FSMP_Official

FSMP_Official Faculty of Food Science and Nutrition
Universiti Malaysia Sabah

SAMBUTAN NUTRITION MONTH MALAYSIA 2026 (NMM2026) šŸŽšŸ±Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) den...
03/06/2026

SAMBUTAN NUTRITION MONTH MALAYSIA 2026 (NMM2026) šŸŽšŸ±

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama Kelab Pemakanan UMS akan menganjurkan program Sambutan Bulan Pemakanan Negeri Sabah 2026 bagi meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga UMS dan komuniti Sabah.

šŸ—“ļø20 Jun 2026 (Sabtu)
ā°10:00 pagi – 5:00 petang
šŸ“ ITCC Shopping Mall

Untuk maklumat lanjut, sila masuk kumpulan WhatsApp dan mengikuti media sosial rasmi:

šŸ”— https://chat.whatsapp.com/Drgc6VPUoGaD3eJXcFVJBx

šŸ”—https://www.instagram.com/nutritionclubums?igsh=MTFuamV6anF3MGt2ZQ==

Pelbagai aktiviti yang menarik dan berinformasi akan dijalankan semasa NMM2026:
•⁠ ⁠Pertandingan Bekal Sihat, Hidup Hebat
•⁠ ⁠⁠Pertandingan Nutri-Piramid
•⁠ ⁠⁠Pertandingan "Cabaran Vlog Menu Sihat RM15"
•⁠ ⁠⁠Sudut Promosi & Pendidikan Pemakanan
•⁠ ⁠⁠Saringan Kesihatan
•⁠ ⁠⁠Permainan Interaktif Pemakanan
•⁠ ⁠⁠Derma Darah

Penyertaan warga UMS amat dialukan!! šŸ¤—

Sekian, Terima Kasih.

"Delay No More - Eat Right, Be Active Today"




Merafak sembah dengan penuh takzim ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagind...
02/06/2026

Merafak sembah dengan penuh takzim ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah menzahirkan setinggi-tinggi sembah takzim serta mendoakan semoga Allah Subhanahu Wa Taā€˜ala sentiasa melimpahkan rahmat, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus diberkati dengan kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada:
Dekan, pengurusan dan seluruh warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah





Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada selu...
26/05/2026

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UMS, rakan strategik, alumni, pelajar serta masyarakat Islam yang meraikannya.

Aidiladha mengingatkan kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas pasti mempunyai nilai yang besar di sisi Allah SWT. Ia juga mendidik kita untuk terus bersyukur, saling membantu dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kehidupan seharian.

Allah SWT berfirman:

ā€œDaging dan darah haiwan korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.ā€
(Surah Al-Hajj, 22:37)

Semoga ibadah korban dan segala amalan yang dilaksanakan pada hari yang mulia ini diterima oleh Allah SWT, serta membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat kepada kita semua.

Ikhlas daripada:
Dekan Pengurusan dan seluruh warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah

KUNJUNGAN HORMAT UMS KE SAFMA BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIKFakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malays...
26/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT UMS KE SAFMA BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan dan pengeluaran produk hiliran.

Delegasi UMS yang diketuai oleh Prof. Dr. Patricia Matanjun telah mengadakan perbincangan bersama pihak SAFMA berkaitan peluang kolaborasi yang dapat menyokong inovasi, pemindahan teknologi serta pengkomersialan produk berasaskan sumber tempatan.

Kunjungan ini merupakan langkah positif dalam memperkukuh hubungan antara universiti dan industri, khususnya dalam usaha meneroka potensi pembangunan produk hiliran yang bernilai tambah serta memberi manfaat kepada komuniti dan sektor makanan di Sabah.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik pada masa akan datang, selaras dengan peranan UMS dalam memacu penyelidikan, inovasi dan pembangunan industri.








26/05/2026
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. ...
19/05/2026

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Ahmad Hazim Bin Abdul Aziz atas pelantikan beliau sebagai Ahli Felo Bersekutu (Luar UTM) di Centre of Lipids Engineering and Applied Research (CLEAR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelantikan ini yang berkuat kuasa mulai 5 Mei 2026 hingga 4 Mei 2029 merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepakaran, komitmen serta sumbangan beliau dalam bidang akademik dan penyelidikan.

FSMP amat berbangga atas pencapaian ini dan yakin bahawa pelantikan tersebut akan terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang penyelidikan dan pengembangan ilmu di peringkat yang lebih luas.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Ikhlas daripada
Dekan, pengurusan dan seluruh warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah








Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Ng Seah You...
19/05/2026

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Ng Seah Young atas pengiktirafan oleh Malaysia Board of Technologists (MBOT) sebagai Teknologis Profesional (Ts.).

