11/05/2026
MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA DAN DOA SELAMAT
UNTUK PESERTA GIATMARA KE PERTANDINGAN KEMAHIRAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) PERINGKAT AKHIR
DI GIATMARA PASIR GUDANG
Pengurusan GIATMARA Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Helmy Najhan Bin Mohd Hafiz.
Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan dan doa seluruh warga GIATMARA agar GIATMARA terus berdaya saing serta mencipta kegemilangan. Selain itu, turut didoakan agar dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan buat peserta GIATMARA Pasir Gudang khususnya bagi bidang Graphic Design Technologies (GDT), iaitu Mumtaz Nadeera Binti Mohamad Akhbal, serta peserta GIATMARA Malaysia amnya yang akan menyertai Pertandingan Kemahiran WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Akhir.
Semoga seluruh peserta, jurulatih dan warga GIATMARA diberikan kekuatan, kelancaran serta mencapai kejayaan cemerlang dalam mengharumkan nama GIATMARA, aamiin ya rabbal alamin.