14/05/2026
๐๏ธSiri-159 The Beauty of Physics & Maths โจ
Satu lagi siri perkongsian ilmu berjaya dilaksanakan bersama pelajar Tingkatan 4 di SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam pada 13 Mei 2026, jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Lebih istimewa, mereka merupakan batch pertama SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin yang mula beroperasi pada tahun 2026. Semoga generasi perintis ini menjadi pencetus budaya ilmu, rasa ingin tahu dan kecintaan terhadap Sains & Matematik.
Dalam sesi ini, para pelajar didedahkan dengan isu-isu semasa pendidikan, kepentingan STEM serta cabaran masa depan khususnya dalam memperkasakan aliran Sains Tulen. Turut dikongsikan ialah peluang dan program pengajian yang ditawarkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Fokus utama ceramah adalah membawa pelajar melihat bahawa Fizik dan Matematik bukan sekadar subjek peperiksaan, tetapi bahasa alam semesta yang penuh keindahan. Antara topik yang disentuh:
- Keindahan alam semulajadi melalui perspektif Fizik
- Teknologi angkasa dan kaitannya dengan Fizik & Matematik
- Dunia geometri dalam kehidupan seharian
- Misteri nombor Pi & Pi World Ranking List
- Bagaimana rasa ingin tahu mampu mencetuskan inovasi dan penemuan baharu
Semoga perkongsian ini dapat menanam rasa kagum terhadap ilmu dan membuka minda pelajar bahawa dunia Sains & Matematik jauh lebih luas, menarik dan penuh makna daripada apa yang terdapat di dalam buku teks.