23/10/2025
KL PARK FESTIVAL 2025 | 17-26 Oktober 2025
KL Park Festival 2025 telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula 17 hingga 26 Oktober 2025, dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Dengan tema “Kesatuan ASEAN Dalam Kepelbagaian”, festival ini menjadi platform memperkukuh hubungan serantau melalui seni, budaya, landskap dan warisan taman. Program ini turut mendukung aspirasi ASEAN 2025: Forging Ahead Together dan selaras dengan agenda Malaysia MADANI serta Sustainable Development Goals (SDGs).
Festival ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berunsur pendidikan, budaya, dan komuniti yang menampilkan keindahan flora, reka bentuk taman serta kepelbagaian budaya negara-negara ASEAN. Penganjuran ini juga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai salah satu acara taman berskala besar yang memperkukuh identiti hijau bandar Kuala Lumpur.
KL Park Festival 2025 dianjurkan dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta rakan strategik ILAM Malaysia dan agensi berkaitan sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh pembangunan taman bandar yang mampan dan inklusif.