Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Kolej Komuniti Bukit Mertajam https://bio.link/kolejkomunitibm Kolej Komuniti Bukit Mertajam menawarkan Kursus Sijil Fesyen Dan Pakaian.

Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu yang memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

KEJAYAAN PENYELIDIKANPENSYARAH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM (KKBM) TELAH MERANGKUL PINGAT EMAS DI InERIC 2026Tahniah & ...
15/05/2026

KEJAYAAN PENYELIDIKAN
PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM (KKBM) TELAH MERANGKUL PINGAT EMAS DI InERIC 2026

Tahniah & Syabas
Kepada warga KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM (KKBM) atas kejayaan mengharumkan nama institusi di pentas antarabangsa International Education Research and Innovation Carnival (InERIC) 2026

Kumpulan Penyelidik:
Pn. Zatil β€˜Ismah Binti Afandi
Pn. Siti Nadiah Binti Ismail

Pencapaian
Gold Award (Pingat Emas)

Tajuk Penyelidikan
Pengaruh Pemahaman Hukum Aurat Dalam Agama Islam Terhadap Rekaan Fesyen Pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian Di Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Program berprestij ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Perak bersama Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh, dengan kolaborasi strategik Institut Tadbiran Islam Perak serta Jabatan Penerangan Perak.

Penyelidikan ini memfokuskan kepada kesedaran serta pemahaman hukum aurat dalam kalangan pelajar dan membuktikan keupayaan pensyarah KKBM bersaing di peringkat global serta memberi impak positif kepada bidang fesyen dan pakaian.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KKBM untuk terus cemerlang dalam penyelidikan dan inovasi.
Tahniah sekali lagi!




11/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).

Pihak jabatan yakin dengan pelantikan ini akan dapat terus memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara serta memacu kecemerlangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ke tahap yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC




🌸 PROGRAM BAKAT KOMUNITI 2026 🌸KURSUS BUNGA KAWAT BULU (CHENILLE STEMS)πŸ“… Tarikh Kursus:β€’ 16 & 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)...
11/05/2026

🌸 PROGRAM BAKAT KOMUNITI 2026 🌸

KURSUS BUNGA KAWAT BULU (CHENILLE STEMS)

πŸ“… Tarikh Kursus:
β€’ 16 & 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
β€’ 23 & 24 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)

πŸ•— Masa:
8.00 pagi – 5.00 petang

πŸ“ Tempat:
Kolej Komuniti Bukit Mertajam

✨ Kemudahan Disediakan:
βœ”οΈ Bahan dan peralatan lengkap
βœ”οΈ Makan dan minum disediakan
βœ”οΈ Latihan praktikal secara hands-on

πŸ“Œ Syarat Penyertaan:
β€’ Warganegara Malaysia
β€’ Berumur 18 hingga 45 tahun
β€’ Komited menghadiri kursus selama 4 hari
β€’ Berminat atau ingin memulakan perniagaan
β€’ Keutamaan diberikan kepada peserta yang ingin menjana atau menambah pendapatan
β€’ Peserta wajib memberikan maklumat berkaitan peningkatan kemahiran dan janaan pendapatan selepas 3 bulan tamat kursus

🎯 Yuran Penyertaan adalah PERCUMA!
Namun, tapisan peserta akan dilakukan oleh pihak urus setia bagi memilih peserta yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan.
πŸ“ž Hanya peserta yang terpilih akan dihubungi.

πŸ“£ Tempat adalah terhad!
πŸ’ Jom daftar segera dan rebut peluang untuk menambah kemahiran serta menjana pendapatan!

Boleh scan qr code atau klik link di bawah untuk pendaftaran 😊
https://forms.gle/hEPe3FdThBcTCkzk7






🧡✨ Kursus Pendek PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PSH KOMUNITI – PKTP 2026: Jahitan Jubah Lelaki (sesi 2 memotong & menjahi...
09/05/2026

🧡✨ Kursus Pendek PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PSH KOMUNITI – PKTP 2026: Jahitan Jubah Lelaki (sesi 2 memotong & menjahit pakaian) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 9 Mei 2026 ✨🧡
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pelajar dari Maahad Tahfiz Al Quran Darus Syatibiyyah, yang hadir dengan penuh komitmen dan semangat untuk menimba ilmu serta kemahiran dalam bidang jahitan pada sesi ini πŸ’« Tidak dilupakan juga kepada tenaga pengajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
πŸ“Œ Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta membuka peluang meningkatkan kemahiran dan pendapatan pada masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua πŸ’š







09/05/2026

Selamat bersara buat YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menerajui sektor pendidikan tinggi negara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Terima kasih atas khidmat bakti dan komitmen yang telah memberi inspirasi kepada warga pendidikan tinggi khususnya POLYCC.

