Institute of Nano Electronic Engineering, UniMAP

Institute of Nano Electronic Engineering, UniMAP Official Facebook of the Institute of Nano Electronic Engineering - https://inee.unimap.edu.my/

Institute of Nano Electronic Engineering (INEE) was established in November 2008 as a converging hub for innovation, research and expertise in Malaysia, particularly for the Northern Corridor Economic Region (NCER). The objectives of the Institute are to continuously promote nano electronics expert within the Malaysian market, introducing the best in micro and nano fabrication practices from aroun

d the world to Malaysian society and building direct links between the technology and education sectors.INEE emphasizes on nano electronics engineering research activities that focus on nano biochip, novel devices, memory devices and nano photonic devices. In the near future, INEE will expand its research activities to nano materials and nano biotechnologies through interdisciplinary programs and collaborations. As a nano electronic research center, INEE’s role is to encourage and embrace collaborative work and interdisciplinary research among scientists and technologies. INEE strives to be a leading nano electronic research center in the region in line with Malaysia’s goal of having world class scientists. INEE is designed to accommodate a series of fabrication and analytical laboratories equipped with sophisticated scientific equipment to allow scientis to design, fabricate, characterize and test their own devices. Currently, INEE is designed to accommodate state-of-the-art facilities and equipments, to be coherent with cutting edge technologies for the researcher to utilise and materialisme comprehensive research. Innovative efforts, blending fundamental and applied sciences with technological advances in the field of nanofabrication should lead to the creation of high performance devices with greater speed, simplicity and low cost for market needs in the 21st Century. Recognising the importance of the above, INEE aspires to make an impact on Malaysian research communities, specifically in nano electronic research areas, and to strengthen Malaysia’s economic capability as well as the well being of the nation.

SEKALUNG TAHNIAHSekalung tahniah diucapkan kepada Institut Kejuruteraan Nano Elektronik di atas pencapaian cemerlang mem...
20/04/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada Institut Kejuruteraan Nano Elektronik di atas pencapaian cemerlang memperoleh penarafan 6 bintang dalam UniRA bagi tahun 2025.

Tahniah juga kepada semua staf yang telah menerima Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Anugerah Akademik, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang serta Anugerah Perkhidmatan Lama Pingat Jasa Bakti.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan dan inspirasi kepada semua.

PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Rohaiza binti Ahmad Rahim @...
15/04/2026

PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Rohaiza binti Ahmad Rahim @ Amirin di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) selama 11 tahun di Institut Kejuruteraan Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis. Semoga terus sukses dalam kerjaya.

Ikhlas daripada seluruh warga Institut Kejuruteraan Nano Elektronik, terima kasih di atas segalanya.

Lawatan Daripada Fakultas Teknologi Maju dan Multidisiplin (FTMM), Universitas AirlanggaPada Khamis, 9 April 2026 yang l...
13/04/2026

Lawatan Daripada Fakultas Teknologi Maju dan Multidisiplin (FTMM), Universitas Airlangga

Pada Khamis, 9 April 2026 yang lepas, pihak INEE telah menerima kunjungan daripada pihak Rekayasa Nanoteknologi, Fakultas Teknologi Maju dan Multidisiplin (FTMM), Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia.

Pihak UNAIR telah diketuai oleh Prof. Dr. Prastika Krisma Jiwanti, yang merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan), FTMM. Lawatan yang juga merupakan salah satu aktiviti MoU ini membincangkan kolaborasi penyelidikan antara INEE dan FTMM dalam bidang nanoteknologi.

UNAIR telah disenaraikan pada kedudukan ke-287 QS World University Rankings 2026 dan kedudukan ke-52 Asian University Rankings. Semoga kolaborasi ini dapat meningkatkan lagi output dan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak, terutamanya dalam bidang nanoteknologi.

Taklimat Halatuju Penyelidikan Oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I) dan Pencapaian INEE 2022-2025...
13/04/2026

Taklimat Halatuju Penyelidikan Oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I) dan Pencapaian INEE 2022-2025

Pada 12 Mac 2026 yang lepas, satu taklimat halatuju penyelidikan UniMAP telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I) kepada semua staf INEE.

Taklimat yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama INEE ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr. Ayu Wazira Azhari, Pengarah RMC, Prof. Madya Ts. Dr. Fathinul Syahir Ahmad Saad, Pengarah CIC, dan Prof. Madya Ir. Dr. Khairul Salleh Basaruddin, Timbalan Pengarah RMC.

Pada majlis itu juga, taklimat pencapaian INEE bagi tahun 2022-2025, dan sasaran 2026 turut disampaikan oleh Pengarah INEE. Terima kasih diucapkan kepada Pejabat TNCP&I, RMC dan CIC. Semoga taklimat ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan di INEE.

