12/06/2026
RUMUSAN HARI PERTAMA SUKOV NEGERI PERAK 2026
SUKOV Negeri Perak 2026 telah membuka tirainya dengan penuh meriah menerusi tiga acara utama iaitu Bola Sepak, Sofbol dan Sepak Takraw. Para atlet dari kolej-kolej vokasional seluruh negeri telah mempamerkan semangat juang yang tinggi serta persaingan sihat dalam usaha mengharumkan nama kolej masing-masing.
Bola Sepak dan Sofbol masih berada di peringkat kump**an dengan beberapa pasukan telah menunjukkan prestasi memberangsangkan untuk memburu tempat ke pusingan seterusnya. Persaingan dijangka semakin sengit pada hari berikutnya apabila kedudukan kump**an masih terbuka dan setiap mata amat berharga.
Sepak Takraw p**a telah melengkapkan saingan peringkat kump**an dan menyaksikan empat pasukan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Pasukan yang layak adalah:
Separuh Akhir 1
πΉ KV Taiping π KV Teluk Intan
Separuh Akhir 2
πΉ KV Kuala Kangsar π KV Ipoh
Acara Ragbi p**a bakal membuka tirainya pada pagi esok, yang pastinya akan menambahkan lagi kemeriahan dan debaran SUKOV Negeri Perak 2026. Selamat Maju jaya kepada semua pasukan