26/09/2025
Akademi Pengajian Bahasa dan Undang-Undang, UiTM Cawangan Terengganu telah berjaya melaksanakan Program CSR Food for Thought: Dapur Komuniti – Memperkasa Kemahiran Bahasa Inggeris dalam Isu Keselamatan Makanan pada 8 Mei, 17 Julai dan 7 Ogos 2025 di SK Tebing Tembah, Paka, Terengganu.
Seramai 40 orang murid Tahun 6 daripada 13 buah sekolah sekitar Paka telah menyertai program ini yang berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) dengan fokus kepada keselamatan makanan. Sepanjang tiga siri penganjuran, pelbagai aktiviti interaktif dijalankan seperti perbincangan berkumpulan, tugasan berasaskan gamifikasi, escape room, serta pembentangan Young Innovator.
Program ini telah memberi impak positif kepada murid dengan meningkatkan keyakinan mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, menguasai kosa kata baharu, serta memahami kepentingan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian. Penganjuran ini juga membuka ruang kepada pensyarah UiTM untuk mengaplikasikan kepakaran dalam komuniti dan seterusnya memperkukuh usaha universiti dalam melaksanakan tanggungjawab sosial (USR) dan Knowledge Transfer Programme (KTP).