Lawatan Daripada Syarikat AromaticrootSatu lawatan oleh syarikat Aromaticroot Queen Farmer Product LLP yang berpengkalan...
13/04/2026

Lawatan Daripada Syarikat Aromaticroot

Satu lawatan oleh syarikat Aromaticroot Queen Farmer Product LLP yang berpengkalan di Tamil Nandu, India telah diadakan pada 11 Mac 2026 yang lalu. Lawatan ini diketuai oleh Mr. R.V.K. Mani, Head of Project & Plant Development.

Lawatan ini bertujuan untuk syarikat tersebut menjalinkan kerjasama bersama INEE dalam bidang penghasilan bahan nano yang berasaskan tanaman herba. Semoga kolaborasi ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Sentuhan Kasih INEE 2026M/1447HPada Ramadhan 1447H/2026M yang lepas, INEE telah menganjurkan program Sentuhan Kasih INEE...
13/04/2026

Sentuhan Kasih INEE 2026M/1447H

Pada Ramadhan 1447H/2026M yang lepas, INEE telah menganjurkan program Sentuhan Kasih INEE. Seperi tahun-tahun tang lepas, program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung oleh beberapa keluarga asnaf sekitar Seriab, Kangar.

Sumbangan berupa barangan dapur dan juga wang tunai telah disampaikan kepada keluarga-keluarga yang dikenalpasti. Semoga bantuan kecil dari pihak INEE ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga menyambut Ramadhan dan Aidilfitri.

Terima kasih diucapkan kepada pihak JPKKP Seriab, terutamanya Pengerusi JPKKP Seriab Tn. Hj. Yusof bin Ahmad, dan seluruh staf INEE yang terlibat menjayakan program ini.

Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa s**...
20/03/2026

Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa s**a. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada seluruh warga Institut Kejuruteraan Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis.

20/03/2026

Balik Kg..jom balik Kg. 🚗🚗. Ada yg sampai Kg. dh ke.😊.Semoga selamat sampai ke destinasi. Hati- hati dijalan raya, pandula secara berhemah kerana yang tersayang sedang menanti..

Great opportunity for postgraduate studies at Institute of Nano Electronic Engineering, UniMAP Come join us now!For any ...
05/03/2026

Great opportunity for postgraduate studies at Institute of Nano Electronic Engineering, UniMAP

Come join us now!

For any inquiries, please email the address provided in the poster. Thank you.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Muhammad Mahyiddin Ramli atas pencapaian 'Patent Granted'.Pa...
24/12/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Muhammad Mahyiddin Ramli atas pencapaian 'Patent Granted'.

Patent Granted:
APPLICATION NO.: PI2022006029
GRANT NO.: MY-211077-A
DATE OF GRANT AND PUBLICATION: 7 NOVEMBER 2025
FILING DATE: 27 OCTOBER 2022

Name of Inventor:
MUHAMMAD MAHYIDDIN BIN RAMLI
NORIZAH BINTI ABD KARIM
MOHD FAIRUS BIN AHMAD
SHAZLINA BINTI JOHARI
ISMARIZA BINTI ISMAIL
NURUL HUDA BINTI OSMAN
SHALINI A/P MUNIANDY
DEVANDRAN A/L KRISHNAN

Semoga terus maju jaya ikhlas daripada seluruh warga Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE), UniMAP.

Program Cahaya Prihatin: Elektrik Untuk Komuniti 2025Pada 13 Disember 2025, Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE)...
15/12/2025

Program Cahaya Prihatin: Elektrik Untuk Komuniti 2025

Pada 13 Disember 2025, Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) telah dijemput untuk menyertai pameran produk penyelidikan, promosi dan aktiviti STEM sempena Program Cahaya Prihatin: Elektrik Untuk Komuniti 2025.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kerjasama Strategik Akademik (SACD), Pusat Pengurusan Akademik (AMC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Malaysia Energy Literacy Program (MELP), bertujuan meningkatkan literasi tenaga dalam kalangan komuniti setempat di Padang Besar, Perlis.

Program ini dijalankan di Kampung Utara Malaysia, Padang Besar, Perlis, dan melibatkan penyertaan aktif komuniti sekitar. INEE telah dijemput sebagai pempamer STEM bagi mempromosikan program-program akademik serta aktiviti berkaitan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh UniMAP.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Naib Canselor UniMAP, diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dianjurkan termasuk pertandingan mewarna, pameran STEM, pameran robotik, ceramah keselamatan elektrik, aktiviti teka silang kata serta aktiviti kesedaran penjimatan elektrik. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada komuniti mengenai bidang STEM, malah turut meningkatkan kesedaran tentang penggunaan tenaga elektrik secara selamat dan berhemah.

Address

Lot 106, 108 & 110, Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049798581

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Nano Electronic Engineering, UniMAP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institute of Nano Electronic Engineering, UniMAP:

Share