11/06/2026
π LAWATAN KERJA PEMBANGUNAN MODUL JENTERA PERTANIAN SMART SAWAH π
ADTEC JTM Kampus Jitra telah mengadakan lawatan kerja ke Divisyen Pembangunan dan Penyelenggaraan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi tujuan pembangunan Modul Kursus Jentera Pertanian Smart Sawah.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan input industri berkaitan spesifikasi, fungsi dan penggunaan teknologi jentera pertanian terkini serta melaksanakan Analisis Keperluan Latihan (TNA) bagi memastikan modul yang dibangunkan relevan, praktikal dan memenuhi kehendak semasa sektor pertanian negara.
Semoga jalinan kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Jitra dan LZNK ini dapat memperkukuhkan pembangunan latihan kemahiran berteraskan teknologi moden, seterusnya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong agenda transformasi pertanian pintar negara.
"Memperkasa Kemahiran, Mentransformasi Pertanian, Membina Masa Depan." πΎπ