15/09/2021
Ambilkan kami buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Terima kasih atas segala jasa Mantan Tuan Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar, Tn. Hj. Mohd Faddilah bin Mohd Yusof. Selamat maju jaya kami ucapkan.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kami berjumpa lagi.
Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Selalu tersemat tiada lupa
Selamat maju jaya diucapkan kepada Mantan Tuan Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar , Tn Haji Mohd Faddilah bin Mohd Yusoh yang akan meneruskan khidmat bakti beliau sebagai Pengarah Politeknik Sandakan bermula pada 15 September 2021.
Kami di Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Cawangan Maran amat terasa dengan kehilangan sebutir permata yang amat berharga ini, namun kami percaya beliau akan meneruskan kecemerlangan yang lebih gemilang di tempat baharu kelak.
Terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Segala tunjuk ajar, ilmu dan teguran yang diberi akan kami semat di dalam hati dan menjadi panduan dan inspirasi kepada kami pada masa akan datang.
Selamat menabur bakti di tempat baharu. Semoga kita bertemu lagi.
Di sana padi di sini padi
Itulah nama sawah dan bendang
Di sana budi di sini budi
Baru sempurna bernama orang
Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalua ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Walaupun jauh berbatu-batu,
Hilang dimata dihati jangan.