Palapes Universiti Malaysia Sabah

Palapes Universiti Malaysia Sabah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Sabah.

21/03/2026
PERBARISAN PENUTUP LATIHAN KEM TAHUNAN PEGAWAI KADET PALAPES UMS TAHUN 2026KOTA KINABALU : Perbarisan Penutup Latihan Ke...
20/03/2026

PERBARISAN PENUTUP LATIHAN KEM TAHUNAN PEGAWAI KADET PALAPES UMS TAHUN 2026

KOTA KINABALU : Perbarisan Penutup Latihan Kem Tahunan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah (PALAPES UMS) bagi sesi 2026 telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah (PALAPES UMS) pada 7 Mac 2026.

Perbarisan penutup yang disempurnakan oleh Komandan PALAPES UMS, Kol (K) Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor serta melibatkan Jurulatih Pegawai dan LLP, Pegawai Sukarela dan Pegawai Kadet peringkat Senior, Intermediate dan Junior.

Turut hadir wakil daripada Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Dr. Jurry Foo, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS dan Dr Hairul Masrini binti Muhammad, Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha sebagai tanda sokongan kepada pasukan.

Perbarisan diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Komandan PALAPES UMS. Dalam ucapannya Komandan menyatakan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Kadet yang telah berjaya mengharungi semua latihan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Pengalaman yang diperoleh ini semestinya membantu pegawai kadet untuk menempuh alam pekerjaan yang mendatang.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar. Semua yang hadir turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim, menjadikan majlis ini sebagai kenangan manis buat semua yang terlibat.

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke-93
01/03/2026

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke-93

PERBARISAN PEMBUKAAN LATIHAN BERTERUSAN SIRI 1/2026 DAN LATIHAN KEM TAHUNAN TAHUN 2026KOTA KINABALU, 14 Februari 2026 – ...
01/03/2026

PERBARISAN PEMBUKAAN LATIHAN BERTERUSAN SIRI 1/2026 DAN LATIHAN KEM TAHUNAN TAHUN 2026

KOTA KINABALU, 14 Februari 2026 – Perbarisan Pembukaan Latihan Berterusan Siri 1/2026 dan Latihan Kem Tahunan Tahun 2026 Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan.

Perbarisan tersebut melibatkan seramai 19 orang Pegawai dan 11 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta penyertaan 124 orang Pegawai Kadet. Acara berlangsung dengan teratur dan menampilkan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan anggota pasukan.

Turut hadir menerima tabik hormat ialah Lt Kol Prof Madya Dr. Lee Kuok Tiung, Timbalan Komandan PALAPES UMS. Perbarisan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Komandan sebelum majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar sebagai simbolik permulaan latihan.

Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan ini akan dilaksanakan bermula 14 Februari sehingga 6 Mac 2026.

Pelaksanaan latihan ini bertujuan memperkukuh kemahiran ketenteraan, kepimpinan serta kesiapsiagaan Pegawai Kadet selaras dengan peranan dan tanggungjawab PALAPES dalam melahirkan bakal pegawai simpanan yang berkualiti dan berwibawa.

— Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KAMPUNG RAMPAYAN, MENGGATALKOTA KINABALU: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malay...
19/02/2026

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KAMPUNG RAMPAYAN, MENGGATAL

KOTA KINABALU: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah (PALAPES UMS) telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir melalui Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan pada 11 Januari 2026 bertempat di Kampung Rampayan, Menggatal.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah dan dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS.

Seramai 300 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelbagai entiti termasuk unit beruniform, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Kelab Sukarelawan Siswa (KESUWA). Seramai 60 orang Pegawai Kadet PALAPES UMS telah menyertai misi tersebut sebagai sukarelawan.

Sepanjang program, para sukarela telah melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung yang terjejas akibat banjir, di samping membantu penduduk setempat dalam kerja-kerja pemulihan pasca bencana.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS, yang menyatakan penghargaan atas komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para peserta.

Penyertaan PALAPES UMS dalam misi ini bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap khidmat masyarakat, malah selari dengan objektif penubuhan PALAPES dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berdisiplin, berdaya kepimpinan serta mempunyai semangat setia kawan dan patriotisme yang tinggi.

Melalui program seumpama ini, PALAPES UMS terus membuktikan peranan signifikan sebagai wadah pembangunan sahsiah pelajar serta rakan strategik universiti dalam menyokong agenda kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

— Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah

KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURULATIH PALAPES UMS KE PEJABAT PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR UMSKOTA KINABALU...
11/01/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURULATIH PALAPES UMS KE PEJABAT PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR UMS

KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih PALAPES UMS, Mej Mohammad Redzuan bin Jaffar telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke pejabat Prof. Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry binti F. Michael selaku Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS pada 7 Jan 26.

Kunjungan Hormat ini adalah sebagai courtesy call Ketua Jurulatih PALAPES UMS yang baharu kepada Pengarah PKPP UMS.

Kunjungan ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara pihak PALAPES UMS dengan pihak pengurusan UMS.

Dalam kunjungan ini, Ketua Jurulatih juga telah berbincang dengan Pengarah dan Staf PKPP berkenaan silibus, kewangan dan aktiviti Pegawai Kadet PALAPES UMS bagi tahun 2026.

