25/05/2026
πππ πππππππ πππππ πππ πππππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππππππππ ππππππππ πππππ
Tarikh : 23 hingga 25 Mei 2026
Tempat : Outdoor Development Center (ODEC), Pejabat Kor SISPA UMS
Kem Latihan Medan Kor SISPA UMS 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula daripada tarikh 23 Mei sehingga 25 Mei 2026 dengan penglibatan seramai 186 pegawai kadet Kor SISPA daripada Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu, kampus Sandakan dan kampus Labuan.
Kem ini bertujuan untuk membentuk jati diri, meningkatkan kemahiran asas dalam pertahanan awam serta memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pegawai kadet Kor SISPA UMS.
Sepanjang kem berlangsung, pegawai kadet telah menjalani pelbagai aktiviti yang meningkatkan pengetahuan asas, lasak dan juga mencabar. Antaranya termasuklah kelas teori dan praktikal menghidupkan api, membuat gajet dan usungan yang dijalankan pada sebelah pagi dan petang untuk hari pertama. Pada sebelah malam, pegawai kadet telah menyertai Mara Lasak sejauh 20km.
Hari kedua diteruskan dengan teori dan praktikal pendirian pondok serta masakan bencana. Pada sebelah petang, kem diteruskan dengan SISPA Challenge yang melibatkan aktiviti Beach Flag dan Beach Sprint Relay bagi meningkatkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam setiap skuad. Malam Kebudayaan diadakan pada sebelah malam hari kedua. Setiap skuad mempersembahkan kreativiti masing-masing dalam pertunjukan bakat yang pelbagai seperti lakonan, sketsa, nyanyian dan tarian.
Kem ini selesai pada tarikh 25 Mei 2026 dengan Majlis Penutupan Perasmian dan Penyampaian Hadiah kepada tiga skuad terbaik, yang disempurnakan oleh YBhg. PPJ. Kehormat (PA) Prof. Datuk Dr. Rossita Binti Shapawi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan Kor SISPA UMS. Turut Hadir Mej. (PA) Aizex Junior Simon Ketua Zon Kota Kinabalu merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu dan Ketua Jurulatih Kor Sispa UMS, YBhg Prof. Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry binti F. Michael Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS, Kapt. (PA) Bersekutu (PA) Ag Nasip Bin Yunos Pegawai Bersekutu Kor Sispa UMS dan Kapt. (PA) Sulaiman Bin Salama Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan merangkap Penyelaras Kor Sispa Kampus UMS Sandakan.
Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun Prof. Datuk. Dr. Rossita Binti Shapawi sebagai tanda penghargaan dan ukhuwah dalam organisasi Kor SISPA UMS.
Dengan berakhirnya Kem Latihan Medan Kor SISPA UMS 2026, diharapkan agar semua pegawai kadet dapat memperoleh pengalaman yang berharga,semangat kerjasama berpasukan yang baik, komunikasi efektif, daya tahan fizikal dan mental dan semangat yang tinggi dan lebih membara dalam menghadapi cabaran sebagai bakal pegawai yang berwibawa.