Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM

Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM KLBG menyediakan perkhidmatan konsultasi guaman dan undang-undang secara percuma kepada masyarakat

RERUAI KLBG DI WISMA UNIKEBKlinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG) Fakulti Undang-Undang UKM kini membuka reruai di Wi...
21/04/2026

RERUAI KLBG DI WISMA UNIKEB

Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG) Fakulti Undang-Undang UKM kini membuka reruai di Wisma Unikeb!

Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai persoalan berkaitan perundangan, jemput hadir ke reruai kami bagi mendapatkan maklumat lanjut. Kami sedia mendengar dan membantu.

📌 Butiran Reruai:
Tarikh: 20 - 24 April 2026
Lokasi: Aras 1, Wisma Unikeb
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Jumpa anda di sana!

10–11 April 2026KLBG telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Perancangan Strategik KLBG 2026.Bengkel dimulakan dengan ...
14/04/2026

10–11 April 2026

KLBG telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Perancangan Strategik KLBG 2026.

Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid, Dekan Fakulti Undang-Undang, diikuti dengan pembentangan aktiviti serta rekod kes yang diterima oleh KLBG sepanjang tahun 2025.

Seterusnya, Dr. Fatimah Yusro selaku Ketua KLBG yang baharu telah membentangkan perancangan aktiviti KLBG bagi tahun 2026, yang kemudiannya diteruskan dengan sesi perbincangan mengenai halatuju KLBG.

Selain itu, sesi perbincangan pemurnian gerak kerja sedia ada KLBG turut diadakan bagi memperkemas pelaksanaan program serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang berterusan.

5 Februari 2026 - Fakulti Undang-Undang (FUU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah Seminar Penu...
10/02/2026

5 Februari 2026 - Fakulti Undang-Undang (FUU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah Seminar Penuaan Sejahtera anjuran Pertubuhan SALWA dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM (KLBG) di bawah Program Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas PAWE@3A JKM sebagai inisiatif memperkasa warga emas agar terus menjalani kehidupan yang berkualiti dan bermakna.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Hajah Nordiran Idris, Pengerusi SALWA Malaysia.
Seterusnya, majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aishah Bidin, Profesor Emeritus, Fakulti Undang-Undang UKM.

Seminar ini bertujuan untuk:
Memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang ideal, anggun dan sejahtera.
Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental di usia emas.
Memberi panduan secara praktikal tentang langkah penjagaan keselamatan serta pencegahan isu-isu yang dihadapi warga emas.

Seminar ini bukan sekadar wacana, tetapi satu usaha kolektif untuk memastikan warga emas terus dihargai, dilindungi dan diraikan dalam masyarakat.



SEMINAR PENUAAN SEJAHTERAAyuh sertai seminar bermanfaat ini yang memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang ideal, ...
30/01/2026

SEMINAR PENUAAN SEJAHTERA

Ayuh sertai seminar bermanfaat ini yang memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang ideal, anggun dan sejahtera di samping mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan di usia emas dalam semua aspek.

📆: 05 Februari 2026 (Khamis)
⏰: 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
🏢: Auditorium Bangunan Mahkamah MUT, Fakulti Undang-Undang UKM

Topik:
đź’ˇ Penjagaan Kesihatan Ideal & Realistik Menuju Penuaan Anggun Dan Sejahtera
đź’ˇ Strategi Membantu Warga Emas Di Peringkat Awal Demensia
đź’ˇ Merancang Kewangan Di Usia Emas
đź’ˇ Cukupkah Undang-Undang Sedia Ada Melindungi Warga Emas Di Malaysia?

đź“®Masuk adalah PERCUMA!
đź“®Penyertaan terbuka kepada LELAKI DAN WANITA

📍Daftar segera: https://forms.gle/RS2PoUQr72b2ZBsj9
📱 WhatsApp: www.wasap.my/601154188425/SPS

Terima kasih.
Sekretariat Seminar Penuaan Sejahtera 2026

13 Januari 2026Hari ini, Sesi Perbincangan Pusat Integriti & Ombudsman UKM bersama KLBG telah dilaksanakan bertempat di ...
13/01/2026

13 Januari 2026

Hari ini, Sesi Perbincangan Pusat Integriti & Ombudsman UKM bersama KLBG telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat KLBG FUU. Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah kerjasama strategik, melibatkan perbincangan mengenai tatacara pengurusan kes serta potensi kerjasama program yang boleh dilaksanakan bersama.

KLBG telah diwakili oleh Dr. Fatimah Yusro Hashim, Ketua KLBG, Dr. Suhaizad, Dr. Asma Hakimah selaku ahli KLBG.

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Dr. Nadhilah A. Kadir selaku wakil Timb. Dekan HEJIM FUU dan En Ikhwan 'Azim Ishak selaku pegawai tadbir HEJIM.

Semoga usaha awal ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang berterusan, berkesan dan memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak.

9 Januari 2026Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat ...
12/01/2026

9 Januari 2026

Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Tatakelola KMUKM Sesi 2025/2026.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi menjalinkan hubungan kerjasama strategik antara KLBG UKM dan Jawatankuasa Perundangan dan Tatakelola KMUKM serta penyerahan Kertas Kerja Sentuhan Prihatin Mahasiswa, sebuah inisiatif bagi menyantuni mahasiswa yang berhadapan dengan isu perundangan serta membantu mereka mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya.

