03/09/2026
MAJLIS GRADUASI ILTIZAM HUFFAZ SESI 2025
Tuan Mohamad Khairi bin Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, mengucapkan tahniah kepada semua graduan Iltizam Huffaz sempena Majlis Graduasi Iltizam Huffaz Sesi 2025.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) atas penganjuran Program Iltizam Huffaz serta berharap para graduan bukan sahaja mempunyai penguasaan dan kemahiran dalam bidang agama, malah turut cemerlang dalam bidang akademik dan profesional.
Semoga para graduan terus melangkah maju dan menjadi generasi huffaz yang berilmu serta mampu menyumbang kepada masyarakat.
Transformasi Asnaf Melalui Zakat.