Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi swasta (IPTS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN). Penubuhan KIAS merupakan inspirasi Kerajaan untuk menjadikan Kelantan negeri Serambi Mekah sebagai pusat penyebaran, perkembangan dan pembudayaan ilmu dan syiar Islam yang tersohor di peringkat kebangs
aan dan antarabangsa. KIAS telah mendaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) di bawah Kementerian Pengajian TInggi dan mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) untuk program-program pengajiannya. Ia terletak dalam "Zon Ilmu" yang diisytiharkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Di situ juga terletaknya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Masjid Kampung Laut yang merupakan sebuah masjid tertua di negeri Kelantan . Sila klik Peta
Objektif:
Melahirkan graduan yang berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia untuk menghadapi cabaran semasa melalui sistem pendidikan yang berpaksikan Tauhid. Melahirkan graduan yang seimbang dan sepadu dari segi rohani dan akal serta bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan penuh dedikasi. Melibatkan diri dalam pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang selaras dengan Islam. Falsafah:
Percaya bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun di dunia secara terbuka serta melalui pemindahan dan penerapan nilai-nilai Islam, mereka boleh berperanan dalam membangun diri, masyarakat dan negara. Visi:
"Institusi Pengajian Islam Yang Unggul"
Misi:
Bertekad untuk melahirkan graduan yang progresif, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia yang dapat memberi khidmat kepada masyarakat dengan penuh dedikasi dan berkesan. Maklumat Lanjut:
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang KIAS, sila hubungi kami di:
Telephone: 609 - 7129 386, 7129 387
Faks: 609 - 7129 444
Alamat:
Pendaftar,
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),
Peti Surat 68,
Km 12, Jalan Kuala Krai,
Nilam Puri,
15730 Kota Bharu,
Kelantan. Email
General Information: [email protected]