Politeknik Jeli Kelantan

Politeknik Jeli Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Politeknik Jeli Kelantan, Jalan RAYA TIMUR-BARAT, Kampung Jeli.

Politeknik Jeli menawarkan Program Diploma Agroteknologi (DAG) & Diploma Teknologi Akuakultur (DTQ) di bawah Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) dan Diploma Kejuteraan Elektrik (Tenaga Hijau) di bawah Jabatan Kejuteraan Elektrik (JKE)

πŸŽ‰ Sekalung Tahniah πŸŽ‰Seluruh warga kerja Politeknik Jeli Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:✨ YBrs. Encik...
12/05/2026

πŸŽ‰ Sekalung Tahniah πŸŽ‰

Seluruh warga kerja Politeknik Jeli Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

✨ YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan
atas pelantikan sebagai
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Kementerian Pendidikan Tinggi
berkuat kuasa 11 Mei 2026.

Semoga terus cemerlang dalam memikul amanah dan memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
Politeknik Jeli Kelantan




πŸŽ‰ Sekalung Tahniah & Selamat Maju Jaya πŸŽ‰Seluruh warga kerja Politeknik Jeli Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah...
12/05/2026

πŸŽ‰ Sekalung Tahniah & Selamat Maju Jaya πŸŽ‰

Seluruh warga kerja Politeknik Jeli Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

✨ YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim
atas pelantikan sebagai
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi
berkuat kuasa 11 Mei 2026.

Semoga pelantikan ini terus membawa kecemerlangan dan memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara ke arah yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
Politeknik Jeli Kelantan




12/05/2026
πŸ“Œ MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATANTelah berlangsung Majlis Anugerah Ketua Jabatan pada 11  MEI 2026 bertempat di Lanas 5, P...
12/05/2026

πŸ“Œ MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN

Telah berlangsung Majlis Anugerah Ketua Jabatan pada 11 MEI 2026 bertempat di Lanas 5, Politeknik Jeli Kelantan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya memperoleh pencapaian akademik cemerlang (Dean’s List) bagi semester lalu ( Sesi 1 : 2025/2026).

Seramai 6 orang pelajar daripada program Diploma Teknologi Tenaga Hijau (DEG) telah menerima Anugerah Ketua Jabatan sebagai tanda penghargaan atas usaha, komitmen dan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan.

Majlis ini diadakan sebagai motivasi kepada pelajar untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membudayakan kecemerlangan akademik dalam kalangan warga pelajar Politeknik Jeli Kelantan.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.





πŸ“Œ BENGKEL TRANSFORMASI KETERAMPILAN & PERSONALITI DIRI STAFF 2026πŸ“… Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 p...
12/05/2026

πŸ“Œ BENGKEL TRANSFORMASI KETERAMPILAN & PERSONALITI DIRI STAFF 2026

πŸ“… Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Lanas Perdana, Politeknik Jeli Kelantan

Politeknik Jeli Kelantan telah menganjurkan Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Staff 2026 yang melibatkan penyertaan warga staf PJK bagi memperkukuh kemahiran komunikasi, keterampilan diri serta etika profesional dalam perkhidmatan.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai perkongsian dan latihan berkaitan:
✨ Pengucapan awam
✨ Komunikasi pelanggan
✨ Etika penjawat awam
✨ Simulasi adab di meja makan rasmi
✨ Grooming dan penampilan profesional

Program ini bertujuan memperkasakan pembangunan sahsiah, keyakinan diri dan profesionalisme warga kerja dalam meningkatkan imej serta kualiti penyampaian perkhidmatan di Politeknik Jeli Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.





LAWATAN PROMOSI DAN TAKLIMAT PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUT PERTANIAN BUMBUNG LIMA, PULAU PINANG Politeknik Jeli Kelantan...
11/05/2026

LAWATAN PROMOSI DAN TAKLIMAT PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUT PERTANIAN BUMBUNG LIMA, PULAU PINANG

Politeknik Jeli Kelantan telah mengadakan lawatan ke Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang pada 4 Mei 2026 bagi memberi penerangan serta β€œoutreach” program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Institut Pertanain yang boleh menyambung pengajian Diploma Agroteknologi atau Diploma Teknologi Akuakultur.