KLBG diwakili oleh Dr. Fatimah Yusro Hashim, Ketua KLBG yang baharu, serta Dr. Suhaizad Saifuddin, Ahli KLBG.

Tahniah di ucapkan kepada Dr Suhaizad Saifuddin atas penerimaan geran GUP yang bertajuk “Pembangunan Model Pendidikan Un...
09/12/2025

Tahniah di ucapkan kepada Dr Suhaizad Saifuddin atas penerimaan geran GUP yang bertajuk “Pembangunan Model Pendidikan Undang-undang Klinikal Berorientasikan SULAM” di Universiti Malaysia”.
Semoga hasil kajian ini dapat memberikan manfaat kepada KLBG dalam memperkasakan Pendidikan Undang-undang Klinikal (CLE) khususnya kepada pelajar Fakulti Undang-undang, UKM.

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,                               ...
01/12/2025

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN: WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG SIRI 3/2025 KLBG “MELINDUNGI GENERASI MUDA: MEMAHAMI JENAYAH MELIBATKAN KANAK-KANAK"

Sukacita dimaklumkan Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG) melalui Pejabat Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (TDHEJIM) Fakulti Undang-Undang, UKM dengan kerjasama JPKK Kg. Sg. Merab, Adab Youth Garage dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) akan menganjurkan Webinar Literasi Undang-Undang bertajuk "Melindungi Generasi Muda: Memahami Jenayah Melibatkan Kanak-Kanak" seperti butiran berikut:

📆 Tarikh: 8 Disember 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 9 pagi - 11 pagi
📱 Facebook Live KLBG: https://www.facebook.com/KLBGUKM/
Aplikasi Zoom di pautan berikut:
Join Zoom Meeting
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/94088282802?pwd=ZC1bthUFkoNxlpwHad7D7DHbZZg4yG.1
Meeting ID: 940 8828 2802
Passcode: 971480

Panel 1: YBrs. Dr. Nurul Hidayat Ab Rahman
Pensyarah
Fakulti Undang-Undang
UKM

Panel 2: Encik Abdul Muiez Mohammad Ruslee
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Sungai Besar

Panel 3: Puan Nuriffah Atiqah Ismail
Pekerja Belia
Adab Youth Garage

Moderator: Dr. Suhaizad Saifuddin
Pensyarah Kanan
Fakulti Undang-Undang UKM

❤Bagi Kakitangan UKM jam latihan akan direkodkan ke dalam sistem UrusBakat UKM

Pada 1 - 2 November 2025, seramai 10  orang pelajar FUU UKM termasuk 5 orang pelajar ahli Rakan KLBG telah menyertai Pro...
06/11/2025

Pada 1 - 2 November 2025, seramai 10 orang pelajar FUU UKM termasuk 5 orang pelajar ahli Rakan KLBG telah menyertai Program Pro Bono Alliance yang dianjurkan oleh Kelab Literasi Bantuan Guaman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bertempat di Dewan Seri Siantan, Selayang, Batu Caves, Selangor.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai konsep pro bono atau khidmat bantuan guaman secara percuma. Inisiatif ini juga bertindak sebagai platform jaringan kolaborasi antara Kelab Literasi Bantuan Guaman dari pelbagai universiti bersama para peguam, dalam usaha memperkukuhkan pengetahuan serta penglibatan dalam khidmat bantuan guaman.

Antara slot penting yang dijalankan termasuk sesi pengendalian “Booth” yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan bertukar pandangan dengan pelajar daripada universiti lain berkaitan pelaksanaan program bantuan guaman di institusi masing-masing. Selain itu, slot “Client Consultation” turut memberi pengalaman langsung kepada peserta untuk memerhati bagaimana peguam mengendalikan sesi konsultasi guaman percuma kepada masyarakat.

Diharapkan program dua hari ini mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dalam usaha memperkasa literasi undang-undang dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak dan akses kepada keadilan.

Pada 2 November 2025, seramai 15 orang pelajar ahli KLBG telah menyertai Program Santuni Asnaf dan Klinik Guaman anjuran...
02/11/2025

Pada 2 November 2025, seramai 15 orang pelajar ahli KLBG telah menyertai Program Santuni Asnaf dan Klinik Guaman anjuran Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Selangor yang berlangsung di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Selain bantuan bahan makanan, ceramah kesedaran undang-undang berkaitan peranan JBG turut disampaikan kepada asnaf dikawasan berhampiran.

Diharapkan agar program ini dapat merapatkan lagi hubungan antara masyarakat, JBG Selangor dan warga KLBG UKM, khususnya dalam usaha mencapai matlamat KLBG UKM untuk memupuk literasi undang-undang dalam kalangan masyarakat.

29 Oktober 2025: Satu perjumpaan telah diadakan bersama pelajar-pelajar yang telah mendaftar sebagai Rakan KLBG bagi ses...
29/10/2025

29 Oktober 2025: Satu perjumpaan telah diadakan bersama pelajar-pelajar yang telah mendaftar sebagai Rakan KLBG bagi sesi 2025/26.
Dr. Suhaizad Saifuddin selaku Ketua KLBG telah meyampaikan penerangan berkaitan latar belakang KLBG seterusnya melantik AJK Rakan KLBG bagi sesi ini.
Adalah diharapkan agar Rakan KLBG tahun ini lebih bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kepada komuniti.

Address

Fakulti Undang-undang, UKM & Aras 3, Wisma UNIKEB
Kajang
43600

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389118193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM:

Share