13/06/2026
๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก (๐๐ง๐๐) ๐จ๐ง๐ : ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง, ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ก
Pembangunan bakat dan kepimpinan merupakan antara pemacu utama kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), UTM komited membangunkan warga kerja yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Selaras dengan aspirasi UTM ASCEND 2030, CTLD menyediakan pelbagai program pembangunan kompetensi, kepimpinan, coaching, mentoring dan pembelajaran digital bagi memperkukuh keupayaan staf dalam aspek profesional, strategik dan kepimpinan.
CTLD turut memainkan peranan penting dalam melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti, berfikiran strategik serta mampu memacu transformasi organisasi dan masyarakat.
Setelah melalui proses naik taraf bumbung secara menyeluruh selama tiga bulan, CTLD UTM akan kembali beroperasi sepenuhnya mulai 15 Jun 2026. Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan UTM dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan pembangunan bakat yang kondusif serta berkualiti.
๐๐ง๐๐ ๐จ๐ง๐ โ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ป๐ถ, ๐ ๐ฒ๐บ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป.