Kolej Vokasional Kangar

Kolej Vokasional Kangar Facebook Rasmi Kolej Vokasional Kangar

Jadikan kami Kolej Vokasional Pilihan Anda! Ditadbir urus oleh Kolej Vokasional Kangar

Salam Aidiladha 1447H.Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi ukhuwah...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta mengurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan rahmat-Nya kepada kita semua.

Ikhlas daripada
Encik Zazlan bin Darus
Pengarah
Kolej Vokasional Kangar,

dan seluruh warga
Kolej Vokasional Kangar
Perlis.



Daulat Tuanku.Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83Duli Yang Maha Mulia Tua...
17/05/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus bersemayam memayungi Negeri Perlis dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan kemakmuran.

Patik sekalian turut mendoakan agar Negeri Perlis terus maju, aman dan sejahtera di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah takzim daripada :
Pengarah, barisan pengurusan serta seluruh warga
Kolej Vokasional Kangar, Perlis.






🌟 Selamat Hari Guru 2026 🌟Tema: Guru Bitara Nadi NegaraTerima kasih diucapkan kepada semua guru atas dedikasi, pengorban...
16/05/2026

🌟 Selamat Hari Guru 2026 🌟

Tema: Guru Bitara Nadi Negara

Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas dedikasi, pengorbanan dan kegigihan dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Terima Kasih Cikgu,
Jasa Mu Dikenang,
Ilmu Mu Diteruskan.

EKSPO REKACIPTA UNIMAP (E-REKA) 2026Tiga penyertaan dari Jabatan Teknologi Maklumat. Butiran Majlis Penutup Ekspo Rekaci...
06/05/2026

EKSPO REKACIPTA UNIMAP (E-REKA) 2026
Tiga penyertaan dari Jabatan Teknologi Maklumat.

Butiran Majlis Penutup Ekspo Rekacipta Unimap (E-Reka) 2026

Tarikh : 28 April 2026
Masa : 2.30-4.30 Petang
Tempat : Dewan Kecemerlangan, UNIMAP

Keputusan :
Dua *GOLD MEDAL* dan satu *SILVER MEDAL*πŸ…

*GOLD MEDAL*

1. MEETING ROOM BOOKING SYSTEM FOR LECTURERS AT KOLEJ VOKASIONAL KANGAR

Pensyarah :
SHAFIYAH BINTI SUKRI
AMINUDDIN ALIF BIN OTHMAN
WAN MOHD SUHANIZAM BIN SUKRI

Pelajar :
WAN AMMAR HAIKAL BIN WAN MOHD HAFIZI
NURIN ATHIRAH BINTI SHAHARUDIN SHAH

2. WEB-BASED STUDENT ABSENCE MANAGEMENT SYSTEM

Pensyarah :
JAMILAH BINTI YUSOF
NOR AZWA BINTI AYOB

Pelajar :
NUR AIMI NABILAH BINTI AIDIL FITRI
AMIRAH NAJIHAH BINTI MOHD HANIZAM
NOOR SYAFATINI BINTI MUSTAPA

*SILVER MEDAL*

1. WEB-BASED STUDENT DISCIPLINE RECORD SYSTEM AT KANGAR VOCATIONAL COLLEGE

Pensyarah :
NUR DALILA BINTI MOHD AZNI
RUZILAWATI BINTI ABDUL RAHIMAN

Pelajar :
NAZRUL ANUAR BIN YAZIL
FAHIM HAIDHAR BIN MOHD FAHMY
MUHAMMAD MUKHLIS BIN RIDZUAN

PIC : Nur Dalila binti Mohd Azni

06/05/2026

Tuanku Syed Faizuddin Putra Santuni Bakat Muda Fesyen Kolej Vokasional Kangar

Kolej Vokasional (KV) Kangar mengetengahkan kreativiti mereka dalam bidang fesyen menerusi perasmian Bengkel Seni Reka Fesyen di bawah inisiatif Program Titian Kasih Mega 2026 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, baru-baru ini.

Perasmian bengkel anjuran KV berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut diiringi bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bagi menyokong pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam industri kreatif.

Baginda turut berkenan menyertai aktiviti mewarna batik, selain meninjau dengan lebih dekat hasil rekaan pelajar serta pameran busana yang dipersembahkan sepanjang program berkenaan.

Keberangkatan baginda mencerminkan sokongan berterusan institusi diraja terhadap usaha melahirkan bakat muda berkemahiran tinggi yang berpotensi diketengahkan ke peringkat industri fesyen negara.

β€œSaya amat tertarik melihat hasil kerja pelajar yang begitu kreatif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar dan pelajar bagi melihat proses penghasilan rekaan daripada lakaran sehingga kepada pembentukan pakaian.

Baginda turut bertanya mengenai inspirasi di sebalik setiap rekaan yang dihasilkan, menunjukkan perhatian terhadap kreativiti dan inovasi pelajar dalam bidang fesyen.

β€œMinat dan kesungguhan seperti ini wajar dipupuk kerana bidang fesyen mempunyai potensi besar untuk berkembang ,” titah baginda.

Program itu menjadi platform KV Kangar mengetengahkan hasil kerja pelajar seni reka fesyen yang berkualiti serta mempunyai nilai komersial dan identiti tempatan.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen πŸ”½
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




06/05/2026
Kolej Vokasional Kangar Diploma Fashion Show  πŸ”₯ Infinity Fashion Show 2026 πŸ”₯  Tarikh    : 11 April 2026 (Sabtu )      Te...
06/05/2026

Kolej Vokasional Kangar Diploma Fashion Show
πŸ”₯ Infinity Fashion Show 2026 πŸ”₯

Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu ) Tempat :Dewan Bakawali MES
Pegawai PDRM, Kangar,
Perlis
Masa :9.00 pagi – 2.00 petang
Pensyarah pembimbing :
- Pn Suzana Binti Masrom
- Pn Shahada Binti
Shaharudin

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN: PENYAKIT TALASEMIADengan Kerjasama KK KangarTarikh: 30 April 2026 (Khamis)Tempat: Dewan Murni...
06/05/2026

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN: PENYAKIT TALASEMIA
Dengan Kerjasama KK Kangar

Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
Tempat: Dewan Murni
Waktu : 8:00 pg - 10:00 pagi

Penglibatan:
Semua pelajar Semester 1

PIC:
Khairunnisa Binti Ahmad.
Sazrin Sazlan

PERBENGKELAN PERSEDIAAN DOKUMEN PENAMBAHAN PROGRAM DAN LAWATAN PENTAULIAHAN BERASASKAN COPTPA BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN ...
06/05/2026

PERBENGKELAN PERSEDIAAN DOKUMEN PENAMBAHAN PROGRAM DAN LAWATAN PENTAULIAHAN BERASASKAN COPTPA BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Tarikh : 30 April 2026 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Bilik Anggerik

PIC: Che Mohammad Fattihi Ekhmal Bin Che Mut

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN SUNTIKAN TYPHOID KEPADA PARA PELAJAR DIPLOMA SENI KULINARI TAHUN 1 SEMESTER 2 (KOHORT 20...
06/05/2026

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN SUNTIKAN TYPHOID KEPADA PARA PELAJAR DIPLOMA SENI KULINARI TAHUN 1 SEMESTER 2 (KOHORT 2025)

Tarikh/Hari : 05 Mei 2026 (Selasa)
Masa : 08:30 am
Tempat : Restoran Melati, Program Seni Kulinari
Tenaga pengajar : NUFA Training Centre Pauh, Perlis & Klinik Annur Alor Setar, Kedah

Address

Jalan Sekolah Derma
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+6049760471

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share