Bahagian Pengurusan Organisasi UTM

Bahagian Pengurusan Organisasi UTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pengurusan Organisasi UTM, College & University, Universiti Teknologi, Johor Bahru.

Bahagian kami bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan struktur organisasi di UTM, serta memastikan kelancaran operasi dan sokongan pentadbiran di seluruh universiti.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026Seluruh warga Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar, UTM ingin ...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026
Seluruh warga Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar, UTM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kampus serta keluarga tercinta.
Semoga lebaran yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan keceriaan kepada kita semua.
Semoga kita sentiasa dikurniakan rahmat, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.



Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan kepada Petugas 1 Syawal 1447H/2026M📅 13 Mac 2026📍 Ruang Lobi, Bahagian Sumber Manus...
16/03/2026

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan kepada Petugas 1 Syawal 1447H/2026M
📅 13 Mac 2026
📍 Ruang Lobi, Bahagian Sumber Manusia

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada staf yang bertugas pada hari pertama Aidilfitri telah disempurnakan oleh Pendaftar UTM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah.

Setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, universiti menyediakan sumbangan khas kepada staf yang bertugas pada hari pertama Syawal sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak dapat berhari raya bersama keluarga.

Seramai staf daripada 6 PTJ terlibat dalam penugasan ini iaitu Bahagian Keselamatan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Islam, UTM International dan UTMDigital.

Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan pihak pengurusan universiti kepada para staf yang terus komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab walaupun dalam suasana sambutan perayaan, demi memastikan kelangsungan operasi serta penyampaian perkhidmatan universiti sentiasa berada pada tahap terbaik.

Semoga sumbangan ini menjadi simbol penghargaan dan suntikan semangat kepada semua staf yang terus berkhidmat demi universiti tercinta. 🌙✨

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Khairull Azmi bin Ishak atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Fakulti Sains dan semoga terus cemerlang💐

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Sufian bin Nooralazam atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Jabatan Canseleri dan semoga terus cemerlang💐

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Suzziana binti Johari atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Jabatan Canseleri dan semoga terus cemerlang💐

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Maszila binti Mohd Razali atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Jabatan Canseleri dan semoga terus cemerlang💐

03/03/2026

Pemakluman pertukaran dalaman Puan Norly binti Mazlan dari Bahagian Sumber Manusia ke Bahagian Pengurusan Organisasi berkuatkuasa 2 Mac 2026

03/03/2026

Pemakluman pertukaran dalaman Puan Sabrina binti Ibrahim dari Bahagian Pengurusan Organisasi ke Bahagian Sumber Manusia berkuatkuasa 2 Mac 2026

🌙 Salam Ramadhan 1447H | 2026MBahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selama...
17/02/2026

🌙 Salam Ramadhan 1447H | 2026M

Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut dan Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga universiti.

Semoga kehadiran Ramadhan pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan serta memperkukuh nilai integriti, amanah dan kecemerlangan dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

Marilah kita bersama-sama menjadikan bulan yang mulia ini sebagai ruang untuk memperbaiki diri, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta mempererat ukhuwah dalam organisasi.

Semoga setiap amal ibadah kita diterima dan setiap usaha dipermudahkan.

Ramadhan Kareem.

Bahagian Pengurusan Organisasi
Jabatan Pendaftar

Seluruh warga Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), JP ingin mengucapkanSelamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang mera...
16/02/2026

Seluruh warga Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), JP ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan dalam kehidupan dan kerjaya.
Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama dan kecemerlangan demi mencapai matlamat organisasi bersama.

Gong Xi Fa Cai 🧧

🌿 Lawatan Kerja Rasmi ke UTM Kampus PagohKedatangan kami ke UTM Kampus Pagoh telah disambut mesra oleh Encik Mohd Farid ...
13/02/2026

🌿 Lawatan Kerja Rasmi ke UTM Kampus Pagoh

Kedatangan kami ke UTM Kampus Pagoh telah disambut mesra oleh Encik Mohd Farid bin Rahmat, Timbalan Pendaftar UTM Pagoh.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat oleh Prof. Dr. Hesham Ali El-Enshasy, Pengarah Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), yang memperincikan peranan ICA dalam memacu inovasi agriteknologi dan biopemprosesan lanjutan berimpak tinggi.

Sesi perkongsian kedua bertajuk Asas Industri Akuatik Nilai Tinggi: Ikan Kelah diketuai oleh Dr. Mohd Adib bin Sarijari, Felo Penyelidik Bersekutu di ICA yang menekankan potensi akuakultur premium sebagai pemacu ekonomi komuniti melalui pendekatan penternakan sistematik, mampan dan berteknologi. Projek ini merupakan inisiatif inovatif yang bertujuan mengangkat ekonomi komuniti melalui pemerkasaan digital dalam bidang penternakan ikan kelah, dengan integrasi teknologi dan pengurusan moden bagi meningkatkan produktiviti serta nilai pasaran.

Selain itu, kami turut berpeluang melawat Pusat Penyelidikan Gaharu, yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan potensi penghasilan minyak gaharu secara lestari melalui penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.

Semoga lawatan ini terus memperkukuh jaringan kolaborasi strategik serta menyokong aspirasi kecemerlangan dan agenda transformasi universiti.

*Bengkel Penyelarasan Garis Panduan Penyediaan E-Book Konvokesyen UTM*Satu Bengkel Penyelarasan Garis Panduan Penyediaan...
13/02/2026

*Bengkel Penyelarasan Garis Panduan Penyediaan E-Book Konvokesyen UTM*

Satu Bengkel Penyelarasan Garis Panduan Penyediaan E-Book Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilaksanakan pada 12 Februari 2026 bertempat di Bilik Anjung Wawasan, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Bengkel ini dianjurkan bagi menyelaraskan format, kandungan serta keperluan dokumentasi digital e-Book Konvokesyen agar selaras dengan standard universiti dan amalan terbaik semasa.

Bengkel ini melibatkan penyertaan wakil daripada pelbagai unit berkaitan yang terlibat secara langsung dalam proses penyediaan, penyuntingan dan penerbitan e-Book Konvokesyen. Sesi perbincangan dan pembentangan telah memberi fokus kepada aspek struktur kandungan, aliran kerja penyediaan dokumen, kawalan kualiti, serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan.

Melalui bengkel ini, semua pihak telah mencapai kesepakatan terhadap kaedah penyediaan dan penyelarasan e-Book Konvokesyen yang lebih sistematik, cekap dan seragam. Ia diharap dapat meningkatkan kualiti dokumentasi konvokesyen UTM serta menyokong usaha pendigitalan dan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan maklumat rasmi universiti.

&WartaKonvoUTM

Address

Universiti Teknologi
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Organisasi UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Pengurusan Organisasi UTM:

Share