Pengiktirafan ini melayakkan beliau untuk membawa gelaran rasmi Ts. Dr. Ng Seah Young, sekali gus mencerminkan komitmen, kepakaran dan profesionalisme beliau dalam bidang teknologi berkaitan.

Pencapaian ini turut menjadi kebanggaan kepada fakulti serta membuktikan komitmen FSMP dalam memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembangunan profesional dalam kalangan warga fakulti.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Ikhlas daripada:
Dekan, Pengurusan dan seluruh warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah







KURSUS SEMBELIHAN HALAL PERDANA 20269 Mei 2026 | Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMSUniversiti Malaysia Sabah (UMS)...
18/05/2026

KURSUS SEMBELIHAN HALAL PERDANA 2026

9 Mei 2026 | Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) telah menganjurkan Kursus Sembelihan Halal Perdana 2026 bertempat di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai kaedah penyembelihan halal yang menepati tuntutan syariah Islam, di samping menekankan aspek kesihatan dan kebajikan haiwan.

Majlis perasmian disempurnakan melalui teks ucapan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, yang dibacakan oleh Dekan FSMP, Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat.

Kursus ini disertai lebih 60 peserta dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi MUIS Halal Hub, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, serta sokongan industri daripada QL Agroventures Sdn. Bhd. dan Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd.







FSMP UMS METERAI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PMG HEALTHCARE SDN. BHD.18 Mei 2026 | Bil. Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Ban...
18/05/2026

FSMP UMS METERAI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PMG HEALTHCARE SDN. BHD.

18 Mei 2026 | Bil. Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori, UMS

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh jaringan strategik industri melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan PMG Healthcare Sdn. Bhd.

MoU ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor bagi pihak UMS, manakala PMG Healthcare Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif PMG Healthcare Sdn. Bhd., Dr. Chieng King Chong.

Kerjasama ini membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam bidang pemakanan, kesihatan komuniti dan kesejahteraan masyarakat. Melalui MoU ini, pelajar Program Pemakanan FSMP berpeluang menjalani latihan industri di rangkaian outlet PMG Healthcare Sdn. Bhd. selain terlibat dalam penyelidikan bersama berkaitan keberkesanan suplemen, intervensi diet bagi pesakit kronik serta pelaksanaan program komuniti berasaskan nasihat pemakanan.

Inisiatif ini turut menyokong usaha FSMP dalam merapatkan jurang antara rawatan farmaseutikal dan pendidikan pemakanan, sekali gus memperkukuh peranan fakulti dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti melalui ilmu, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Datuk Dr. Rossita Shapawi; Ketua Pegawai Sumber Manusia PMG, Lee Shao Ching; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; serta Dekan FSMP, Profesor Ts. Dr. Hasmadi Mamat.









FSMP UMS Perkukuh Jaringan Akademik Serantau Melalui Lawatan Penanda Aras ke University of Philippines Los Banos13 Mei 2...
13/05/2026

FSMP UMS Perkukuh Jaringan Akademik Serantau Melalui Lawatan Penanda Aras ke University of Philippines Los Banos

13 Mei 2026 — Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke University of the Philippines Los BaƱos (UPLB) sebagai usaha memperkukuh jaringan akademik dan kerjasama strategik di peringkat serantau.

Lawatan tersebut diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat, Dekan FSMP UMS, bersama Ts. Dr. Ahmad Hazim Abdul Aziz, Penyelaras Mobiliti FSMP.

Lawatan utama penanda aras diadakan adalah di Institut of Food Science and Technology, College of Agriculture and Food Science serta beberapa jabatan lain seperti National Institut of Molecular Biology and Biotechnology dan College of Engineering and Agro-Industrial Techonology.

Pelaksanaan lawatan ini memberi peluang kepada pihak FSMP untuk meninjau pendekatan, amalan terbaik serta ekosistem akademik dan penyelidikan yang dilaksanakan di UPLB, khususnya dalam bidang pertanian makanan, sains makanan, bioteknologi dan teknologi makanan. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama antara kedua-dua institusi, termasuk mobiliti pelajar dan staf, kolaborasi penyelidikan, pertukaran kepakaran serta pembangunan program akademik bersifat antarabangsa.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada komitmen FSMP UMS dalam memperluas hubungan strategik dengan institusi pendidikan tinggi luar negara, di samping meningkatkan keterlihatan fakulti di peringkat antarabangsa. Usaha ini juga selari dengan aspirasi UMS dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan, kecemerlangan akademik dan impak penyelidikan yang relevan kepada keperluan semasa industri serta masyarakat.

FSMP UMS berharap lawatan penanda aras ini akan membuka ruang kepada kerjasama yang lebih kukuh dan berimpak tinggi bersama UPLB pada masa akan datang.










Address

UNIVERSITI MALAYSIA
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FSMP_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share