Perbincangan ini turut memastikan PALAPES UMS dapat membantu pihak universiti dalam melahirkan mahasiswa/mahasiswi menyemai semangat setia kawan, patriotisme dan disiplin dalam menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara bertepatan dengan objektif penubuhan PALAPES.

-Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURULATIH PALAPES UMS KE PEJABAT NAIB CANSELOR UMS MERANGKAP KOMANDAN PALAPES UMS.KOTA KINABALU: ...
09/01/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURULATIH PALAPES UMS KE PEJABAT NAIB CANSELOR UMS MERANGKAP KOMANDAN PALAPES UMS.

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih PALAPES UMS, Mej Mohammad Redzuan bin Jaffar telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke pejabat Kol (Kehormat) Prof Datuk Dr. Kasim Hj Mansor selaku Naib Canselor UMS merangkap Komandan PALAPES UMS pada 29 Dis 25.

Kunjungan Hormat ini adalah sebagai courtesy call Ketua Jurulatih PALAPES UMS yang baharu kepada Komandan PALAPES UMS.

Kunjungan ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara pihak PALAPES UMS dengan pihak pengurusan UMS.

Dalam kunjungan ini, Ketua Jurulatih juga telah memberikan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan latihan di PALAPES UMS pada tahun 2026.

-Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sabah.

‎MAJLIS COMMISSIONING BALL PALAPES UMS SEMPENA ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI MUDA INTAKE 43 TAHUN 2025           ...
05/12/2025

‎MAJLIS COMMISSIONING BALL PALAPES UMS SEMPENA ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI MUDA INTAKE 43 TAHUN 2025

‎KOTA KINABALU - Majlis Commissioning Ball PALAPES UMS Intake 43 telah diadakan bersempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Intake Ke 43 Tahun 2025 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.

‎Majlis melibatkan seramai 115 Pegawai Muda daripada 3 perkhidmatan ini turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor merangkap Komandan PALAPES Universiti Malaysia Sabah, Kolonel (Kehormat) Prof. Datuk Dr. Kassim Hj Mansor serta Timbalan Komandan PALAPES UMS, Leftenan Kolonel Prof Madya Dr. Lee Kuok Tiung serta Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Prof. Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry binti F. Michael.

‎Komandan PALAPES UMS turut merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai Muda yang menamatkan latihan tiga tahun dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda, serta menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan pencapaian PALAPES UMS dalam melahirkan pegawai berkualiti, berdisiplin dan berintegriti.

‎Beliau turut menghargai dedikasi seluruh pegawai dan jurulatih dalam membentuk sahsiah jati diri serta kompetensi Pegawai Muda sehingga berjaya ditauliahkan.

‎Majlis ini diharapkan terus menjadi platform memperkukuh tradisi ketenteraan, nilai kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa UMS.

‎- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, Universiti Malaysia Sabah.

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KADET PALAPES UMS TAHUN 2025/2026KOTA KINABALU: 22 NOV 25 - Pasukan Latihan Pegawai...
22/11/2025

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KADET PALAPES UMS TAHUN 2025/2026

KOTA KINABALU: 22 NOV 25 - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Bagi Tahun 2025/2026 melibatkan 10 Peg dan 9 Jurulatih serta 126 Peg Kadet yang dilaksanakan di Padang Kawad MK PALAPES UMS.

Turut hadir menyaksikan perbarisan tersebut ialah Lt Kol Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung, Timb Komandan PALAPES UMS. Perbarisan ini telah dimulakan dengan Acara Larian sekitar Sirkit Rentas Halangan Kompleks PALAPES UMS dan disusuli dengan Upacara Pemakaian Pangkat kepada Peg Kadet yang memegang jawatan. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timb Komandan sebelum diakhiri dengan Bacaan Doa.

Acara yang diadakan seperti ini merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam takwim tahunan pasukan disamping untuk melatih dan mendidik Pegawai Kadet dalam aspek command and control.




SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURULATIH PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PORT DICKSON, NEGERI SEMBI...
18/11/2025

SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURULATIH PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN : Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih PALAPES UMS telah dilaksanakan pada 18 Nov 25 bertempat di Bilik Imphal MPLDTD, Kem Segenting, Port Dickson. Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar.

Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih diantara Mej Mohd Ismail Noordin bin Mohd Yunus dengan Mej Mohammad Redzuan bin Jaffar @ Jampar dimulakan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa yang telah disaksikan oleh Panglima Latihan TD. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf dan Peg Kanan MPLDTD. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan kata-kata aluan oleh Panglima Latihan TD. Seterusnya kedua-dua peg telah ditemuduga keluar dan masuk di pejabat Panglima Latihan TD.

Mej Mohd Ismail Noordin bin Mohd Yunus akan bertukar keluar ke dari PALAPES UMS ke MPLDTD dan menjawat jawatan sebagai PS2 SIMPANAN manakala Mej Mohammad Redzuan bin Jaffar @ Jampar telah bertukar masuk dari 3 RS.

Warga PALAPES UMS mengucapkan selamat datang kepada Ketua Jurulatih yang baharu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mantan Ketua Jurulatih. Semoga beliau sentiasa cemerlang di tempat baharu dan jutaan penghargaan di atas jasa dan keringat sepanjang beliau berkhidmat di PALAPES UMS.

Address

Markas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Palapes Universiti Malaysia Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Palapes Universiti Malaysia Sabah:

Share