02/06/2026
[LATIHAN RENANG KOR SISPA UMPSA]
Pada 24 Mei 2026, Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Latihan Renang yang bertempat di Akademi ADAB, UMPSA Kampus Pekan.
Latihan ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran asas renang pegawai kadet dalam aspek keyakinan dan keselamatan di dalam air. Selain itu, ia turut membantu peserta membiasakan diri dengan teknik dan pengendalian diri yang betul dalam persekitaran air sebagai persediaan awal dalam aspek keselamatan diri.
Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh empat orang jurulatih daripada Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuantan yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta perkongsian ilmu sepanjang latihan berlangsung. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Sedia | Pantas | Berintegriti