan jika kita mempunyai 1000 orang friends maka 1000 orang akan mengetahui. jika 100 orang melakukan hal yang sama. maka 100 000 orang akan mengetahuinya dan charge promosi ini adalah percuma.

hebat bukan, jadi buat usahawan2 muda yang ingin membuat pemasaran, jalan ini adalah jalan yang terbaik dan untuk mempromosi ini servis,kualiti serta kekuatan produk kita haruslah baik agar orang tidak segan untuk menjadi EJEN pemasaran kita secara PERCUMA.

Sekadar perkongsian di tengah malam.

EMZI TRAINING AND RESOURCES

08/07/2012
19/06/2012
11/06/2012

makluman..
Keahlian Kelab MyAgrosis telah di buka semula semester Jun 2012..
kepada yang berminat untuk menyertainya..sila dapatkan borang keahlian di
Unit Aktiviti Pelajar
Tingkat 3 Kompleks Perdana
UiTM Caw. Pulau Pinang.
makluman lanjut, sila Hubungi Muhammad Khairi di talian 017-4837299
Sekian..

21/04/2012

makluman..
kesemua aktiviti kelab/persatuan MyAgrosis telah diluluskan
mohon kejasama ahli2 kelab/persatuan untuk bersedia
membantu bg melancarkan perjalanan program semester hdapan..
perhatian kepada pengarah projek/program Muhammad Arif,Mohamad Nizam,Muhammad Fikri anda sudah boleh jalankan apa2 yg perlu..
sekian_

06/03/2012

MISI

Mencurahkan khidmat bakti dan memberikan pendidikan kepada pelajar dan alumni UiTM Pulau Pinang berkaitan dengan keusahawanan dalam pertanian dan penggunaan teknologi pertanian serta pendedahan tentang usahawan tekno pertanian.

06/03/2012

VISI

Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua penghuni dipelihara dan dijaga dengan selamat demi generasi masa depan.

21/02/2012

LATAR BELAKANG KELAB

“MyAgrosis” ( My= Malaysia; Agro = Agriculture ; Sis = siswazah ialah singkatan kepada Pertubuhan Kelab Usahawan Siswazah Tani.
Cadangan penubuhan Kelab Usahawan Siswazah Tani atau MyAgrosis di UiTM Pulau Pinang adalah berikutan wujudnya “Kedai Rakyat” atau “Agrobazar” oleh pihak FAMA hasil cadangan Professor Madya Haji Kamal Bahrin Shamsudin pensyarah UiTM Kedah kepada Pengerusi FAMA Dato’ Paduka Haji Badruddin Amiruldin pada 23 Jun 2008.
Objektif penubuhan kedai rakyat/Agrobazar adalah untuk mengurangkan kesan tekanan kenaikan harga minyak kepada golongan miskin atau berpendapatan rendah disamping menmbuka peluang pendapatan kepada mereka.
Kelab Usahawan Siawazah Tani juga bertujuan untuk melahirkan usahawan siswazah yang berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan pertanian.

Address

Blok Akademik PERDA, No. 77, Lorong Perda Selatan 3
Bukit Mertajam
13400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) UiTM Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) UiTM Pulau Pinang:

Share