25/06/2026
π ππππππ ππππππ
ππππππ πππππ (πππ) πππππππ ππππππ ππππ π ππππ/πππππ
24-25 Jun 2026 : Minggu Transformasi Siswa (MTS) telah berlangsung dengan jayanya bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baharu ke keluarga besar Kolej Komuniti Kluang.
Program yang berperanan sebagai minggu orientasi ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kolej, memahami budaya pembelajaran serta membina keyakinan diri sebelum memulakan sesi pengajian.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat seperti:
π Taklimat berkaitan hal ehwal akademik dan pelajar
π Pengenalan kepada peraturan kolej, peperiksaan, keusahawanan dan maklumat berkaitan program yg dipelajari
π Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi memupuk kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan
π Aktiviti sukaneka yang menceriakan suasana serta mengeratkan hubungan sesama pelajar
Diharapkan program ini dapat menjadi platform terbaik untuk para pelajar baharu membina semangat, jati diri dan persahabatan yang kukuh sepanjang tempoh pengajian mereka.
β¨ Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan sebagai warga Kolej Komuniti Kluang. Semoga terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah!