22/09/2025
PROGRAM KEMBARA MOBILITI ANTARABANGSA 2025: PROGRAM EKSPLORASI RASA GIGET BAKERI @ INDONESIA
Seramai 22 pelajar daripada program Inkubator Keusahawan GiGET Bakery melalui pelbagai syarikat pemula mereka telah berlepas ke Bandung bagi menyertai Program Kembara Mobiliti Antarabangsa 2025: Eksplorasi Rasa Giget Bakeri yang berlangsung pada 22 – 29 September 2025 di Politeknik NHI Bandung, Indonesia.
Kumpulan pelajar ini telah diiringi oleh Puan Halizan binti Mohmood, selaku mentor dan Puan Rajuna binti Bakar, selaku Pengurus GiGET Bakery. Program ini dilaksanakan dengan objektif untuk memperkukuh kemahiran kulinari peserta, mendalami budaya kulinari Indonesia, serta membina jaringan hubungan dan pengalaman profesional dalam industri bakeri global.
Pelaksanaan program ini juga menjadi landasan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara UMPSA dan Politeknik NHI Bandung melalui penandatanganan perjanjian kerjasama, selain memberi penghargaan kepada peserta inkubator dan mentor yang telah terlibat dalam menjayakan program inkubator bakeri ini.