Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM

Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM FB Rasmi Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

VISI :
Pemacu Universiti Digital

MISI:
Mengukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Berpaksikan Akademia Melalui Ekosistem Digital Berpacukan Data

PIAGAM PELANGGAN:
Kami Komited Menyediakan Perkhidmatan ICT Berimpak Tinggi dan Melaksanakan Penambahbaikan Berterusan Bagi Meningkatkan Kepuasan Pelanggan Sejajar Dengan Visi Dan Misi UTMDigital

Dasar kualiti UTMDigital menjadi panduan kepada semua staf un

tuk melaksanakan sistem penyampaian ICT berimpak tinggi melalui:

» Profesional digital yang berinovatif dan entrepreneurial

» Perkhidmatan ICT digital bersepadu dan kolaboratif selari degan perkembangan teknologi digital

» Penambahbaikan berterusan dan penciptaan inovasi nilai kepada pelanggan

» Pengukuhan produktiviti kerja

» Orientasikan risiko dan peluang yang dapat menjamin kelancaran perkhidmatan, keutuhan keselamatan, kepuasan pelanggan dan khidmat sokongan berkualiti

» Ekosistem digital dan perkhidmatan universiti berpacukan data

Adalah dimaklumkan bahawa nombor telefon rasmi bagi Digitalcare kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur akan ditukar ke nomb...
07/05/2026

Adalah dimaklumkan bahawa nombor telefon rasmi bagi Digitalcare kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur akan ditukar ke nombor yang baharu disebabkan oleh penstrukturan semula sistem telefon Voice Over IP (VoIP) universiti.

Sila hubungi kami melalui nombor baharu untuk perkara berkaitan dengan perkhidmatan digital. Nombor lama kami akan ditamatkan pada 11 Mei 2026 (Isnin).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

- - - -

Please be informed that the official telephone numbers for the Digitalcare Johor Bahru and Kuala Lumpur campuses will be changed to new numbers as part of the university's Voice Over IP (VoIP) telephone system restructuring to enhance the quality of our
communication services.

Please contact us via the new numbers for all matters related to digital services. Our old numbers will be deactivated on 11 May 2026 (Monday).

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026! 🛠️💻

Ikhlas daripada kami di Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM.

Mari kita terus bersatu hati dalam membudayakan kecemerlangan kualiti dan memperkasa inovasi digital demi masa depan pendidikan yang lebih gemilang. Selamat berehat dan teruskan memberi yang terbaik untuk nusa dan bangsa!

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮?Gemini for Education kini telah diintegrasikan di semua universiti awam di Malaysia termasuk UTM.Sebagai se...
28/04/2026

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮?
Gemini for Education kini telah diintegrasikan di semua universiti awam di Malaysia termasuk UTM.

Sebagai sebahagian daripada persekitaran Google Workspace for Education, pelajar dan staf UTM kini berpeluang memanfaatkan Gemini for Education yang menyediakan sokongan berasaskan kecerdasan buatan (AI) secara selamat bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Menerusi inisiatif ini, warga akademik mendapat akses kepada Gemini 3.1 Pro, model AI dengan keupayaan penaakulan yang lebih maju, manakala pelajar juga kini mempunyai akses kepada NotebookLM Enterprise bagi membantu dalam penyelidikan, analisis dokumen serta penulisan akademik secara lebih sistematik dan efisien.

Sudahkah anda cuba guna?

Gemini for Education is now in all 20 Malaysian public universities, reaching 600,000 students and 75,000 faculty members.

Pejabat Kualiti & Transformasi Digital telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Pejabat selama dua hari pada 21 dan 22 ...
27/04/2026

Pejabat Kualiti & Transformasi Digital telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Pejabat selama dua hari pada 21 dan 22 April 2026.

