23/05/2026
PBT OCARINA Cipta Sensasi di Kejohanan Polytechnic Malaysia Esports Championship 2026
Pasukan e-sukan Politeknik Besut Terengganu (PBT), PBT OCARINA, telah berjaya mencuri perhatian dalam acara Polytechnic Malaysia Esports Championship 2026 ( PMEC )bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang berlangsung pada 20 hingga 21 Mei 2026 anjuran MSP dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang berlangsung secara atas talian.
Pasukan yang dibarisi oleh lima pemain berbakat ini iaitu Muhammad Harris Nazhan ( sem 4 ) Muhammad Firdaus( sem 4 ),Ahmad Haziq Hakimi( sem 4 ), Nik Muhammad Harris Hazim( sem 4 ) Dan Nik Muhammad Amzar( sem 2 ) telah mempamerkan aksi yang penuh semangat, disiplin serta kerjasama berpasukan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan strategi permainan yang tersusun dan komunikasi yang efektif, PBT OCARINA berjaya memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan terbaik dari seluruh politeknik Malaysia dan telah berjaya mendapat tempat "3rd Runner Up " daripada 29 pasukan yang berentap dari 29 Politeknik seluruh Malaysia.
Penyertaan ini bukan sahaja membuktikan bakat dan potensi pelajar Politeknik Besut dalam bidang e-sukan, malah turut mengharumkan nama institusi di peringkat kebangsaan. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pelajar TVET juga mampu menyerlah dalam bidang teknologi digital dan industri e-sukan yang semakin berkembang pesat.
Menurut pengurus dan mentor pasukan, En Qutubuddin Buzurgoon bin Hassan ( KJTMK ) pengalaman menyertai kejohanan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran strategik, kepimpinan, komunikasi serta daya tahan mental dalam suasana pertandingan sebenar.
Pihak Politeknik Besut turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pemain, pengurus pasukan, pengurusan tertinggi PoliBesut serta penyokong yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum, khususnya dalam arena e-sukan profesional.
Tahniah Team PBT-OCARINA!
"One Team, One Dream, One Victory."
"Teamworks make a dream work"