Warga POLYCC mendoakan YBhg. Datuk Dr. Anesee agar sentiasa dikurniakan keafiatan dan kebahagiaan yang berpanjangan dalam menempuh ke fasa kehidupan yang baharu.

β€œJasamu dikenang, budimu disanjung.”

Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC




🧡✨ Kursus Pendek PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PSH KOMUNITI – PKTP 2026: Jahitan Jubah Lelaki Siri 1 telah berjaya dilak...
08/05/2026

🧡✨ Kursus Pendek PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PSH KOMUNITI – PKTP 2026: Jahitan Jubah Lelaki Siri 1 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 8 Mei 2026 ✨🧡

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas jahitan, teknik mengambil ukuran badan serta cara membuat pola jubah lelaki dengan betul sebagai langkah awal dalam menghasilkan pakaian yang kemas dan berkualiti πŸ‘”βœ‚οΈ

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pelajar dari Maahad Tahfiz Al Quran Darus Syatibiyyah, yang hadir dengan penuh komitmen dan semangat untuk menimba ilmu serta kemahiran dalam bidang jahitan πŸ’« Tidak dilupakan juga kepada tenaga pengajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

πŸ“Œ Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta membuka peluang meningkatkan kemahiran dan pendapatan pada masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua πŸ’š








07/05/2026
✨ Bengkel Alteration hari ini berlangsung dengan jayanya melibatkan para pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komunit...
07/05/2026

✨ Bengkel Alteration hari ini berlangsung dengan jayanya melibatkan para pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Bukit Mertajam.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi memberi pendedahan secara hands on kepada pelajar dalam kemahiran alteration pakaian, teknik kemasan serta pengendalian fabrik mengikut standard industri. πŸ‘—πŸ§΅βœ‚οΈ

Melalui bengkel ini, pelajar berpeluang meningkatkan kemahiran praktikal, komunikasi serta kerja berpasukan dalam suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan profesional. Semoga pengalaman ini dapat menjadi nilai tambah sebelum melangkah ke alam industri sebenar πŸ’«






07/05/2026

Alteration bukan sekadar jahit βœ‚οΈπŸ§΅
Hari ni pelajar Sijil Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Bukit Mertajam berpeluang belajar teknik alteration secara hands-on πŸ’«

Dari fabrik ke fitting, semua perlukan ketelitian, kreativiti & skill πŸ”₯
Slowly polishing future fashion talents πŸ‘—βœ¨







Selamat Menduduki Penilaian Akhir kepada semua pelajar Kolej Komuniti Bukit Mertajam bagi Sesi II: 2025/2026 yang akan b...
06/05/2026

Selamat Menduduki Penilaian Akhir kepada semua pelajar Kolej Komuniti Bukit Mertajam bagi Sesi II: 2025/2026 yang akan berlangsung pada 11 hingga 15 Mei 2026.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini dapat diterjemahkan dengan baik dalam setiap penilaian. Kekalkan fokus, urus masa dengan bijak dan sentiasa yakin dengan kemampuan diri.

Ingat, setiap usaha pasti ada hasil. Setiap doa pasti ada jawapan. Teruskan melangkah, kejayaan menanti di hadapan.

Pensyarah dan seluruh warga kolej sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.





β€œSemangat Sepakat, Persekitaran Berkat!β€βœ¨Aktiviti gotong royong perdana yang melibatkan kakitangan kolej dan pelajar tel...
05/05/2026

β€œSemangat Sepakat, Persekitaran Berkat!β€βœ¨

Aktiviti gotong royong perdana yang melibatkan kakitangan kolej dan pelajar telah berjalan dengan lancar pada hari ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus berganding bahu membersihkan bengkel, ruang gunasama, dan kawasan sekitar.

Selain membersihkan persekitaran, aktiviti ini turut mengeratkan hubungan antara pelajar dan kakitangan kolej serta menyemai nilai tanggungjawab dan disiplin.

Diharapkan program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan suasana yang bersih, sihat dan kondusif.





Address

No 2, Jalan Koperasi, Tmn Koperasi Guru, Jln Tanah Liat
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6045378357

Website

https://t.me/kursuspendekKKBM2021

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Bukit Mertajam:

Share