Bengkel ini menghimpunkan barisan ketua-ketua di bawah Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM Johor Bahru dan Pejabat Kualiti & Transformasi Digital, UTM Kuala Lumpur bagi menyelaras hala tuju baharu, memperincikan fokus strategik serta membentuk pelan tindakan yang akan menjadi asas kepada gerak kerja pejabat dalam memacu agenda kualiti dan transformasi digital berikutan penstrukturan semula yang diumumkan sebelum ini.

Sesi ini telah dipimpin oleh Penolong Naib Canselor (Kualiti & Transformasi Digital), YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir, yang turut berkongsi penekanan terhadap peranan pejabat ini sebagai entiti baharu dalam memperkukuh tadbir urus kualiti dan transformasi digital universiti.

Bengkel ini menjadi langkah awal dalam menyusun gerak kerja pejabat ini secara lebih tersusun untuk fasa pelaksanaan akan datang.

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian di Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital. Semoga amanah ini dapat dila...
22/04/2026

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian di Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital.
Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan memberi manfaat besar kepada Universiti Teknologi Malaysia.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada En. Mokhles bin Md. Sawal atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Penyelesaian D...
21/04/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada En. Mokhles bin Md. Sawal atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Penyelesaian Digital, En. Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Infrastruktur Digital dan Pn. Hartini binti Darsono atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Kualiti & Transformasi Perkhidmatan di Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital, Jabatan Canseleri.

Semoga terus memberikan perkhidmatan cemerlang dalam menerajui transformasi digital!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hasriyah Othman, En. Mohd Zulfadli Mohd Lazim dan Pn. ...
03/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hasriyah Othman, En. Mohd Zulfadli Mohd Lazim dan Pn. Nuraisyah Abd Rahman atas segala khidmat bakti serta pencapaian cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Kualiti & Transformasi Digital.
Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.

Dimaklumkan bahawa kontrak langganan berbayar bagi perkhidmatan UTM Cisco Webex sedia ada akan tamat pada 5 April 2026.S...
02/04/2026

Dimaklumkan bahawa kontrak langganan berbayar bagi perkhidmatan UTM Cisco Webex sedia ada akan tamat pada 5 April 2026.

Semua akaun pengguna UTM Cisco Webex yang sebelum ini yang menggunakan lesen berbayar akan kembali kepada pakej asas percuma Cisco Webex selepas tarikh tersebut. Pakej asas percuma ini mempunyai fungsi persidangan video yang terhad serta tidak menyediakan kemudahan storan awan (cloud storage) untuk rakaman.

Sehubungan itu, semua pengguna yang mempunyai rakaman mesyuarat yang disimpan di dalam storan awan Webex adalah dinasihatkan untuk memuat turun dan menyimpan rakaman yang diperlukan sebelum 5 April 2026, bagi mengelakkan rakaman tersebut tidak lagi dapat diakses selepas tarikh berkenaan.
Bagi tujuan persidangan video, pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi alternatif seperti Google Meet. Untuk makluman, Google Meet yang menggunakan emel rasmi UTM merupakan pakej berbayar yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan menawarkan fungsi yang hampir setara dengan pakej berbayar UTM Cisco Webex.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama semua pihak adalah amat dihargai.

- Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM


Seluruh warga Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Wan Mohd...
02/04/2026

Seluruh warga Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan sebagai Penolong Naib Canselor (Kualiti & Transformasi Digital), Pejabat Kualiti & Transformasi Digital, Jabatan Canseleri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

20/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya daripada Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir,
Penolong Naib Canselor (Kualiti & Transformasi Digital), Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM.
Pejabat Kualiti & Transformasi Digital, UTM Kuala Lumpur

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin daripada Pejabat Kualiti & Transformasi Digital Johor Bahru &  Pejabat ...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin daripada Pejabat Kualiti & Transformasi Digital Johor Bahru & Pejabat Kualiti & Transformasi Digital, UTM Kuala Lumpur

Address

D07, CICT, UTM, Skudai
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075532136

Website

https://utm.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM:

Share