08/06/2026
7 JUN 2026 | 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗣𝗠𝗚𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲)
Universiti Islam Selangor (UIS) telah menjadi tuan rumah kepada Program Perkampungan Menara Gading Selangor 2026 (PMGS 2026) yang berlangsung dengan jayanya sekali gus menandakan berakhirnya program yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026.
Program yang merupakan kolaborasi strategik antara Universiti Islam Selangor (UIS), Yayasan Selangor (YS) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) ini telah menghimpunkan seramai 118 peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 serta lepasan SPM, STPM dan STAM dari seluruh Negeri Selangor. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peluang pendidikan tinggi, pembangunan kepimpinan, pembentukan sahsiah serta hala tuju kerjaya.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UIS. Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Hajah Nordiran binti Idris, Pengerusi SALWA Malaysia; Yang Berusaha Encik Muhd Farhat bin Mohd Pisal, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Yang Berusaha Puan Irmadiana binti Sahalan, Ketua Penerangan Majlis Belia Selangor; serta Yang Berusaha Saudara Mohamad Haqime bin Sharuddin, Presiden PEPIAS.
#𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