Pihak Politeknik Jeli Kelantan diwakili oleh Tuan Haji Wan Zuhari bin Wan Ismail, Encik Wan Mohd Maulud bin Wan Mustapha serta Encik Mohd Faiz bin Mohd Zin yang berkongsi maklumat dan memberi gambaran jelas tentang syarat kemasukan serta kelebihan-kelebihan menyambung pengajian di Politeknik Jeli Kelantan. Seramai 24 orang penuntut telah memberi semangat untuk meneruskan pengajian ke PJK selepas tamat pengajian nanti.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang yang sudi menerima kehadiran Politeknik Jeli Kelantan serta memberi kerjasama yang sangat baik

KUNJUNGAN HORMAT KELANTAN BIOTECH CORPORATION10 May 2026.Sesi perkenalan rasmi serta kunjungan hormat daripada Kelantan ...
11/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT KELANTAN BIOTECH CORPORATION

10 May 2026.

Sesi perkenalan rasmi serta kunjungan hormat daripada Kelantan Biotech Corporation SDN BHD ke Politeknik Jeli Kelantan telah di sambut mesra oleh YBrs. Mohd Zamre Bin Ab Rahman Pengarah PJK serta barisan Pengurusan PJK. 4 orang tetamu telah diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan PJK bagi melahirkan modal insan dalam bidang pertanian. Selari dengan hasrat kerajaan memastikan keterjaminan bekalan makanan maka kedua-dua pihak telah bersetuju merangka pelbagai program dalam bentuk seminar, pameran, keusahawanan serta inovasi. Delegasi rombongan telah dibawa melihat fasiliti yang terdapat di PJK iaitu Fish Propogation House, kolam ikan air tawar, projek bioflok serta kemudahan pembelajaran yang akan dijadikan pusat latihan bersama komuniti serta agensi terlibat.

πŸ“Œ PERKONGSIAN BERSAMA PELAJAR INSTITUT PERTANIAN T**I GANTUNG (IPTG)πŸ“… Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)⏰ Masa: 9.00 pagiTelah ...
11/05/2026

πŸ“Œ PERKONGSIAN BERSAMA PELAJAR INSTITUT PERTANIAN T**I GANTUNG (IPTG)

πŸ“… Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 pagi

Telah berlangsung sesi perkongsian bersama pelajar Institut Pertanian T**i Gantung (IPTG) bertujuan memberi pendedahan serta promosi program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Jeli Kelantan, khususnya:

🌱 Diploma Agroteknologi (DAG)
🐟 Diploma Teknologi Akuakultur (DTQ)

Program ini menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan peluang pengajian, prospek kerjaya serta pengalaman pembelajaran dalam bidang agroteknologi dan akuakultur kepada para pelajar IPTG.

Semoga sesi ini dapat memberi inspirasi serta membuka peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET yang berpotensi tinggi dan relevan dengan keperluan industri masa kini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





πŸ“Œ KURSUS ASAS LANDSKAPπŸ“… Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hariTelah berlangsung Kursus Asas La...
10/05/2026

πŸ“Œ KURSUS ASAS LANDSKAP

πŸ“… Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Telah berlangsung Kursus Asas Landskap melibatkan seramai 30 orang pelatih AADK Jeli, 5 orang staf AADK Jeli serta 5 orang staf Politeknik Jeli Kelantan (PJK).

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan landskap kepada para peserta melalui pembelajaran teori dan praktikal di lapangan.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan asas pengurusan landskap, teknik penjagaan tanaman serta kerja-kerja landskap yang berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam bidang tersebut.

Program ini memberi impak positif kepada peserta melalui perkongsian ilmu dan pengalaman kerja sebenar di lapangan. Selain itu, aktiviti ini turut membantu dalam menjaga dan menceriakan persekitaran kampus selaras dengan aspirasi Kampus Hijau PJK.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




🌷 SELAMAT HARI IBU 🌷Pengarah serta seluruh warga Politeknik Jeli Kelantan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insa...
10/05/2026

🌷 SELAMAT HARI IBU 🌷

Pengarah serta seluruh warga Politeknik Jeli Kelantan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan, doa dan didikan yang tidak pernah putus dalam membentuk keluarga serta melahirkan generasi yang berjaya dan berakhlak mulia.

✨ β€œKasih ibu membawa ke syurga, pengorbanannya tiada ternilai.”

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan.




10/05/2026

🌷 SELAMAT HARI IBU 🌷

Di sebalik setiap kejayaan seorang anak, ada doa seorang ibu yang tidak pernah putus.
Di sebalik setiap langkah yang kuat, ada tangan seorang ibu yang pernah memimpin dengan penuh kasih sayang.

Ibu…
insan yang sanggup berjaga saat dunia lena,
yang menyimpan lelah di sebalik senyuman,
yang memberi tanpa pernah meminta balasan.

Kasih ibu bukan sekadar kata-kata, tetapi pengorbanan yang dirasai sepanjang hayat.
Walau sebesar mana pun kita melangkah, hati seorang ibu tetap menjadi tempat paling tenang untuk pulang.

Sempena Hari Ibu ini, terima kasih atas segala doa, kasih sayang, pengorbanan dan cinta yang tidak pernah bertepi. Semoga setiap ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan. 🀍




Address

Jalan RAYA TIMUR-BARAT
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099443600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Jeli Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share