29/05/2026
📢 *Hebahan Rasmi Program SMASS FAMILY DAY 2026*
Dengan segala hormatnya, *pihak Sekretariat Mahasiswa Sabah dan Sarawak (SMASS)* ingin menjemput anda untuk menyertai *Program SMASS Family Day 2026* yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
🕒 Masa: 6.30 pagi – 8.00 malam
📍 Tempat: Pantai Kempadang
Program ini dianjurkan bagi meraikan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli SMASS melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang. Kehadiran dan penyertaan anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi program ini.
Penyertaan program adalah terhad dan keutamaan akan diberikan kepada peserta yang membuat pendaftaran awal sehingga kapasiti penyertaan dipenuhi.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama para peserta untuk membuat pengesahan penyertaan melalui imbasan kod QR atau pautan yang disediakan di bawah:
https://forms.gle/LeuJyPcZ8HTiQGUQ7
Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai.
*Terbang Tinggi Seperti Kenyalang,*
*Berdiri Teguh Bak Kinabalu.*
Sekretariat Mahasiswa Sabah dan Sarawak (SMASS)
Sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah