Faculty of Chemical and Process Engineering Technology, UMPSA

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology, UMPSA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Faculty of Chemical and Process Engineering Technology, UMPSA, College & University, Faculty of Chemical and Process Engineering Technology, Gambang.

06/06/2026
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Che Ku ...
05/06/2026

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal bin Che Ku Yahya, Profesor dari Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia, FTKKP, atas pelantikan sebagai Penolong Naib Canselor (Strategik Korporat), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan terhadap kecemerlangan kepimpinan, dedikasi serta sumbangan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan institusi. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan FTKKP, malah turut mencerminkan kualiti kepakaran dan bakat yang dimiliki oleh warga akademik UMPSA.

Seluruh warga FTKKP mendoakan agar beliau terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta memacu kecemerlangan strategik UMPSA ke tahap yang lebih tinggi.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamka...
05/06/2026

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Aida Binti Mustapha atas segala sumbangan, dedikasi dan jasa bakti sepanjang menjalankan amanah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMPSA bagi tempoh 4 Jun 2024 hingga 3 Jun 2026.

Komitmen, kepimpinan serta usaha berterusan beliau dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik telah memberi impak yang besar kepada kemajuan universiti dan pembangunan warga akademia.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan menjadi inspirasi serta terus diberkati dan dipermudahkan dalam setiap langkah pada masa hadapan.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih k...
01/06/2026

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Syaiful Nizam bin Hassan atas segala sumbangan, dedikasi dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pensyarah Universiti Gred DS11, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan akademik, pembentukan modal insan serta kecemerlangan universiti. Komitmen dan khidmat bakti yang diberikan akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga universiti.

Warga FTKKP mengucapkan selamat bersara dan mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat bersara, semoga terus berbahagia bersama keluarga tercinta.



Selamat bersara kepada Encik Syaiful Nizam Bin Hassan yang bersara pilihan berkuat kuasa mulai 01 Jun 2026 selepas berkhidmat selama 22 tahun 3 bulan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Seluruh warga UMPSA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada universiti. Semoga Encik Syaiful Nizam bin Hassan dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Kredit : Unit Perkhidmatan dan Kebajikan, Pusat Pengurusan Bakat

01/06/2026


KERJA LAPANGAN DAN LAWATAN INDUSTRI STAF FTKKP UMPSA KE KOREA SELATAN 2026Chung Ang University dan SungKwang ENF Co. Ltd...
27/05/2026

KERJA LAPANGAN DAN LAWATAN INDUSTRI STAF FTKKP UMPSA KE KOREA SELATAN 2026

Chung Ang University dan SungKwang ENF Co. Ltd, Korea Selatan | 26 April -2 Mei, 2025

Bagi menyahut usaha Agenda Transformasi 1 Amanat Naib Canselor UMPSA 2025 yang memperkukuh dan memajukan potensi individu yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat, pemerkayaan ilmu serta peningkatan kemahiran dalam kalangan warga universiti, sebuah program lawatan dan menjalankan kerja lapangan ke Korea Selatan telah dijalankan pada 26 April – 2 Mei 2026. Program ini diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Ruwaida Abdul Rasid yang juga disertai oleh Prof. Madya Ts Dr Ruzinah Isha dan Ts Dr Noor Ida Amalina Ahamad Nordin.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Chung Ang University, Korea Selatan. Selain menjalinkan kolaborasi bersama, inisiatif ini dilaksanakan bagi menjalankan kerja simulasi projek ‘Enhanced Predictive Modelling Of Oil Palm Biomass Waste Gasification Using Aspen Plus’ bersama pihak universiti yang merupakan salah satu kaedah dapatan kajian geran penerbitan antarabangsa UMPSA, RDU243307 melalui proses semakan dan penilaian oleh ahli pasukan penyelidik dan pakar, Professor Dr Lee Chul-Jin dari Chung Ang University, Seoul, Korea Selatan.

Seterusnya, lawatan industri ke SungKwang ENF Co. Ltd, dan Korea Institute of Machinery & Materials (KIMM) Daejeon, Korea Selatan yang terletak 170 km dari Seoul telah dilaksanakan. Daejeon terkenal sebagai "Lembah Silikon Asia," di peringkat antarabangsa sebagai pusat kuasa sains, penyelidikan, dan inovasi teknologi tinggi. Kolaborasi inovasi penghasilan minyak menggunakan sisa domestic melalui proses pirolisis bersama pihak SungKwang ENF Co. Ltd yang terdiri daripada Mr Kyoungpyo Hong, Dr Kwun Son serta Dr Jinhan Yun dari KIMM.

