10/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Geran Pembangunan dan Kecemerlangan Penyelidik Tahun 2026 telah dibuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia. Semua permohonan dimestikan menggunakan Sistem eR&I.
GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN PENYELIDIK
1. โGERAN PENYELIDIKAN AWAL KERJAYA (EARLY CAREER RESEARCH GRANT - ECG) - PERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN
2. GERAN PENYELIDIKAN NIC AWAL KERJAYA (EARLY CAREER NICHE RESEARCH GRANT - ECG-NIC) - TARIKH TUTUP PERMOHONAN DALAM SISTEM ADALAH PADA 30 JUN 2026
Setiap permohonan mestilah berpandukan pada Garis Panduan Permohonan Dan Tadbir Urus Geran Penyelidikan Pembangunan dan Kecemerlangan Penyelidik Tahun 2026. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dipautan https://research.usm.my/.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi senarai staf seperti yang tertera di dalam poster hebahan di lampiran.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg.Datuk/Datoโ/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian.
https://research.usm.my/research-matters/1371-pelawaan-permohonan-geran-pembangunan-dan-kecemerlangan-penyelidik-tahun-2026