10/06/2026
[PEMAKLUMAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PELAJAR ASASI KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA]
Assalamualaikum wrt wbt.
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.
Dimaklumkan kepada seluruh pelajar Asasi Universiti Islam Selangor (UIS) bahawa permohonan pendaftaran ke Program Ijazah Sarjana Muda kini telah dibuka.
Pelajar yang telah menamatkan pengajian Asasi dan berhasrat untuk menyambung pengajian di UIS boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem WADAH UIS di https://wadah.uis.edu.my
Para pelajar disarankan untuk membuat permohonan seawal mungkin bagi melancarkan urusan pemprosesan. Tempoh semakan dan kelulusan permohonan dianggarkan mengambil masa sekitar tujuh (7) hari bekerja.
Pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa menyemak emel yang didaftarkan bagi memastikan sebarang makluman atau surat tawaran daripada pihak universiti dapat diterima dan diambil tindakan dengan segera.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
🧕🏻 AUFA NUR’ATIRAH
📲 Exco Akademik dan Intelektual
http://www.wassap.my/01168626930
Sekian, terima kasih.
“Mahasiswa Pemacu Transformasi”
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
Sumber: Bahagian Pemasaran, UIS (9 Jun 2026)