07/05/2026
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.
| 7 MEI 2026 |
[ SELAMAT MAJU JAYA DALAM PERTANDINGAN UNDUK NGADAU KAAMATAN DAERAH TAMBUNAN 2026 ✨ ]
Barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya kepada Anna Sandra Robert, pelajar Tahun 4, Sains Makanan dan Pemakanan atas penyertaan dalam Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Tambunan 2026.
Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan keyakinan, keanggunan dan semangat dalam mengangkat warisan budaya. Semoga segala usaha dipermudahkan dan kejayaan mengiringi setiap langkah yang diambil.
Sekian, terima kasih.
“KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI”
Yang menjalankan amanah,
Persatuan Mahasiswa,
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.