22/09/2025
KEJOHANAN PATOLOGI 2025 β MENGUKUH UKHWAH DAN MENINGKATKAN HAPPINESS INDEX
Kota Bharu, 20 September 2025 β Jabatan Patologi, Universiti Sains Malaysia telah berjaya menganjurkan Kejohanan Patologi 2025 dengan penyertaan seramai 30 orang staf terdiri daripada pakar patologi, medical officer (MO), pegawai serta kakitangan sokongan. Penganjuran ini bukan sahaja bertujuan memupuk semangat kesukanan, malah turut mempererat hubungan silaturahim serta mengukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan warga jabatan.
Sepanjang kejohanan, suasana penuh keceriaan dan persaingan sihat menyerikan lagi pertandingan yang berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan. Sorakan dan sokongan padu daripada rakan-rakan menambahkan lagi kemeriahan acara pada hari tersebut.
Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:
Johan (Tempat Pertama):
PM Dr. Faezahtul Arbaeyah Hussain
En. Khairul Hizman bin Mohd Sobri
Yusuf Lukman
Naib Johan (Tempat Kedua):
Dr. Siti Norasikin Mohd Nafi
En. Nur Firdaus Zakaria
Mohmad Azeem bin Sulaiman
Tempat Ketiga:
PM Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman
En. Rosli Jusoh
Nurdarina Ausi binti Zulkifli
Selain itu, anugerah khas turut diberikan kepada peserta terbaik individu, di mana En. Rosli Jusoh telah dinobatkan sebagai Raja Boling, manakala Pn. Eda Sharip p**a diumumkan sebagai Ratu Boling bagi tahun ini.
Dengan kejayaan penganjuran Kejohanan Patologi 2025, Jabatan Patologi sekali lagi membuktikan bahawa kecemerlangan jabatan bukan hanya dinilai melalui pencapaian akademik dan profesional semata-mata, tetapi turut terserlah melalui perpaduan, semangat kesukanan dan kebersamaan warganya.