Yayasan Islam Pulau Pinang

Yayasan Islam Pulau Pinang Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) adalah Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah MAINPP.

03/09/2026

MAJLIS GRADUASI ILTIZAM HUFFAZ SESI 2025

Tuan Mohamad Khairi bin Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, mengucapkan tahniah kepada semua graduan Iltizam Huffaz sempena Majlis Graduasi Iltizam Huffaz Sesi 2025.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) atas penganjuran Program Iltizam Huffaz serta berharap para graduan bukan sahaja mempunyai penguasaan dan kemahiran dalam bidang agama, malah turut cemerlang dalam bidang akademik dan profesional.

Semoga para graduan terus melangkah maju dan menjadi generasi huffaz yang berilmu serta mampu menyumbang kepada masyarakat.
Transformasi Asnaf Melalui Zakat.













SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI, Kesejahteraan DinikmatiHari Kebangsaan merupakan...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69
31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

Hari Kebangsaan merupakan wadah untuk kita kembali menghayati erti kemerdekaan, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air. Dalam kepelbagaian bangsa, agama dan budaya, kita terus berdiri teguh sebagai sebuah negara yang bersatu, saling menghormati dan bersama-sama membina masa depan Malaysia.

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi merupakan amanah untuk kita terus menyumbang kepada pembangunan negara dengan membudayakan nilai kesatuan, keharmonian, integriti dan tanggungjawab demi kesejahteraan generasi akan datang.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030), marilah kita bersama-sama memperkukuh pembinaan masyarakat dan modal insan yang progresif, dinamik serta berdaya saing, di samping menjunjung nilai murni dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, serta terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang bersatu dan dihormati.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
Ayuh, kita semarakkan semangat patriotisme dan terus bersama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Tulus ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kerja
Yayasan Islam Pulau Pinang

26/08/2026

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PELAJAR CEMERLANG ILTIZAM HUFFAZ 2025

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan Program Iltizam Huffaz Sesi 2025 yang telah berjaya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang atas pencapaian membanggakan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Senarai Pelajar Cemerlang:

Ainul Mardhiah Sumayyah Binti Noorazmi — 7A
Iman Binti Ahmad Mahdi — 6A
Muhammad Fateh Faezeen Bin Mhd Fakhri — 6A
Luqman Hakim Bin Mohd Kassim — 6A
Asma Amani Binti Ismany — 5A
Mohamad Danial Bin Mohd Kassim — 4A
Mohamad Alif Bin Kamarudin — 4A
Muhammad Akmal Zafran Bin Mohd Rizal — 4A

Pencapaian ini membuktikan bahawa hafazan al-Quran dan kecemerlangan akademik mampu bergerak seiring, hasil daripada kesungguhan, disiplin, doa serta sokongan berterusan daripada ibu bapa, guru dan semua pihak yang terlibat.

Program Iltizam Huffaz merupakan inisiatif MAINPP di bawah kelolaan YIPP, dengan kerjasama JPNPP dan KITAB serta sokongan pembiayaan melalui Dana Zakat MAINPP.

Inisiatif ini selaras dengan APAI2030, khususnya Teras Pembangunan Pendidikan melalui strategi Modal Insan Progresif dan Dinamik, dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, cemerlang dalam akademik dan berdaya saing.

Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama untuk para graduan melangkah lebih jauh dalam pendidikan dan kerjaya serta membawa nilai al-Quran dalam setiap bidang yang diceburi.

Transformasi Asnaf Melalui Zakat.













🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, marila...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman dalam membentuk kehidupan berteraskan akhlak, kasih sayang, keadilan dan persaudaraan.

Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dalam membina masyarakat yang saling menghormati, berkasih sayang dan bertanggungjawab. Justeru, marilah kita meneladani sunnah serta akhlak Baginda dengan memperkukuh nilai murni dalam kehidupan dan bersama-sama membina ummah yang berilmu, berakhlak serta berdaya maju.

Semangat ini turut selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) dalam memperkukuh pembangunan ummah melalui pembentukan masyarakat yang berakhlak, berilmu dan progresif.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus diterjemahkan melalui penghayatan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Tulus ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kerja
Yayasan Islam Pulau Pinang

WHY CHOOSE IGCSE? 🌍📚The International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) offers students a globally reco...
21/08/2026

WHY CHOOSE IGCSE? 🌍📚

The International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) offers students a globally recognised pathway that prepares them for further education and future career opportunities.

With an internationally recognised qualification, IGCSE provides a strong academic foundation for A-Levels, International Baccalaureate (IB) and higher education, while encouraging critical thinking, creativity and problem-solving skills.

Students also benefit from a wide range of subjects that can be aligned with their strengths and interests, while developing strong English language proficiency, communication skills and global awareness.

More importantly, IGCSE equips students with future-ready skills to thrive in an increasingly competitive and interconnected global environment.

This approach supports the aspirations of APAI2030, particularly in strengthening education and developing progressive and dynamic human capital equipped with knowledge, skills and confidence to shape the future.

20/08/2026

MAJLIS GRADUASI ILTIZAM HUFFAZ SESI 2025

Suasana Majlis Graduasi Iltizam Huffaz Sesi 2025 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada 8 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Ustaz Mohd Fauzan Amir.

Alunan ayat suci al-Quran menjadi pembuka majlis yang penuh keberkatan, sekaligus mengingatkan kita tentang nilai al-Quran yang menjadi asas dalam perjalanan para graduan Iltizam Huffaz.

Semoga para graduan terus menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam melangkah ke fasa pendidikan dan kehidupan yang seterusnya.

Program Iltizam Huffaz merupakan inisiatif MAINPP di bawah kelolaan YIPP, dengan kerjasama JPNPP dan KITAB serta sokongan pembiayaan melalui Dana Zakat MAINPP.

Inisiatif ini selaras dengan APAI2030, khususnya Teras Pembangunan Pendidikan melalui strategi Modal Insan Progresif dan Dinamik, dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, cemerlang dalam akademik dan berdaya saing.

Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama untuk para graduan melangkah lebih jauh dalam pendidikan dan kerjaya serta membawa nilai al-Quran dalam setiap bidang yang diceburi.

Transformasi Asnaf Melalui Zakat.













15/08/2026

PULAU PINANG MENGAJAR

Sudah 7 tahun Mohamad Ridzuan bin Mohamad Ali Jinnah bersama Program Pulau Pinang Mengajar di PPM Air Itam.

Bagi beliau, pengalaman membimbing pelajar bukan sekadar mengajar membaca, menulis dan mengira, tetapi turut menyaksikan perubahan dan perkembangan mereka sedikit demi sedikit. Setiap kemajuan yang dicapai menjadi satu kepuasan buat seorang sukarelawan.

Beliau berharap lebih ramai anak muda akan tampil menyertai program seperti ini dan bersama-sama memberi manfaat kepada generasi muda Pulau Pinang.

Usaha ini selari dengan APAI2030 dalam memperkukuh pendidikan dan melahirkan generasi yang lebih berilmu dan berdaya saing.

Follow YIPP untuk ikuti kisah dan aktiviti Pulau Pinang Mengajar!

14/08/2026

PULAU PINANG MENGAJAR

Bagi Nur Azreen binti Mohd Zain, 5 tahun bersama Program Pulau Pinang Mengajar di PPM Air Itam memberi banyak pengalaman bermakna dalam membimbing anak-anak menguasai kemahiran asas 3M.

Antara perkara yang paling menggembirakan adalah apabila dapat melihat sendiri perkembangan dan kemenjadian pelajar dari masa ke masa. Setiap peningkatan mereka menjadi kepuasan buat para sukarelawan.

Beliau berharap lebih ramai anak muda tampil menyumbang masa dan tenaga sebagai sukarelawan untuk bersama-sama membantu anak-anak Pulau Pinang.

Inisiatif ini selari dengan APAI2030 dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan.

Ikuti YIPP dan sertai usaha membina masa depan anak-anak Pulau Pinang!

WHAT IS IGCSE? 🌍📚IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) is one of the world’s most respected i...
14/08/2026

WHAT IS IGCSE? 🌍📚

IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) is one of the world’s most respected international secondary education qualifications, designed for students aged approximately 14 to 16.

The IGCSE curriculum develops academic excellence, critical thinking, practical skills and confidence, while preparing students for further education pathways such as A-Levels, the International Baccalaureate (IB) and various university programmes worldwide.

With a balanced curriculum and internationally recognised standards, students are equipped with the knowledge, skills and adaptability needed to thrive in an increasingly competitive and interconnected world.

This approach is aligned with the aspirations of APAI2030, particularly in strengthening education and developing progressive and dynamic human capital that is knowledgeable, capable and prepared to meet the challenges of the future.

Address

D/A SIRIM Wilayah Utara
George Town
13500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045390589

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Islam Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Yayasan Islam Pulau Pinang:

Shortcuts

Share