Lebih manis lagi, lawatan ke Korea Selatan pada bulan Mei telah memberi peluang staf mempelajari budaya tradisional bangsa Korea kerana pelbagai keramaian seperti Hari buruh, Hari Lotus, Hari Kanak-kanak dan kemasukan percuma ke semua muzium dan istana di Seoul. Pengalaman ini mampu memberi impak signifikan terhadap pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan geran bersama, seterusnya menyumbang kepada kelestarian universiti dalam jangka panjang.

27/05/2026

Dream bigger, go further. From UMPSA to Tianjin University, China 🇨🇳

Experience world-class facilities, international exposure, and a global learning environment through the Dual Degree Programme in Chemical Engineering.

This is more than just a degree; it’s a journey to become a globally competitive engineer.

Start your future with UMPSA Chemical Engineering and unlock the opportunity to graduate with dual degrees from both UMPSA and Tianjin University.

📚 International experience
🏫 Advanced facilities & laboratories
🌏 Global academic exposure
🎓 Dual Degree Advantage

Your engineering journey can go beyond borders.

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026MSeluruh warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA mengucapkan Se...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M

Seluruh warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua.
Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam mempererat ukhuwah sesama insan. 🤍

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh-Nya.

25/05/2026

FROM KNOWLEDGE TO GLORY: PETROBOWL COMPETITION 2026 CHAMPIONS CROWNED!

The ultimate battle of knowledge, strategy, and teamwork has officially come to an end! On 14 May 2026, the Society of Petroleum Engineers UMPSA Student Chapter (SPE UMPSA SC) successfully hosted the PetroBowl Competition 2026, held in conjunction with ChemWeek 2026 at Dewan Tun Teja, UMPSA Gambang.

Gathering passionate and talented future engineers under one roof, PetroBowl served as a thrilling platform to test participants’ expertise in the petroleum and energy industry. From upstream exploration to downstream operations, teams were pushed to think critically, answer technical questions under pressure, and demonstrate exceptional teamwork throughout the competition.
After an intense and electrifying showdown, we are proud to announce the winners of this year’s PetroBowl:

🥇 Champion — Crudex
🥈 1st Runner-Up — BTO Energy
🥉 2nd Runner-Up — Gepuk Girls

FTKKP PHD STUDENT NAMED MALAYSIA COUNTRY WINNER IN ASPENTECH GLOBAL CHALLENGEThe Faculty of Chemical and Process Enginee...
25/05/2026

FTKKP PHD STUDENT NAMED MALAYSIA COUNTRY WINNER IN ASPENTECH GLOBAL CHALLENGE

The Faculty of Chemical and Process Engineering Technology (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), proudly extends its heartfelt congratulations to Nurul Aniyyah Binti Mohamad Sobri, a PhD student from FTKKP, for her outstanding achievement as the Country Winner (Malaysia) in the prestigious Global Academic Innovators Challenge organized by AspenTech.

Her project entitled “Process Simulation for the Extraction and Purification of Thorium from Lanthanide Concentrate” was recognized for achieving the highest overall score in Malaysia, successfully placing UMPSA on the international platform of innovation and engineering excellence. The submission received high commendation for its strong technical merit, innovative methodology, and effective utilization of advanced process simulation technologies in addressing real-world engineering challenges.

This remarkable accomplishment reflects the high standard of research excellence, innovation capability, and academic dedication cultivated within FTKKP and UMPSA. It further demonstrates the university’s continuous commitment towards advancing impactful research and producing globally competitive scholars in the field of engineering and technology.

The Global Academic Innovators Challenge by AspenTech is an internationally recognized competition that encourages students and researchers worldwide to leverage process simulation and digital engineering technologies in developing sustainable and innovative industrial solutions. Participation in this competition represents not only academic excellence, but also the ability to contribute meaningful solutions to global engineering challenges.

Once again, sincere congratulations on this distinguished recognition. May this achievement continue to inspire greater excellence and bring further pride to FTKKP, UMPSA, and Malaysia on the global stage. 🎉👏





Address

Faculty Of Chemical And Process Engineering Technology
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Chemical and Process Engineering Technology, UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share