09/06/2026
9 Jun 2026 |♻️✨ KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KELESTARIAN (KKdK) 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI UniMAP! ✨♻️
Karnival Keusahawanan dan Kelestarian (KKdK) 2026 telah berjaya menghimpunkan warga UniMAP bersama rakan-rakan strategik dalam usaha memperkasakan keusahawanan siswa serta membudayakan amalan kelestarian dan pengurusan sisa pepejal yang mampan.
🎤 Antara pengisian utama karnival ialah Forum “Sampah Jadi Duit: Siapa Kata Sampah Tak Bernilai?” yang menampilkan panel hebat terdiri daripada Tuan Shahhir (SWCorp Malaysia), Encik Rizam (E-Idaman Sdn. Bhd.), Puan Rosnani (Grass Malaysia) dan PM Ts. Dr. Irnis (UniMAP). Forum ini membuka mata peserta tentang potensi sisa sebagai sumber ekonomi melalui amalan ekonomi kitaran, selain memberi pendedahan mengenai pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan pembuangan sampah kecil.
🎉 Majlis Perasmian KKdK 2026 telah disempurnakan oleh Puan Ummi Kalthum Binti Shuib, Pengarah Bahagian Kewangan dan Bahagian Pendidikan Masyarakat, SWCorp Malaysia, mewakili Ketua Eksekutif SWCorp Malaysia. Turut hadir PM Ts. Dr. Che Zulzikrami Azner Abidin, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA), UniMAP serta wakil-wakil daripada E-Idaman Sdn. Bhd. dan FAMA Negeri Perlis.
🌱 Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk jualan usahawan siswa, pameran agensi, kutipan minyak masak terpakai, Jualan Agro Madani dan aktiviti interaktif yang berjaya menarik penyertaan warga kampus.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada SWCorp Malaysia atas tajaan dan sokongan penuh yang diberikan. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Lestari Siswa UniMAP selaku penganjur bersama Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) serta Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari atas kejayaan menganjurkan program yang memberi impak besar kepada pembangunan keusahawanan dan kelestarian warga UniMAP.
University Malaysia Perlis (UNIMAP)