08/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐, ๐๐จ๐ญ๐ ๐๐ข๐ง๐๐๐๐ฅ๐ฎ) โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก (๐๐๐๐๐) ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐) ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ก ๐ฆ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ค๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐๐ค๐๐ง โ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐โ. ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐ข ๐ฃ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ๐๐๐ง๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ก ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐ ๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐, ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ฌ๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฌ๐ฎ๐๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ก ๐ค๐๐ฆ๐๐ฌ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง.
Program dimulakan seawal pagi dengan kehadiran para pensyarah, kakitangan bukan mengajar (KTBM) serta seluruh siswa dan siswi ITQAS. Bagi memeriahkan lagi sambutan, para para pensyarah dan kakitangan ITQAS turut mengikuti aktiviti luar secara berkump**an yang dilaksanakan dalam bentuk permainan berstesen. Setiap stesen menampilkan cabaran yang berbeza dan memerlukan kerjasama, komunikasi serta kreativiti dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Suasana sepanjang aktiviti berlangsung dipenuhi dengan gelak tawa dan sorakan, sekali gus berjaya mengeratkan hubungan antara pensyarah, kakitangan dan mahasiswa dalam suasana yang santai namun bermakna.
Majlis kemudiannya diteruskan di Dewan Tertutup ITQAS dengan acara rasmi yang dimulakan melalui alunan Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta bacaan doa. Seterusnya, wakil mahasiswa telah menyampaikan ucapan penghargaan yang penuh bermakna kepada para pensyarah dan warga kerja ITQAS atas segala jasa, pengorbanan dan bimbingan yang dicurahkan dalam mendidik serta membentuk generasi huffaz al-Quran yang berkualiti.
Sambutan turut diserikan dengan pelbagai persembahan kreatif daripada para siswa dan siswi ITQAS yang menampilkan bakat serta penghargaan mereka kepada para guru. Selain itu, acara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pensyarah serta kakitangan bukan mengajar menjadi antara kemuncak majlis sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas dedikasi mereka dalam memajukan institusi dan mendidik mahasiswa.
Menambahkan lagi kemeriahan sambutan, pertandingan gerai Hari Raya Aidiladha turut diadakan dengan penyertaan daripada para mahasiswa. Setiap gerai menampilkan pelbagai juadah tradisional serta dihias mengikut kreativiti masing-masing. Keunikan tema pakaian colour blocking yang menampilkan kombinasi warna-warni ceria turut mewarnai suasana sambutan dan mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian warga ITQAS. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar ITQAS, Ustaz Sahiful Rahmat bin Rusmin, sebelum seluruh warga kampus menikmati jamuan Aidiladha bersama sebagai simbol kesyukuran, kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin erat dalam keluarga besar ITQAS.
Penganjuran program ini membawa makna yang cukup besar dalam mengangkat martabat seorang pendidik yang menjadi tunjang pembentukan modal insan dan pewaris ilmu. Tema โGuru Bitara Nadi Negaraโ menggambarkan peranan guru sebagai penggerak utama pembangunan masyarakat dan negara melalui pendidikan, tarbiah serta pembentukan akhlak generasi masa hadapan. Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi oleh seseorang pelajar tidak akan tercapai tanpa bimbingan, kesabaran dan pengorbanan seorang guru yang sentiasa mendidik dengan penuh keikhlasan.
Semoga sambutan seperti ini terus menjadi wadah untuk menyemai rasa hormat dan penghargaan terhadap para pendidik serta memperkukuhkan hubungan antara mahasiswa dan warga kerja ITQAS. Diharapkan juga seluruh siswa dan siswi ITQAS akan terus meneladani nilai-nilai yang ditunjukkan oleh para guru, berusaha menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh serta menjadi generasi al-Quran yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.