08/05/2026
Makmal Berpusat UMPSA di CITREX 2026
Makmal Berpusat UMPSA telah menyertai pameran CITREX 2026 anjuran UMPSA Research & Innovation dengan membuka reruai selama 2 hari pada 6 & 7 Mei 2026.
Sepanjang program berlangsung, para pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan makmal, kemudahan analisis serta kepakaran yang ditawarkan oleh Makmal Berpusat UMPSA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan melawat booth kami sepanjang program ini berlangsung. Sokongan dan minat yang diberikan amat kami hargai.
Semoga penyertaan ini dapat membuka lebih banyak peluang jaringan, kolaborasi dan perkongsian ilmu pada masa akan datang.