04/06/2026
*SETAHUN MELAKAR KECEMERLANGAN, SEJUTA HARAPAN UNTUK UMMAH*
Alhamdulillah, sepanjang Mei 2025 hingga April 2026, Huffaz Professional Centre of Excellence (HuffazPro) UNITEN terus melangkah dengan satu misi besar melahirkan generasi Professional Huffaz yang cemerlang dalam hafazan, akademik, kepimpinan dan profesionalisme.
Dalam tempoh setahun:
✨ 104 pelajar berjaya menamatkan Pensijilan Tahfiz
✨ 21 program engagement dan 11 program pembangunan pelajar berjaya dilaksanakan
✨ Pelajar HuffazPro mengharumkan nama institusi di peringkat kebangsaan dan ASEAN
✨ Jaringan strategik diperluaskan bersama IPT, NGO, sekolah serta institusi antarabangsa
✨ Program Tahsin Al-Quran Bersanad di Mesir melibatkan 27 pelajar berjaya direalisasikan
✨ Dana Huffaz Profesional menerima sumbangan RM1 juta bagi memperkasa pembangunan huffaz masa hadapan.
Di sebalik angka-angka ini, tersimpan ribuan jam murajaah, doa para ibu bapa, pengorbanan para pensyarah dan kesungguhan para mahasiswa yang memilih untuk menjadikan al-Quran sebagai teman sepanjang perjalanan hidup mereka.
Semoga segala usaha ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan menjadi bukti bahawa huffaz bukan sekadar menghafaz al-Quran, tetapi mampu memimpin masyarakat, membina tamadun dan menyumbang kepada negara.
“Generate Professional Huffaz” bukan sekadar slogan, tetapi sebuah amanah yang sedang diterjemahkan menjadi realiti.