11/08/2014
Pengambilan (Kedua) Jurulatih Tetap PSSGMM (Pelatih)
PENGAMBILAN PELATIH BRIDGED GURUMUDA
Pelatih Bridged Gurumuda akan dilatih untuk menjadi Jurulatih Sepenuh Masa bagi gelanggang PSSGMM seluruh Malaysia. Pelatih akan dididik dari segi ilmu persilatan, kejurulatihan, pemantapan kerohanian bagi membentuk jati diri yang berkualiti.
Pelatih akan mengikuti tempoh kursus selama 3 – 6 bulan bergantung kepada prestasi pelatih itu sendiri. Sepanjang dalam tempoh kursus, pelatih akan mendapat Elaun Latihan dan akan menjalani kursus di Akademi Gayong Ma’arifat, Bt 18, Jln Lama Bentong – K.Lumpur, 28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Selepas lulus penilaian prestasi, pelatih akan diserap sebagai Jurulatih Sepenuh Masa PSSGMM yang mengajar gelanggang silat PSSGMM.
Syarat Kelayakan:-
1. Lulus Sijil SPM / PMR (Boleh dipertimbangkan)
2. Aktif dengan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti lasak
3. Berdisiplin, boleh bekerjasama dengan baik, bersedia berkhidmat kepada masyarakat
4. Jujur dan amanah dalam menyampaikan ilmu
5. Bersemangat tinggi dan bersedia untuk belajar
6. Tidak mempunyai penyakit kronik
7. Umur lingkungan 17 – 30 tahun
8. Kekosongan Lelaki (20 orang) / Wanita (10 orang)
Email resume anda ke [email protected]
Maklumat lanjut hubungi 0173221007 Datuk Rahmat