SK Bukit Rokan Barat Felda - Rasmi

SK Bukit Rokan Barat Felda - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Bukit Rokan Barat Felda - Rasmi, College & University, Felda Bukit Rokan Barat (F), Gemencheh.

12/05/2026

Ilmu yang disemai oleh guru bukan sekadar membentuk kecemerlangan akademik, tetapi dapat membina nilai dan sahsiah dalam kalangan generasi muda.

Mereka adalah suri teladan dan pembentuk jiwa, yang menyemai nilai serta membentuk adab demi melahirkan insan berakhlak untuk masa depan negara.

Segala kejayaan yang dicapai hari ini bermula daripada didikan seorang guru yang tidak pernah jemu menabur bakti dalam mendidik anak bangsa.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"






11/05/2026
INILAH RAYA! SKBRBF 2026 πŸŒ™ 🎬 Walau tiada, bahagia tetap dirasa…Raya bukan sekadar hari… tetapi..kenangan yang tercipta b...
11/04/2026

INILAH RAYA! SKBRBF 2026 πŸŒ™ 🎬
Walau tiada, bahagia tetap dirasa…

Raya bukan sekadar hari… tetapi..
kenangan yang tercipta bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Terimalah video raya 2026 dari SK Bukit Rokan Barat (F).Selamat menonton dan semoga terhibur πŸ˜‰!

β€”β€”- β€”β€”- β€”β€”- β€”β€” β€”β€”- β€”β€” β€”β€”- β€”β€”- β€”β€”

Skrip: Teacher Nisa & Ustazah Athirah
Video Editor: Teacher Nisa

Penampilan Istimewa:
Aafiyah Nabihah, Aafiyah Batrisya, Siti Nur Zulaikha, Nur Farhana Damia, Nurul Azarine

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

11/04/2026

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK β€œIbrah Dari Surah Lazim”

Bersempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2026M, penyertaan kini dibuka secara rasmi.

Ayuh ayah & ibu semua gilap bakat dan kreativiti anak-anak anda dengan menghasilkan video pendek yang menampilkan pengajaran (ibrah) daripada surah-surah lazim secara kreatif, berkesan dan menyentuh jiwa.

πŸ’° Jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM900 menanti para pemenang.

πŸ“Œ Imbas Kod QR yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta syarat penyertaan secara lengkap.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
Sekretariat Pertandingan Video Kreatif
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Marilah bersama-sama menyemarakkan penghayatan al-Quran melalui pendekatan yang kreatif dan bermakna dalam kalangan generasi muda.





MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT ROKAN BARAT (F) KALI KE-40 TAHUN 2026πŸ“† 9 April 2026⏰ 2.00 petang🏟️ Dewan Bestari, SKBRBF
10/04/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT ROKAN BARAT (F) KALI KE-40 TAHUN 2026

πŸ“† 9 April 2026
⏰ 2.00 petang
🏟️ Dewan Bestari, SKBRBF

09/04/2026

INILAH RAYA! SKBRBF πŸŒ™
Walau tiada, bahagia tetap dirasa…

Raya bukan sekadar hari… tetapi kenangan yang tercipta bersama.
Nantikan Video Raya SKBRBF 2026! πŸŒ™βœ¨πŸŽ¬β€

8.4.2026  | RabuMAHRAJAN ALQURAN NASYID & KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH.Telah berlangsung MQN...
08/04/2026

8.4.2026 | Rabu

MAHRAJAN ALQURAN NASYID & KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH.

Telah berlangsung MQNKSS Daerah Kuala Pilah Peringkat Saringan bertempat di SK Undang Johol.

Pertandingan Tilawah AlQuran Diwakili:
Muhammad Daniel Habibi bin Mohamad
Nur Farhana Damia binti Mohd Zaini

Pertandingan Khat Diwakili:
Muhammad Afiq Ridzuan bin Mohd Nasir
Nur Hijanah Dariah Binti Mohd Adnin Syakur

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang mewakili SKBRBF. Semoga anak-anak ini berjaya untuk melangkah ke peringkat akhir.

18/03/2026

Sesi bersalaman dan bermaafan sebelum masing-masing cuti raya . Jaga diri semua ✨!

BAHAGIAN 2 βœ¨πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‡π˜π€ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡
18/03/2026

BAHAGIAN 2 ✨

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‡π˜π€ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‡π˜π€ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡Selasa | 17 Mac 2026Telah berlangsung dengan jayanya Majl...
18/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‡π˜π€ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Selasa | 17 Mac 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Program Ihya Ramadan 1447H peringkat SK Bukit Rokan Barat (F) anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. πŸŒ™πŸ“–

Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini, antaranya Tadarus Al-Quran, Bacaan Surah-surah Lazim, Program Muallim Muda, Kuiz Ramadan, Infaq Ramadan dan Anugerah Tokoh Ibnu Sina.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada tahun ini. Semoga usaha ini dapat menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid lain untuk terus mendekati dan mengamalkan ajaran Al-Quran. ✨

Majlis ini turut disertakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Ramadan, penyampaian sijil dan cenderahati kepada Muallim Muda, penyampaian hadiah kepada penerima Tokoh Ibnu Sina, serta penyampaian sumbagan kepada anak-anak yatim. πŸ…πŸŽ

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam menjayakan Program Kongsi Rezeki bersama anak-anak yatim SK Bukit Rokan Barat (F).

Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah. 🀍

Address

Felda Bukit Rokan Barat (F)
Gemencheh
73200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bukit Rokan Barat Felda - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to SK Bukit Rokan Barat Felda - Rasmi:

Share