Pusat Pembelajaran UIS

Pusat Pembelajaran UIS Academic Training Center, E-Learning, Open Distance Learning, Micro-Credential

Hari ini kami ucapkan selamat maju jaya kepada Ts. Dr. Syarbaini Ahmad, Pengarah Pusat Pembelajaran. Terima kasih untuk ...
01/12/2025

Hari ini kami ucapkan selamat maju jaya kepada Ts. Dr. Syarbaini Ahmad, Pengarah Pusat Pembelajaran.

Terima kasih untuk semua tunjuk ajar, belanja makan dan semangat yang ditinggalkan bersama kami.

β€œBos yang sederhana, tapi kesannya luar biasa.”

Semoga lebih banyak kejayaan menanti di tempat baharu! 🌟

βœ… BENGKEL PELARASAN PELAKSANAAN ODL & MICRO-CREDENTIAL (MC)πŸ“… 28 Julai 2025 (Isnin)πŸ“ Dewan Bankuasi, DSISπŸ•˜ 9.00 pagi – 1....
28/07/2025

βœ… BENGKEL PELARASAN PELAKSANAAN ODL & MICRO-CREDENTIAL (MC)
πŸ“… 28 Julai 2025 (Isnin)
πŸ“ Dewan Bankuasi, DSIS
πŸ•˜ 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

Bengkel pelarasan ini telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif wakil-wakil dari pelbagai PTJ di UIS. ✨

Turut hadir memberikan pandangan dan input:
πŸ‘©β€πŸŽ“ Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Rashed
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan)

πŸ’» Pn. Aireen Naquiah Hamzah
Ketua Pegawai Maklumat (CIO), UIS

🎯 Matlamat utama bengkel ini adalah untuk mengumpul input daripada setiap PTJ dalam usaha menyelaras sistem berkaitan pelaksanaan ODL dan MC.

πŸ“Œ Antara perkara yang dibincangkan:

Input proses kerja berkaitan ODL & MC

Keperluan pembangunan platform dan sistem yang berkaitan.

πŸ“Š Semua input akan dikumpulkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) bagi tindakan seterusnya bagi memperhalusi keperluan sistem.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan komited dalam menjayakan sesi ini. 🀝
✨ Bersama kita jayakan pelaksanaan ODL & MC yang pertama di UIS!

πŸ“Œ Lawatan Penanda Aras ODL UIS ke Open University Malaysia (OUM)πŸ“… 14 Julai 2025 | πŸ›οΈ OUM, Kelana Jaya.Sebagai langkah pr...
15/07/2025

πŸ“Œ Lawatan Penanda Aras ODL UIS ke Open University Malaysia (OUM)
πŸ“… 14 Julai 2025 | πŸ›οΈ OUM, Kelana Jaya.

Sebagai langkah proaktif dalam melahirkan program Open Distance Learning (ODL), Pusat Pembelajaran Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Open University Malaysia (OUM) pada 14 Julai 2025.

Delegasi UIS diketuai oleh Dr. Syarbaini Ahmad, Pengarah Pusat Pembelajaran UIS, dan disambut mesra oleh pihak OUM yang diketuai oleh Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Pegawai Teknologi, Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR).

Sepanjang sesi lawatan, pelbagai input bermanfaat telah dikongsikan termasuk strategi pengurusan ODL, pembinaan SIM, penggunaan teknologi digital, serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Pihak OUM turut memperkenalkan sistem LMS MyInspire – platform e-Pembelajaran yang menyokong pelaksanaan ODL secara efektif dan interaktif.

Pihak UIS amat menghargai sambutan mesra serta ilmu yang dikongsikan oleh pihak OUM. Semoga lawatan ini membuka peluang kerjasama strategik yang lebih meluas dalam usaha melahirkan program ODL dan Micro-credential pertama UIS.

🀝 Lawatan Penanda Aras ODL UIS ke Asia e University (AeU) ✨4 Julai 2025 | Asia e University, Subang JayaDelegasi Univers...
07/07/2025

🀝 Lawatan Penanda Aras ODL UIS ke Asia e University (AeU) ✨
4 Julai 2025 | Asia e University, Subang Jaya

Delegasi Universiti Islam Selangor (UIS) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Rashed (Timb. Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan) telah berkunjung ke Asia e University (AeU) dalam satu sesi lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan Pembelajaran Dalam Talian (ODL) dan Micro-credential(MC).

Delegasi UIS telah disambut oleh Prof. Dr. Noor Raihan Ab Hamid
(Naib Canselor AeU) bersama Encik Yusoff Musa (Pendaftar AeU) dan barisan Dekan, Timbalan Dekan serta Pengurusan Kanan Asia Centre for e Learning.

Sepanjang lawatan ini, pihak AeU berkongsi pengalaman serta amalan terbaik mereka dalam menguruskan pembelajaran fleksibel dan sistem ODL. Banyak input bermanfaat yang boleh dijadikan rujukan untuk pembangunan ODL & MC di UIS.

Menariknya, hasil daripada lawatan ringkas ini, pihak AeU turut menyatakan hasrat untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama bersama UIS dalam bidang akademik dan ODL pada masa akan datang.

Semoga jalinan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama yang bermanfaat untuk kedua-dua pihak, demi kecemerlangan pendidikan.

06/06/2025
πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri dari Pusat Pembelajaran UIS βœ¨πŸŒ™Alhamdulillah, syawal menjelang tiba, membawa sinar kegembiraan buat k...
30/03/2025

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri dari Pusat Pembelajaran UIS βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, syawal menjelang tiba, membawa sinar kegembiraan buat kita semua. Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna, mengeratkan silaturahim dan membawa keberkatan.

2025M /1446 H

Salam Nuzul Al-Quran 1446H 2025 πŸŒ™πŸ“–β€œSesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat...
18/03/2025

Salam Nuzul Al-Quran 1446H 2025 πŸŒ™πŸ“–

β€œSesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Surah Ad-Dukhan : 3)

Semoga kita dapat menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran dan merebut ganjaran membacanya sepanjang Ramadan ini.

Welcome aboard
11/10/2024

Welcome aboard

Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran UIS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Syarbaini Ahmad atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Pembelajaran UIS berkuatkuasa 1 Oktober 2024.

Tahniah dan selamat berkhidmat!

31/08/2024

Selamat Hari Merdeka ke-67 Malaysia

"Malaysia Madani: Jiwa Merdeka"

Bengkel Penyediaan Soalan Peperiksaan & Kepentingan JSU.10 Julai 2024, Dewan Senat UIS.Terima kasih diatas kesudian Y.Br...
10/07/2024

Bengkel Penyediaan Soalan Peperiksaan & Kepentingan JSU.
10 Julai 2024, Dewan Senat UIS.

Terima kasih diatas kesudian Y.Brs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Effendi@Ewan Mohd Matore(FP, UKM) untuk hadir memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Sangat menarik ilmu-ilmu yang disampaikan kepada para peserta.

Terima kasih juga diatas kehadiran dan sokongan para ahli akademik UIS.

Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembelajaran UIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share